Wednesday, March 25, 2009

Rindu Pada Kampung..



Teringat waktu berada di kampung, setiap petang saya dan ahli keluarga yang lain akan minum petang di belakang rumah sambil melihat sawah bendang yang telah diusahakan sejak abah kecil lagi..di kampung tiada bunyi bising, tiada udara tercemar, tiada budaya kuning, biru, hijau, kelabu asap dan sebagainya.. Balik rumah memang terapi yang sangat bagus. Bila balik rumah, mutaba'ah kadang-kala lebih baik daripada berada di kampus (selalunya la..)..

Teringat juga waktu pagi dan petang bersama adik bongsu yang debab dan montel, memancing ikan di telaga belakang rumah..Sambil mendendang lagu Selawat Murah Rezeki, sambil terdengar kicauan burung..Wah..sekejap-sekejap dapat ikan puyu, sekejap-sekejap dapat ikan sepat, sekejap-sekejap dapat ikan haruan (Uish..ikan haruan??)..


Teringat waktu bila masuk waktu solat,..sama-sama solat jemaah. Malam-malam baca ma'thurat dan al-Quran sama-sama. Sambil-sambil dengar hafazan si adik bongsu yang debab dan montel itu lagi..Sama-sama menghafal nama surah-surah..

Perusahaan Tanaman cili milik Adik lelaki sulung saya..

Tapi..di kampus juga seronok, dapat pengisian tiap minggu, ada program, dapat jumpa akhwat..Alhamdulillah...banyak kurniaan yang Allah berikan pada hambaNya..cuma kadang-kadang hamba itu sendiri tidak pandai bersyukur.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan??" (55:13..)

Moga hati tak terbolak-balik..moga langkah tak terpesong..moga jiwa tak tercalar..moga segala gerak kerja sentiasa berpaksikan "LILLAHI TA'ALA.." dalam menggalas tugas dan tanggungjawab mengajak manusia mentauhid pada Satu KALIMAH Ahad..

Sunday, March 22, 2009

Keakhwatan + Musafir + Peristiwa yang Mendebarkan...!



Keakhwatan

Hujung minggu baru-baru ini. Saya berpeluang bertemu dengan Akhwat KLS.. Bertapa rindunya saya pada akhwat sekalian. InsyaAllah, setelah berakhirnya program keakhwatan yang di anjurkan oleh UTM selaku tuan rumah bertemakan “Zaujah Solehah”, pastinya para akhwat yang datang sedar akan tuntutan bernikah. Ia bukan kerana isu sudah tidak sabar untuk bernikah tetapi kesedaran dan persediaan menghadapi akan pernikahan itu sendiri. Program ini juga menekankan tentang tarbiyatul aulad, dakwah dan akhwat serta kesihatan wanita masa kini sekaligus dapat meningkatkan tsaqafah akhwat tentang alam perkahwinan. Amat mengejutkan bila pengisi bertanya berapa orangkah yang telah membeli @ membaca buku berkaitan pernikahan? Responnya hanya beberapa “ketul” sahaja yang mengangkat tangan, tidak termasuk saya..iskh..isk.... ternyata ramai lagi akhwat yang merasakan nikah adalah satu perkara yang akan datang dalam tempoh yang lama lagi kerana tugas dakwah yang dipikul masih belum gencar. Apa yang difikirkan sekarang adalah dakwah, dakwah, dan dakwah. Tetapi saya amat yakin bahawa usai sahaja seminar ini, pasti paling kurang akhwat akan membaca 1 buku pernikahan dan menambahkan lagi tsaqafah tentang isu ini.

Tidak dinafikan bahawa seorang Zaujah amat penting fungsinya sebagai sayap kanan bagi pejuangan seorang lelaki yang bernama Dai. Seharusnya dakwah yang dibawa akan lebih gencar apabila setelah bernikah. Oleh itu, pernikahan bukanlah suatu yang mudah dan indah tetapi ia juga bukanlah sesuatu yang menyusahkan. Bahkan ia merupakan jalan yang dilalui oleh Rasulullah saw serta jalan bagi para Da’i dan Da’iyah untuk mecetak generasi Rabbani.

