Tuesday, December 22, 2009

Refreshment..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. syukur kerana Allah masih mengurniakan cinta dan kasih sayangNYA buat penulis.. Ingin diimbas kembali, ketika bercuti di kampung merupakan waktu yang paling mencemaskan namun adakalanya merupakan waktu yang paling indah..

Sudah lama tidak menulis entri, jari jemari ini agak sedikit kekok untuk menarikan perkataan dalam niat untuk sama-sama mengajak pembaca bermuhasabah sebentar..

Alhamdulillah juga, penulis telah melalui detik-detik yang mencemaskan ketika cuti (iaitu ketika menyemak keputusan peperiksaan semester 1 09/10)...

Bermula kembali ke negeri paling selatan di Malaysia, penulis perlu lebih teliti dalam merancang masa depan. Ini kerana jika dibandingkan dahulu, dakwah tertumpu hanya pada medan internal. Namun sekarang, medan dakwah sudah semakin meluas kerana ditambah lagi sekarang dakwah kepada masyarakat.

Bila dapat keluar dari UTM dan mempunyai rumah sewa sendiri di luar, cabarannya lebih besar. Apatah lagi profesion sekarang bukan lagi sebagai seorang pelajar tetapi sebagai pekerja & pengajar.

Jika tidak mempersiapkan bekalan iman sebelum menempuh suasana baru dalam hidup sekarang serta tanpa ada planning yang kukuh, penulis pasti jalan dakwah dan ranjau kehidupan mendatang pasti akan lebih sukar.

Sempena Maal Hijrah yang baru berlalu, ayuh sama-sama kita mengukuh & memperjelaskan lagi matlamat dan sasaran dalam kehidupan. Sedarlah, kita bukan lagi kanak-kanak yang hanya tahu bermain tanpa menghiraukan perkara disekeliling. Tapi kitalah golongan pemuda yang telah diberi Allah akan HidayahNYA, supaya dapat membimbing serta menunjuki arah bagi yang masih ramai di luar sana. Jangan menjadikan alasan 'KITA TAK PUNYA TAULIAH atau sijil khusus' sebagai kekangan dalam meneruskan rantai-rantai perjuangan dakwah Rasulullah saw.

Penulis sekadar ingin mengkoreksi diri, mengapa kita yang sentiasa diberi peluang, demi peluang, demi peluang oleh Allah swt selalu mensia-siakan peluang itu? Mengapa kita tak mahu berubah setelah banyak nikmat yang telah Allah swt berikan? Jangan sampai kita menjadikan kelemahan dalam akademik menjadi fitnah & hijab pada dakwah..

................Astaghfirullahal 'azim......

Semoga Allah masih mensisakan nikmatnya biarpun kita sentiasa mensia-siakannya. Semoga Allah masih menjaga kita biarpun setiap hari kita bermaksiat kepadaNYA..

Wallahu'alam..

Sunday, October 25, 2009

Coretan dari hati..

Bismillahirrahmanirrahim…

Hampir setiap petang bumi UTM dibasahi hujan. Tiba-tiba datang menjenguk dalam kotak fikiran penulis akan seraut wajah saudara perempuannya yang telah lama tidak bersua walau berada di bawah 1 logo IPT yang sama “KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA”.

Hati enggan berprasangka mengapa dia menjauhkan diri.. Jika diimbas kembali seketika dahulu, dia yang penulis kenal adalah seorang yang sangat bersemangat dalam urusannya. Bermula dari titik tolak perkenalan dengan seorang akhwat yang asalnya tidak disukainya, sehinggalah bertukar menjadi sahabat yang dia kagumi. Semangat yang sentiasa mengiringi jejak langkah dakwahnya sebenarnya dikagumi oleh penulis. Dia yang penulis kenal amat mudah untuk mentajmi’ mad’u. Sikapnya yang peramah dan mudah didekati menyebabkan orang lain mudah mesra.

Jatuh bangun usahanya dalam menyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah saw masih segar dalam ingatan penulis serta kegigihannya dalam berekonomi amat penulis kagumi.. dan ia masih kekal hingga sekarang..

