Wednesday, February 25, 2009

Ya ALLAH.. Hamba senang dengan UjianMU

Jazakillah Ya Ukhti atas kata2mu..walaupun sekadar lirik lagu IZIS : "Jalan Juang"..tapi bila ana dengar balik lagu tue..Semangat datang balik.. dan ana teringatkan satu lagu daripada Far East.. Hayati bersama..

Maafkan Teman

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Seia cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
Badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya

Segalanya adalah milik-Nya

Dalam berusaha kita diuji

Kekadang tohmah kita dicaci

Diturutkan rasa hati ingin dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu

Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....



p/s: Ku sering nantikan pelangi..walaupun UTM sering hujan..tapi tiada jodoh bertemu dengan mu sang pelangi...

Tuesday, February 24, 2009

PSM oh PSM kesayanganku..

Petang tadi kelas keusahawanan dibatalkan.. bila dapat tahu je takde kelas petang ni, terus terfikir nak gi lab. Di makmal nuklear tu la banyak masa dihabiskan semata2 nak siapkan PSM. Dengan gerak atur langkah kaki yang sedikit laju dan semangat yang berkobar2 untuk sambung projek yang agak lama tergendala, sesampainya di sana aku tanyakan pada En Saiful selaku pembantu makmal nuklear di situ. “Assalamualaikum En Saiful, tak de orang guna kan TLD Reader tu?”...

“Owh...mesin tu rosak la.. petang semalam lagi dah buat problem..”kata En Saiful.

Huhuhu..rasa nak nangis pun ada, nak jerit pun ada, berombak dada ni..takut tak siap..banyak lagi sampel yang blum calibrate..114 sampel tue.. sama banyaknya dengan jumlah surah dalam Al-Quran. Ada seorang lagi pekerja kat lab tu saje je nak kasi takutkan aku.. “Habislah awak punya PSM..Mesin dah rosak..” Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Karim..aku tak nak drop PSM nie.. aku tak nak sampai PSM aku kena extend..

Akhirnya datang la seorang classmate aku kat makmal tu. Dia pun gunakan mesin yang sama sebabnya Projek dia dan Projek aku hampir sama. Cuma sampel bahan yang berbeza..Tapi dia punya sampel dah tinggal ckit je lagi nak calibrate.. kami pun sama2 pening kepala... ada lagi 2 orang kawan aku yang bakal menggunakan mesin yang sama untuk PSM diorang... kasihan mereka..tapi kasihan juga kat aku...

Last2 kami berdua dah sepakat nak mengadu kat “Papa” kitorang alias Penyelia PSM.. Then the only solution is... kena gi calibrate kat Ibnu Sina.. Kat sana ada mesin yang sama jugak tapi dengar khabo nye student Master je boleh guna.. Tapi tak kisah lah, kena usaha jugak..

“Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu.” (47:31)

Berhati-hati menjaga Hati

Dah masuk 4 hari UTM dibasihi air hujan...jika dilihat 3,4 hari lepas, hujan turun ketika petang sahaja. Tapi sejak 2 hari lepas hujan turun tak kira waktu.. Mungkin Allah sengaja mahu mencuci tanah Bumi ini lantaran banyak hamba2Nya terleka & mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah.. ketika dalam perjalanan nak makan tengah hari bersama teman di SUB, ana terhenti sebentar kerana ternampak Majalah SOLUSI edisi ke-4...Alhamdulillah, walaupun xsempat nak beli edisi ke-3, dapat yang ini pun jadilah.. Majalah ni sangat bagus untuk dijadikan bahan bacaan berbanding majalah2 lain yang “hangat” di pasaran..tertera “JAGALAH HATI” di muka depan majalah...hemmm..menarik... Tetiba teringat lagu “TOMBO ATI” dari Opick

Tombo ati iku limo perkarane, Kaping pisan moco Quran lan maknane,Kaping pindo sholat wengi lakonono, Kapig telu wong kang sholeh kumpulono, Kaping papat kudu weteng ingkang luwe, Kaping limo dzikir ingkang suwe.

Begitulah 5 perkara yang menjadi “OBAT HATI”

Obat hati ada lima perkaranya, Yang pertama baca Quran dan maknanya, Yang kedua sholat malam dirikanlah, Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh, Yang keempat perbanyaklah berpuasa, Yang kelima dzikir malam berpanjanglah

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor,maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati.”

Sedar atau tidak, fungsi hati dan kesannya pada diri insan amat besar. Begitu susah untuk menjaga hati. Bayangkanlah, kita sendiri tidak dapat melihat hati kita sendiri. Justeru, amat perlulah kita lebih menjaga hati orang lain.

Allah berfirman yang bermaksud:

“…..Meraka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya....” (58:22)

“(yaitu) di hari harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (daripada syirik dan munafik).” (26:88-89)

Ibnul Qayyim menjelaskan dalam tafsirnya, daripada Ibn Abbas ra, maksud hati yang bersih ialah individu yang mempunyai aqidah yang mantap dalam diri dan melakukan ibadah selari dengan sunnah Nabi Muhammad saw.