Allah berfirman:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan. Dan tidak ada hak bagi seorang Rasul mendatangkan sesuatu ayat (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Bagi tiap-tiap masa ada Kitab (yang tertentu)” (13:38)

Untuk mendapatkan pernikahan yang barakah, kedua-dua pasangan perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan pernikahan supaya tidak terjadi “culture shock” setelah bernikah. “Penikahan bukanlah satu-satunya tujuan hidup, tetapi ia adalah salah satu jalan untuk seorang hamba menyempurnakan sebahagian keIslamannya serta jalan untuk menggapai redha Allah”


Musafir

Sebelum berlangsungnya seminar keakhwatan hujung minggu baru-baru ini, saya bersama empat orang teman lain akan bermusafir ke dua destinasi. Dua orang sahabat akan ke Negeri Bersejarah dan saya bersama dua orang sahabat lagi akan ke Universiti yang terletak di Bangi. Oleh kerana bertolak dari UTM pada pukul 6pm, kami tiba lewat di destinasi tujuan. Setelah menghantar dua orang teman di Negeri Bersejarah, saya dan dua orang teman meneruskan perjalanan ke Bangi. Oh...mengantuk sangat..saya sebagai Co Pilot (Pemandu kedua) mengecam dan cuba mengingati jalan ke Bangi. Akhirnya kami tiba di IPT tersebut pada pukul 11 malam. Dengan perut yang berkeroncong minta di isi, saya bersama seorang teman menunaikan solat jamak qasar di masjid IPT tersebut dahulu sebelum keluar membeli makanan. Hajat di hati ingin segera bertolak pulang setelah urusan di IPT tersebut selesai kerana satu Seminar bakal berlangsung di IPT sendiri keesokannya, tetapi rancangan ditunda. Dengan itu, kami pulang ke johor pada pukul 1.15pagi berdua sahaja kerana seorang lagi masih ada urusan di IPT tersebut.

Perjalanan terasa panjang kerana masing-masing sudah mengantuk..tambah pula sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebat. Kadang-kala saya mengurut-urut sahabat saya yang memandu sejak dari perjalanan pergi lagi. Kasihannya dia..saya cuba menghilangkan rasa mengatuknya dengan mengajak bersembang dan bercerita. Kadang-kala saya menyanyi yang boleh menaikkan semangat. Akhirnya kami tiba kembali di Negeri Bersejarah untuk mengambil dua orang teman yang kami turunkan ketika perjalanan pergi. Alih-alih hanya seorang sahaja yang ikut balik ke Johor.

Deruman enjin kereta JJU membelah kepekatan malam Highway Utara-Selatan. Rasa sejuk dan nyaman bayu pagi menyebabkan mata kami masing-masing sembab minta ditutup. Akhirnya, kami tiba di satu R&R pada pukul 4.30pagi untuk melakukan Qiam. Perjalanan seterusnya diserahkan kepada saya. Ketika itu, mata saya dah tak boleh tutup & dah hilang rasa mengantuk. Walaupun agak kurang cekap dengan kereta JJU yang sangat “canggih” dengan gear auto dan penuh dengan button. Tapi bila dah kenal, maka dah cinta..hihi


Peristiwa mendebarkan di Lebuh Raya.

Pagi tu, lebuh raya memang sunyi..hanya ada beberapa kereta sahaja yang melalui jalan tersebut di samping lori-lori besar yang menggunakan lorong paling kiri jalan. Saya lihat teman-teman telah nyenyak tidur. . Lebih kurang pukul 5pagi, saya lihat melalui cermin sisi kelihatan lampu signal beberapa kenderaan belakang menyala-nyala. Sementelah itu, kedengaran juga bunyi enjin moto yang di “press-press”. Tidak semena-mena jantung saya berdegup dengan sangat cepat. Rasanya hormon adrenalin dirembes dengan begitu banyak ketika itu. Saya lihat teman di sisi dan belakang masih tidur. Nak kejutkan rasa kasihan tetapi saya rasa takut sangat dengan situasi ketika itu.