Entri ini bukan bertujuan untuk meng’glamor’kan atau sengaja mencari publisiti.. ini hanya satu coretan dari hati penulis akan kerinduan yang mendalam kepada saudara seimannya, kepada akhwatnya yang tercinta..kerana begitu sukar untuk penulis menghubunginya..

Walau apapun, penulis sentiasa mendoakan yang terbaik buat mujahidahnya agar semangatnya terarah, dan semoga dia gembira selalu.

Ukhti, ana dah lama tak melihat senyuman mu..

Buat akhwat fillah tercinta, SEMOGA BERJAYA DALAM FINAL EXAM kali ini.. yang masih belum hantar assignment (hantar cepat..), yang masih belum siapkan assignment studio (siapkan cepat!), yang belum habiskan lab project ( habiskan juga..), yang belum siapkan PSM1 (jangan tangguh-tangguh!)

MAY ALLAH BLESS YOU ALL..

Tuesday, October 6, 2009

Satu Hati..


Bilakah lagi kita semua satu hati..
Bilakah lagi keamanan kan dikecapi
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi
Bangunlah wahai ummah
Kita SATU HATI..

Bilakah lagi kita semua satu hati
Bilakah lagi keamanan ka dikecapi
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi
Bangunlah wahai ummah
Kita SATU HATI..

Marilah bersama bersatu berjihad menentang kezaliman
Oh Insan sedarlah pembalasan Tuhan pasti akan datang
Marilah bersama bersatu berjihad menentang kezaliman
Oh Insan sedarlah pembalasan Tuhan pasti akan datang


Jangan takut,
Jangan takut berjuanglah untuk keamanan

Bilakah lagi kita semua satu hati
Bilakah lagi keamanan kan dikecapi
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi
Bangunlah wahai Ummah
Kita SATU HATI..

Marilah bersama bersatu berjihad menentang kezaliman
Oh Insan sedarlah pembalasan Tuhan akan datang
Marilah bersama bersatu berjihad menentang kezaliman
Oh Insan sedarlah pembalasan Tuhan akan datang


Jangan takut,
Jangan takut berjuanglah untuk keamanan


Bilakah lagi kita semua satu hati
Bilakah lagi keamanan kan dikecapi
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi
Bangunlah wahai Ummah
Kita SATU HATI..

Penyanyi: La Khauf

Inilah lagu yang menjadi lagu kegemaran akhwat fillah ku yang tersayang..Inilah juga lagu kegemaran penulis..Setelah ujian, cabaran, masalah dari sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besar perkara, di hujungnya pasti akan tercalit senyuman kerana ukhwah lillahi ta'ala dan kerana kita mempunyai frekuensi gelombang yang sama iaitu berjihad dan berdakwah di jalan Allah.. Ana sayang antunna lillahi ta'ala..

Wednesday, September 30, 2009

Masa Pecutan..

Bismillahirrahmanirahim..


Assalamualaikum wbt..


Sempena aura Hari Raya masih terasa, penulis ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada semua.. Afwan atas kegersangan blog ini daripada entri-entri yang baru. Hal ini kerana penulis juga sebenarnya kekeringan idea.


Namun untuk entri kali ini mungkin sekadar perkongsian cerita yang InsyaAllah mudah-mudahan ada pengajarannya.


Al-maklum selepas cuti raya, kebanyakkan kuliah-kuliah di IPT penulis sedang menghabiskan baki-baki kuliah yang tinggal kerana kurang daripada 3 minggu sebelum bermulanya study week.


Mingu-minggu yang tinggal ini, penulis dapat melihat bertapa sibuknya sahabat-sahabat seperjuangan penulis untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang masih belum selesai. Ada yang sibuk dengan PSM nya, ada yang kena buat field work nya, assignment nya, dan berbagai-bagai tugasan lagi. Itu belum lagi dicampur dengan kerja-kerja dakwah yang tiada kenal erti “cuti”. Petang, malam walaupun usai subuh.. masa sentiasa diisi dengan halaqah, liqo’, syuro, dan ziarahnya..