Hati merupakan tempat paling penting. Dia lah Raja segala anggota. Di situ jugalah letaknya iman.. terserah pada kita bagaimana menjaganya. Namun janganlah disempitkan skop “keimanan terletak di dalam hati”. Keimanan itu boleh dilihat melalui akhlak, ibadah dan kata-kata kerana hati yang mengarahkan agar segala tindakan (output) sentiasa berlandaskan iman yang teguh di dalam hati.

Ada dikisahkan bahawa seorang hamba yang berkulit hitam bernama Luqman al-Hakim diarahkan oleh tuannya supaya membawa bahagian yang paling baik daripada seekor kambing, lantas Luqman membawa lidah & hati. Apabila diminta pula membawa bahagian yang paling buruk, Luqman membawa bahagian yang sama.

Melalui kisah di atas, kita sendiri dapat menilai dan berfikir secara logik bahawa hati merupakan bahagian yang paling utama untuk dipelihara selain lidah..

Kadang2 kita sering dengar orang susah nak ikhlas: “..kenapa nak kena buat mutaba’ah? Penat je bangun Qiam tapi hati tak ikhlas. Semuanya terpaksa buat supaya takde la malu depan kawan2 lain..”, dan kita juga sering mendengar bahawa niat itu amat berkait rapat dengan ikhlas.. jadi kita tahu bahawa niat & ikhlas itu terbit bersama di hati. Dan demikianlah juga, ikhlas merupakan kunci amalan hati.

Nak tahu lebih lanjut tentang hati, sila rujuk Majalah Solusi edisi ke-4 terbitan Telaga Biru.

“...YaTuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.” (3:8)

Monday, February 23, 2009

BBQ Ukhwah

Benar apa yang tertulis dalam surat cintaNya.. “Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan..” (Al- Insyirah: 5,6)

Diulang ayatnya sehingga kedua kali..betapa janji Allah itu tak pernah mengecewakan.. ayat itu jualah menjadi penguat semangat kala dugaan datang bertimpa-timpa..

Sesungguhnya segala perancangan manusia tak akan mengatasi perancangan Sang Pencipta.. Sedangkan penciptaan kita Dia telah merancang dengan teliti, inikan mahu dibanding dengan manusia yang lemah..

“... dan manusia dijadikan bersifat lemah.” (4:28)

Hehe..apa yang ana nak beritahu sebenarnya nie..?? Sebenarnya petang semalam ana bersama sahabat2 dah plan nak buat BBQ kat satu tempat belakang sebuah kolej di UTM..memang kelengkapan nak bakar boleh dikatakan lengkap la jugak.. ana dan yang lain2 masing2 bawa adik-adik untuk kasi diorang kenal antara satu sama lain.. & saje nak kenalkan adik2 nie dengan kakak2 yang lain.. kasi Ukhwah tu Power ckit.. lepas tu boleh la nak gencarkan lagi plan BESAR..InsyaAllah..

Alhamdulillah..yang datang melebihi target yang cadangkan..sampai terfikir beli ayam yang 2 ekor pun tak cukup..tapi kami tawakal je & cuba cari solusi lain (dengan beli sosej) supaya sume orang dapat makan termasuk kakak2 ajk..Tengah hari 2 ana dah lunch siap2, in case tak cukup makanan at least tak de kebulur sangat.. dengan kemudahan moto KRISTAR merah ana, kereta BIRU yang satu-satunya ada di UTM & paling banyak berjasa, serta moto YAMAHA milik sahabatku menjadikan kerja2 mengangkut barang2 bakar ayam perap dan kerja2 mengangkut adik2 menjadi mudah..

Benar kata orang, langit tak selalu cerah...tiba2 petang 2 langit hitam menyelubungi UTM..ana dah agak.. “jap lagi mesti hujan.”.. Kasihan sahabat2 ku yang berpenat lelah menghidupkan api untuk buat bara api menjadi sia2 coz hujan turun dengan lebatnya..huhuhu..

Jadi kami bersepakat , “Kita jalankan Pelan B”.. So..adik2 tu kitorang bawa ke sebuah surau blok berdekatan dengan tapak BBQ.. Jadi..apa yang telah terjadi pada ayam2 yang nak di bakar 2... huh..akhirnya masuk ke dalam periuk jugak...tak pe..tak kisah..asalkan sedap..tapi memang sedap pun..pandainye diorang perap ayam tue..ana tak menyumbang apa2 untuk sesi masak-memasak coz sibuk duk angkut adik2 yang xdapat datang sendiri coz hujan..

Alhamdulillah..response diorang ok..hepi hepi je sume..tambah2 time sesi bergambar..bukan main lagi posing nye.. Siap ada yang buat aksi watak kartun Majinbuu dalam salah satu kartun yang penah ana tonton waktu zaman jahilliyah dulu : “ BERGABUNG..” Macam2 diorang nie..hehe kelakar juga bila tengok balik gambar 2..