Tiba-tiba dua, tiga buah motor yang memotong kereta JJU dengan lagak yang mencemaskan memperlahankan motor mereka dan memandu hampir dengan kereta kami. Kereta kami dikepung!! Sekilas terlihat senyuman sinis penunggang motor-motor tersebut memandang kami. Terlintas di benak fikiran akan berita jenayah, rogol, rompak dan kemalangan melibatkan mat-mat motor. Tambah-tambah, kami bertiga semuanya perempuan. Lantas terdetik di hati:

“Ya, Allah..samseng jalanan ke ini? Atau mat-mat rempit ke ini? Atau penjenayah ke? Atau pembuli jalanan? Ya ALLAH selamatkanlah hambaMu ini...Selamatkanlah hambaMu ini..”

Kereta yang dipacu asalnya dibawa dengan kelajuan 100km/jam terpaksa di perlahankan sehingga 60 km/jam dek kerana motor-motor tersebut menghalangi kereta kami dengan memperlahankan kenderaan mereka. Takut saya bukan kepalang kerana saya yang membawa kereta tersebut ketika itu. Disebabkan bunyi motor yang agak bising menyebabkan teman-teman saya terjaga. Mereka juga terkejut dan takut.

“Ukhti! Jangan berhentikan kereta! Ingat, jangan sekali-kali berhentikan kereta!!”

Badan saya dah menggeletar, tetapi kata-kata teman saya itu menambahkan lagi ketakutan saya.

“Ingat, walau apa pun terjadi, jangan berhetikan kereta!!” Diulang lagi perkataan itu.

“Kak, tolong bersedia dengan henfon dan nombor kecemasan kalau apa-apa terjadi.” Sambung teman saya lagi kepada teman kami yang bakal bergelar Ummi. Saya hanya diam dan cuba fokus memandu supaya dapat mengawal stering dengan baik. Konon je steady, tapi dalam dada masih berombak kencang. Pilihan yang kami punya ketika itu hanyalah BERHENTI atau RISIKO KEMALANGAN!

...

..

“Ukhti! Sama ada enti PECUT atau jangan sekali-sekali berhentikan kereta!!”

Kelihatan makin banyak mat-mat motor yang datang.

Saya memutuskan untuk memecut dan memotong mereka dengan harapan mereka tidak dapat mengejar dan menyukarkan perjalanan kami lagi.

BRROOOMMmmm....

Kelajuan kereta ditambah kepada 125 km/jam. Saat kereta kami memotong motor mereka, sekilas terlihat mereka tersenyum-senyum sinis dan cuba menambah kelajuan agar kenderaan mereka akan sentiasa di hadapan kami. Dalam masa yang sama, mulut masing-masing menuturkan bacaan-bacaan doa pelindung agar segalanya selamat.

“A’uzubikalimatillahi taaamaati min syarrima khalaq”. “Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa-apa yang diciptakan”.

Tiba-tiba, motor-motor tersebut juga menambah kelajuan dan memotong kenderaan kami. Tetapi....mereka tidak lagi memandu di hadapan kami, namun mereka terus pecut ke hadapan.

Saya memperlahankan kenderaan kepada 90 km/jam agar mereka jauh berada di hadapan. Alhamdulillah...segalanya kembali ok. Dari jauh saya melihat cahaya lampu motor mereka melintasi beberapa kenderaan lain di hadapan.

....

..

.

Pada pukul 5.50pagi kami tiba di R&R Machap untuk menunaikan solat fardu Subuh. Usai solat, teman saya yang menggantikan saya pula untuk memandu. Kami tiba di UTM pukul 7.30pagi. tiada masa yang lamu untuk berehat kerana Program Seminar Keakhwatan telah bermula...

p/s: Bagaikan berada dalam mimpi kejadian malam itu..sebelum itu, saya telah bermimpi yang buruk semasa dalam perjalanan bermusafir.. Ya ALLAH, terima kasih kerana menyelamatkan kami yang dalam perjalanan membawa agamaMu. Ya ALLAH..terima kasih kerana Kau telah menyelamatkan kami daripada ditimpa kecelakaan. Yang kami pinta hanyalah mati dalam iman dan bukannya dalam keadaan hina.

Monday, March 16, 2009

Jualan Oh Jualan..Pancaindera ku Sakit..