Ada yang ingin beruzlah kerana risau akan PSMnya.. Subhanallah..ana doakan semoga Allah memudahkan urusan antunna yang juga sedang menolong agama Allah.. Amiiin..


Wahai akhwat fillah ku sekalian, andai Allah mengizinkan kita dapat graduate dengan cemerlang dibidang akademik, pastinya ia lebih bermakna kerana kita adalah pelajar yang ‘istimewa’..yang membahagikan masa untuk dua tujuan. Mengejar akhirat dan mengejar dunia, dengan diiringi oleh 1 matlamat iaitu mencari redha Allah.. subhanallah..alhamdulillah..laailaha illallah..


Semalam penulis bersama seorang teman yang sama-sama masih berjuang menghabiskan pengajian semester ini, pergi berjumpa dengan PA (penasihat akademik).. Atas urusan untuk mengambil kembali borang Permohonan Penganugerahan Ijazah semester 1, sesi 2009/2010 untuk dihantar ke pejabat fakulti.. Setelah mendapat kembali borang tersebut serta duit raya sebanyak RM5 yang diberi oleh PA (alhamdulillah.. walaupun tanpa angpau), penulis pun mendapat taujih ringkas daripada PA (yang rasanya mempunyai fikrah ......).


“Ha..ini borang kamu. Borang ni hanya boleh diluluskan dengan 1 syarat.. Bila kamu dah lepas & lulus semester ni..”


“Belajar sungguh-sungguhnya satuKALIMAH(bukan nama sebenar)..”


Penulis pun menganggukkan kepala tanda faham atas amanatnya.


Penulis begitu bersyukur kerana mendapat seorang PA yang begitu baik hati.. Atas jasa dan bantuan yang beliau berikan banyak membantu penulis untuk menyiapkan PSM dahulu dengan baik. Alhamdulillah..


Mengenangkan final exam yang hampir tiba, rasa bagai nak luruh jantung memikirkan cabaran yang mendatang..


Ya Allah, mudahkanlah urusan kami..


Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya.

(HR. Ibn Hibban dalam kitab Sahih-nya, #327 ‘Mawaarid’, Ibn As-sunni 351)


Kepada akhwat fillah sekalian, yuk sama-sama berjuang. Jangan bermalas-malasan dan jangan bertangguh-tangguh dalam urusan. Mari sama-sama kita ubah paradigma dan sikap mazmumah kita. Semoga kita memperoleh yang terbaik atas usaha yang terbaik. “Dakwah No. 1 tapi Study Bukan No.2”

Pagi Lebaran tak ke mana-mana

Kerana tak tidur di malam hari

Diri ini hanya bukan yang sempurna

Tapi cukup sekadar mengingatkan diri sendiri


Semalaman Fatimah sakit perut

Tubuhnya lembik tidak bermaya

Akhwat fillah sekalian, yuk kita memecut

Supaya dakwah lancar bersama



p/s: Doakan agar Da'iyah cilik:Nur Fatimah Najwa sihat daripada cirit-birit..

Wednesday, August 19, 2009

Hati & Batu Karang di Lautan

Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang


Maksudnya: "Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan. (2:74)

Hati ibarat raja anggota. Insan itu yang mencorakkan adakah hatinya ingin menjadi Raja yang baik & adil ataupun sebaliknya. Perasaan & penyakit hati bukan saja melanda kepada orang-orang kebanyakkan malah alim ulama juga sering kali diuji dengan penyakit hati seperti UJUB. Bagi seorang yang meng"claim" dirinya sebagai seorang da'i tak lepas daripada penyakit hati. Contoh yang biasa & sering kali di dengar adalah "SYU'UR" ataupun "Prasangka". Seperti entri-entri sebelum-sebelum ini pun banyak ditekankan tentang masalah hati. Oh..Hati...banyak betul kesan kau pada manusia ya..

Apa yang ingin disampaikan oleh penulis dalam entri kali ini adalah satu analogi yang berkaitan HATI. Kisahnya bermula,.....