Jadi just nak relate dengan ayat yang ana mention kan kat atas: Walaupun kite dah rancang macam nie, macam tue, baik punya rancangan tapi Allah juga berkuasa nak biarkan plan tue jadi @ tak. Mcam ptg 2, ramai yang tak jangka akan hujan..huhu

“Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka jadila sesuatu itu.” (36:82) So, kebergantungan kita seharusnya totally disandarkan pada Allah. Hatta sekecil2 perkara.. Sebabnya...?? “... dan manusia dijadikan bersifat lemah.” (4:28)

Pun begitu, segala yang berlaku ada hikmahnya..biarpun sentiasa ditimpa musibah dan diuji berkali2 semuanya pasti ada penyelesaian. Walaupun ia tidak datang segera, tapi kemudahan pasti menjelma..



p/s: Diriku basah dalam hujan rahmat..Dah lame tak buat cam 2.. huhu..sejuuuk..

Saturday, February 21, 2009

Tiada Guna Melengah-lengahkan Amalan

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda:

"Siapa yang melambat-lambatkan amalannya: keturunannya tidak akan bersegera untuknya."

(Riwayat Muslim)


Keterangan:

+ "Bersegera untuknya." : menampung kekurangan amalannya.
(Syarah Sahih Muslim)

Alhamdulillah..pengalaman disentuh tarbiyah memang ana tak dapat lupakan seumur hidup..ada juga yang kata pengalaman dilanggar tarbiyah, tersepak tarbiyah, dan macam2 lagi.. tapi yang penting melalui tarbiyah, ana dapat macam2.. Ana tak pernah menjangka hidup ana akan berubah se'dahsyat' ini.. Ye la..tiba2 je sekarang dah pandai nak ajak orang kepada kebaikan & halang orang jauhi kemungkaran @ dalam konteks yang lebih mudah difahami iaitu berdakwah kepada org.. uish..tak terfikir langsung...

Jatuh bangunnya iman dah jadi lumrah bagi seorang Da'ie @ Da'iyah...macam tu la juga ana.. ada akhwat yang kata "Kalau dakwah kita ok, ok la jugak study kita..", tak kurang juga yang kata " Kalau iman dia yazid, mutabaah pun full, gerenti dakwah dia pun power.. tapi kalau dakwah pun tenggelam timbul macam melepaskan batuk di tepi tangga,..huk..huk..hukk..cube check mutabaah dia..sure-sure ada yang sangkut.."..begitulah lumrahnya..

Tapi ape yang penting? .."Kerjesame.." Ish..2x... Yang penting adalah kesedara kita terhadap tanggungjawab sebagai khalifah di Bumi.. Tugas dakwah ni seharusnya dipikul oleh semua orang biarpun dia adalah seorang tukang cuci, suri rumah sepenuh masa, pekerja pejabat, jurutera maupun student..bukannya hanya digalas oleh pak-pak ustaz atau Ustazah2..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung. " (Surah Ali Imran, ayat 104)


Jadi apa kaitannya dengan Hadith di atas?? Ana just nak relate kan bahawa bila datangnya seruan untuk berdakwah, janganlah dilambat-lambatkan @ di postpone dahulu tanggungjawabnya.. kerana ini adalah tugas yang mulia..benda yang Rasulullah saw juga lakukan.. So why not kita teruskan perjuangan ini??..

Mana la nak tahu, bila2 masa je Allah boleh tarik semua nikmat yang telah Dia beri pada kita..Nikmat kesihatan, nikmat akal, Nikmat masa... " Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang telah kamu dustakan?"..


"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasehati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa."
(Al-A'raf,ayat 164)

Friday, February 20, 2009

Hadirnya Tak Diduga..



Aku berlindung daripada bisikan syaitan yang terkutuk...

Dengan nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang...


Dalam kekeliruan, ketika hati berbelah bagi, bila ajakan datang..pernah ana menolak untuk membuka blog sendiri.. Alasannya??

"Seorang blogger perlu peka dgn satu2 isu yg ingin dbangkitkan, luas pengetahuan, byk idea, rajin dan seorang yg istiqamah dlm bbuat.. nak buat blog bukan senang.." kata ana pada salah seorang akhwat..huhu

Mungkin melihatkan dunia kini banyak cabaran..manusia kian tersibghah dengan arus dunia yang kian mencipta gelora ombak sehingga bisa melenyapkan jutaan manusia lain.. Ana terfikir lagi.. takkan sumbangan aku hanya mengajak orang by mulut & akhlak? Tangan nie masih boleh digunakan lagi untuk membantu ummah..Idea yang kadang2 membuak2 sampai tak tahu kat mana nak salurkan pun apa gunanya diperam?.. Sambil2 bermonolog, tercetuslah wadah yang serba kekurangan ini..


Ana berdoa agar terus istiqomah dalam berbuat..moga ada sedikit sumbangan yang dapat ana berikan pada Islam..

"...manusia dijdkn bsifat lemah" (4:28)