Pada Jumaat malam hingga sabtu malam baru-baru ni, subjek Keusahawanan Fakulti saya telah mengadakan satu karnival keusahawanan di dataran letak kereta Fakulti Alam Bina (FAB). Memang agak meletihkan badan. Tapi apa yang lebih parah bila suasana keadaan sekeliling yang menyebabkan pancaindera saya terasa sakit..

Sebelum itu, saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada akhwat-akhwat ku sekalian kerana telah membantu saya dalam aktiviti jualan di sana. Mana tidaknya, semua barang-barang jualan adalah barangan ekonomi akhwat wa ikhwah (jaket Ukhwah fillah). Antara barangan akhwat ialah Farmina Bio Plus, produk HPA, kerepek ubi, Stokin, Handsock, Bookmark Boikot Israel, dan yang paling laris serta menjadi trade mark gerai jualan saya adalah One Drop Egyption Potion!!! Bila organiser promote gerai-gerai, mesti One Drop Egyption Potion!!! pun disebut..Wah..wah..bangga la sikit sebab gerai kumpulan saya merupakan satu-satunya gerai yang menjual barang tu. Tempahan semakin banyak namun stok bekalan tak mencukupi.

Sepanjang karnival berlangsung, pengunjung disajikan dengan persembahan serta lagu-lagu yang telah di'setup' oleh organiser. Allahu akbar..sabar jelah..lagu yang dipasang semuanya lagu-lagu yang melalaikan.. Udah la gerai direct straight dengan khemah organiser.. Ditambah pula dengan nyanyian karoke.. Ish..bila ada lagu yang pernah dengar dulu-dulu, kadang-kadang "ternyanyi" jugak..Astaghfirullahal 'azim.. Hati ku sakit..Telinga ku sakit...Mulut ku sakit..

Tak cukup dengan itu, depan mata nampak nisa' dan rijal yang sure-sure ajnabi jalan 'seiring dan sejalan' sambil ketawa ria dan malu-malu tikus..Ish sedihnya tengok...tambah-tambah bila ada couple yang nak beli perfumes
One Drop Egyption Potion yang popular tu. Apa lagi, sebelum promote, kita tegur la dulu apa yang tak kena. Sambil tu, kena la berhemah sebab pelanggan..Betul-betul mencabar..! Mata ku sakit..

Jika tidak sentiasa perbaharui & betulkan niat ketika berniaga, pasti iman juga sakit tenat..dengan cabarannya yang nak kena melengkapkan mutaba'ah..benar-benar perlu bergantung pada pertolongn Allah.

Usai sahaja karnival berakhir, rasa lega sedikit. Tapi seronok juga berniaga ni. Teringat pula kenangan mengendalikan gerai bunga ketika Konvo UTM yang ke-40 dan dua kali konvo selepas itu..Memang penat..Tapi bila melihat kesungguhan akhwat bekerja, penat yang datang ditukar dengan perasaan gembira kerana semuanya mempunyai perkara yang sama iaitu
segalanya lillahi ta'ala. Walau bagaimanapun, jualan nampak ok walaupun hujan lebat ketika petang dan malam (mungkin kerana nyayian karoke mereka tak sedap..=p ). InsyaAllah, semoga sedikit sebanyak dapat bantu ekonomi dakwah dan ekonomi akhwat juga.


p/s: Rasa-rasanya dapat A+ kot untuk subjek ni..InsyaAllah..Amiin... =)


Monday, March 9, 2009

Ku Kagumi Kecekalannya dalam BerJihad..

««««««««

AMR IBNUL JAMUH

“Dengan Cacat Pincangku Ini, Aku Bertekad Merebut Syurga…”

Sumber: Khalid Muh. Khalid “Karakteristik Perihidup 60 Shahabat Rasulullah

««««««««

Sekadar Gambar Hiasan

Latar belakang:

  • Ipar Abdullah bin Amr bin Haram krn mjd suami saudara Hindun bt Amar.
  • Tokoh penduduk Madinah + Pemimpin Bani Salamah.