Satu hari ketika penulis sedang rushing menyiapkan report-report, dan ketika itu roomate nya baru pulang dari percutian bersama rakan sekelas di sebuah pulau peranginan. Dia datang kepada penulis dengan memberi sebuah key-chain sebagai hadia cenderahati yang dibawa pulang dari percutian. Penulis berkata, "Cantik... terima kasih kak. Seronok bercuti? Apa lagi yang akak bawa balik?"

"Seronok..makan macam-macam. Semuanya sea food, sampai rasa muak."
kata roomate penulis.

Penulis bangun dari kerusi setelah lama menghadap komputer riba lalu terpandang sebuah batu yang pelik. Nampak macam bukan batu biasa yang selalu digunakan untuk membuat jalan atau rumah.
"Batu apa ni kak?"


"Oh..ni la batu karang yang dah mati. Akak kutip kat tepi-tepi laut. Macam cantik. jadi akak bawa balik. Nak ke? Ambik la satu.."

"Boleh juga..kak. Bukan ke batu karang ni lembut. Sebab selalu tengok dalam dokumentari batu karang dalam laut ni lembut macam rumpai. Tapi ni keras..tak cantik pulak tu."

"Memang la..sebab dia dah mati. Kalau dia hidup dalam laut, memang la lembut dan cantik.."

"Ooowh.."

Setelah membelek-belek dan mengetuk-ngetuk batu karang yang keras itu, tiba-tiba terlintas di kotak fikiran akan hubung kait hati manusia dan batu karang tersebut yang telah mati.

Hati manusia seperti batu karang. Andai ia sering dibasahkan dengan alunan zikir, ayat-ayat al-Quran & pengisian ilmu sentiasa, pasti hatinya lembut & lunak untuk menerima sebarang kebaikan. Pengabdiannya kepada Sang Khaliq juga pasti di beri sepenuhnya.

Namun andai hati sering disajikan oleh lagu-lagu yang melalaikan, berprasangka buruk, dipenuhkan dengan sifat-sifat mazmumah apatah lagi jika hati diturutkan oleh nafsu, pastinya ia akan menjadi keras dan gelap laksana batu karang yang mati dan terdampar di persisiran pantai. Namun, sekeras-keras batu karang yang mati ia masih kelihatan putih bersih walaupun banyak terpalit sisa-sisa pasir padanya. Alangkah malangnya hati manusia yang jauh dari Allah, sudahlah keras, gelap pula jadinya..Astaghfirullah..Astaghfirullah hal 'azim..

Sempena Ramadhan yang bakal tiba hanya beberapa hari lagi, marilah kita sama-sama berlumba-lumba berbuat kebaikan & bersungguh-sungguh mengejar redha Allah dalam keadaan hati yang bersih & lembut agar tarbiyah Allah bisa terbias di hati kita yang masih tersisa lekatan karat-karat Jahiliyah.

Ahlan Ya Ramadhan..

Wallahu'alam..

Tuesday, July 14, 2009

Ku Mencari Tangisan Itu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Saban hari, masa terus berlalu, usia kian meningkat, tanggunjawab kian berat, dan kematian semakin dekat.. Mungkin kerana "perasan sibuk" yang selalu menghambat diri menyebabkan ruangan maya ini sepi daripada lontaran idea-idea dan nasihat serta mungkin sedikit peringatan khususnya
kepada penulis entri ini..

Jika dikenang kembali detik-detik ketika satu AMANAH yang di beri pada penulis ini sedikit masa lalu, mengimbau akan perasaan keterpaksaan dan berkira-kira: "Adakah aku mampu menggalas amanah ini?"..dan ketika itu, perasaan yang ku benci datang cuba membolak-balikkan hati.. Astagfirullah..Astagfirullah hal 'azim..

Dan ketika itu, penulis cuba mencari kekuatan dari segenap sisi.. Murobbiyah yang tercinta memberi satu pesanan ringkas.. tut..tut..

1 message received

"..Buka surah (47:7) dan surah (2:216), (49:15)..renungkan dan fikir sejenak..kenape enti yang Allah takdirkan untuk menggalas amanah ini? Bukan orang lain? Siapa yang jamin enti stil lagi bernyawa after final exam untuk pikul amanah Allah? Fikirlah elok-elok enti, akhwat yang ana sayang..Allah bagi kita akal untuk berfikir..uruskan masa dengan baik..K..jangan jadikan pelajaran 1 masalah, tapi yang penting kite sama-sama fikir untuk buatkan dakwah dan study berjalan bersama..Afwan if silap kata, ana mohon ampun pada Allah, moga msg yang ana bagi bukan mengikut emosi..tapi dari hati yang cinta dan sayang pada enti.."

Terima kasih wahai ukhti, amanah yang ana rasakan berat & tak mampu kini sebenarnya adalah ruang yang terbaik untuk ana lepaskan kelelahan pada dunia..Inilah ladang ana yang harus ana kerjakan & tempat untuk ana bersungguh-sungguh bercucuk tanam kerana ana mengharapkan hasil tuaian yang menguntungkan di hari yang tiada siapa boleh bantu ana selain tuaian yang ana laburkan.

Penulis benar-benar sukakan satu kalimah yang ia perolehi daripada sebuah video aktivis dakwah dari Indonesia, mungkin ia tidak sama tetapi penulis jelas akan maksudnya.: "Betapa ramai orang yang berada di jalan dakwah, tetapi berapa ramai yang mencintai jalan dakwah ini."

Pernah penulis ditanyakan satu soalan yang mana soalan itu pernah berlegar di ruang fikirannya.

"Seorang akhwat pernah cerita pada ana, dia rindukan saat-saat sebelum ditarbiyah kerana ketika dia melakukan Qiam mahupun dalam solat, dia mudah untuk menangis..tetapi bila dia telah berada di jalan tarbiyah, itu adalah perkara yang susah untuk dia lakukan..Pada pandangan enti, kenapa ya jadi begitu..?"

Penulis bukanlah seorang yang pandai tetapi sekadar memberi masukan & respon pada soalan yang diajukan.

"Mungkin ia perlu betulkan niat. Kalau kita refleksi diri sebelum ditarbiyah, mungkin ia merasakan ia selalu melakukan maksiat. Tetapi apabila dia ditarbiyah, mungkin dia merasakan dia telah banyak melakukan kerja-kerja dakwah, dia telah banyak menolong agama Allah maka mungkin dia kurang merasakan dia tidak banyak berbuat dosa..Maka dia tidak dapat mencari sisi-sisi yang boleh merendahkan dirinya supaya rasa nikmat tahajud itu lebih terasa kerana setiap hari dia melakukan kerja-kerja dakwah." -telah di'edit'-

Penulis juga pernah mengalami apa yang akhwat itu alami. Kerana itu, ujian bagi satiap manusia adalah berlainan mengikut kefahamannya tentang Islam. Seorang aktivis & ulama diuji dengan persaan ujub. Perasaan bahawa ia telah banyak berjasa pada umat.. Astagfirullah..Astagfirullah hal 'azim.. Moga kita dijauhkan daripada penyakit ini..


Moga Allah terus membantu ikhwah wal akhwat dalam kerja-kerja dakwah.. Semoga kita sama-sama meluruskan niat, hanya kerana Allah semata..Lillahi Ta'ala..

Friday, June 19, 2009

Seorang Murobbiah itu....


Kisah ini ana ambil dari kisah adaptasi seorang akhwat yang ana segani.. Antara banyak-banyak kisah perjalanan dakwahnya di sana, ini adalah kisah yang paling menyentuh hati ana..

_______________________________________________________________________

Senja yang suram membuatkan hatinya diselimuti kebimbangan..

“Ya Allah, moga engkau sentiasa memelihara murobiahku, aku harus yakin.. “ bisiknya perlahan..

Sudah berkali- kali dia menelefon ukhti syuhada, Murobiah tercinta yang pergi menghalaqahkan adik2 di sebuah sekolah yang agak jauh, tapi hanya suara operator yg menjawab. Jam sudah menunjukkan waktu 11 malam. Sepatutnya dia pulang jam 8 malam lagi.,

assalamualaikum, ukhti kenapa ni, resah nampaknya.. teguran ukhti nur mengejutkannya..

ukhti, hati ana ni bimbang rasanya.. murobiah kita, ukhti syuhada belum pulang2 lagi. Katanya jam 8 akan sampai.. tapi sekarang..

jalan sekitar sana, bahaya, gelap.. ana bimbang motorsikalnya..

ana tau ukhti syuhada tak punya duit, dia belum makan lagi hari ni. Siang tadi tak nak dia terima pemberian ana..

ukhti nur memegang tangannya. “ukhti, bertenanglah, sama-sama kita doakan agar Allah tak lepas menjaganya..“

“ukhti ana nak pergi mencari ukhti syuhada.. ukhti tunggu di sini.“ Pantas saja ukhti fida melangkah untuk mencari ukhti syuhada..

Dicarinya di bilik akhwat lain, di blok, surau, dan tempat parking. Tapi tak jua ade..

Terus dia memecut motorsikalnya ke tempat lain..

Jam sudah menunjukkan jam 12 malam.. dia melihat di perkarangan masjid.. tidak ada apa2 kenderaan. Tapi entah kenapa kuat hatinya untuk berhenti di situ..

Pantas dia berjalan masuk ke masjid.

Kasut !! dia yakin itu kasut ukhti syuhada..

Perlahan dia melangkah masuk ke ruang solat perempuan.. dia melihat, jauh di sudut sana, seseorang sedang bersujud. Yakin sekali itu murobiahnya.

Dia duduk di belakang menunggu.. dia melihat murobiahnya sedang berdoa..

Perlahan dia mendekati, duduk di belakang murobiahnya..

Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata., Ya Allah terimalah segala amal kami, ikhlaskan aku dan akhwat2 untuk berbuat keranamu,. Dan kuatkanlah anak-anak halaqahku untuk menempuh jalan ini. ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau. Ya Allah, biar apapun ujian yang datang, tetapkanlah hati kami di jalan tarbiah ini, hanya kepadamu aku berserah dan mohon pertolongan. Ya Allah, moga Engkau mengurniakan jannahmu kepada kami di akhirat kelak. ameen"

Sebak jua rasanya hati ini.. ukhti besarnya harapan ukhti pada kami..

“ukhti,“ aku memanggil murobiahku..

“maafkan ana.“ Aku memeluknya erat..

"Kalau ukhti nak masuk jannah, jangan tinggalkan ana." Terharu rasanya ukhti fida..

“insyaallah ukhti, maafkan ana juga.. doakan untuk kita bersama”. Ukhti syuhada jua sangat terharu. tidak pernah terbayangkan ada orang yang akan berkata begitu kepadanya.

Dia teringat,maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. "

_____________________________________________________________________________

InsyaAllah, mungkin boleh dikongsikan di sini bahawa menjadi seorang Mutarobbiah apatah lagi menjadi seorang Murobbiah adalah perkara yang terindah yang dialami oleh seorang da'i.. Ketulusan dan keikhlasan seorang murobbiah itu pasti memberi kesan yang amat mendalam kepada 'anak-anaknya'.

Ana bukanlah seorang yang pandai berkata-kata mahupun bijak bermain dengan kata-kata untuk merungkaikan menjadi ayat yang indah dalam menterjemah erti tarbiyah dan dakwah, namun jujurnya jalan ini telah banyak mengajar erti kehidupan dan kasih sayang. Hanya orang yang melalui dan mengalaminya akan merasai apa yang ana dan akhwat lain rasai..

Terkadang dalam doa seorang murobbiah itu, pengharapannya pada Islam, pada ummah dan pada dakwah melebihi kebutuhan pengharapan pada kebahagian personal dirinya sendiri.

Sesungghnya, Beginilah Jalan Dakwah Mengajarkan Kami erti sebenarkan kehidupan yang bahagia...