Kisah Menarik Tersentuh Memilih Islam:

  • Di rumahnya ada 1 berhala dinamakan Manaf
  • Puteranya Mu’adz b. Amr & temannya Mu’adz b. Jabal sepakat jadikan berhala itu sebagai mainan.
  • 1 mlm mereka berdua menyelinap & mengambil Manaf lalu membuangnya ke dalam lubang tandas.
  • Pagi esoknya Amr tersedar bahawa Manaf tiada di tempat biasa. Beliau mencari-carinya dan akhirnya menjumpainya di dalam lubang tandas.. Amr Ibnul Jamuh ini menjadi berang!! Kemudian ia mencuci-cuci berhalanya & membersihkan Manaf serta memakaikan wangian padanya.
  • Si kawan berdua masih melakukan perkara yg sama pada Manaf stp malam hingga menjadi bosan.
  • Esoknya, Amr menjumpai Manaf di tempat biasa iaitu di dalam lubang tandas tetapi Manaf tidak bersendirian kerana ia terikat bersama bangkai seekor anjing dgn tali yg kuat.
  • Bangsawan Madinah ternampak kejadian itu kemudian mengajak berdialog ttg Islam.
  • Dalam beberapa saat Amr teringin dan tertarik untuk memeluk Islam. Beliau kembali ke rumah untuk mandi, memakai pakaian baru serta wangi-wangian kemudian berjumpa dengan Rasulullah utk berbai’at.

Setelah Memeluk Islam:

  • Masih diangkat sebagai pemimpin Bani Salamah
  • Sangat dermawan. Sanggup serah harta, bahkan jiwa raga kpd Allah.
  • Tetapi kerana kakinya pincang menghalang ia turut serta dlm berperang.
  • Dlm Perang Badar ia bersiap sedia utk berperang ttp anak2nya yang menjadi Satria Islam memohon agar si ayah tidak turun berperang krn khuatir. Dengan menggunakan alasan arahan dari Nabi saw supaya ia tidak turut pergi berperang, Maka ia terpaksa menurutinya.
  • Tiba Perang Uhud memohon dpt berperang:
“Ya Rasulullah, putra2ku bermaksud hendak menghalangiku pergi bertempur bersamamu. Demi Allah, aku amat berharap kiranya dgn kepincanganku ini dapat merebut syurga..
  • Kerana permohonannya diperkenankan, Allah menentukan ia mati syahid dalam perang Uhud.

Akhir Hayat:

  • Dikuburkan bersama Abdullah b. Amr b. Haram & Amr ibnul Jamuh dalam 1 liang kerana 2 orang sahabat yang setia & saling mengasihi.
  • 46thn selepas itu berlaku banjir besar lalu dipindahkan kerangka 2 sahabat tersebut. Dikatakan jasad ke2 sahabat tersebut masih elok dan lembut. Kelihatan seperti orang sedang nyenyak tidur. Kedua bibir masih terlihat senyuman manis.
  • Jiwa-jiwa besar yang suci lagi bertaqwa memiliki ketahanan yang dapat menangkis sebab-sebab kelapukan & mengatasi bencana2 tanah..


Alangkah gembiranya andai setiap jiwa-jiwa yang menyakini janji-janji Allah yang amat indah pada orang yang berjihad di jalanNya dengan bersungguh-sungguh adalah suatu kepastian yang nyata.
Bila membaca kisah tokoh ini, saya berasa benar-benar tersentuh. Bagaimana seorang sahabat yang kekurangan dari segi keupayaan anggota masih mempunyai semangat juang yang tinngi semata-mata ingin merebut SyurgaNya yang telah dijanjikan.Bila terpandang tajuknya sahaja sudah menggetarkan hati.

“Dengan Cacat Pincangku Ini, Aku Bertekad Merebut Syurga…”


"Ia rindu...amat rindukan sekali akan berjingkit dengan kakinya yang pincang itu di dalam Syurga.. Agar ahli Syurga itu sama mengetahui bahawa Muhammad saw itu tahu bagaimana memilih sahabat & mendidik serta menempa manusia.."

Imtihan Buat Akhwat fillah ku Tersayang..



Oh Tuhan..bertuahnya antunna diduga Allah sebegini rupa.. bertuahnya antunna diberi ujian sehebat ini..

Mungkin kerana kesibukan mengendalikan program sempena Maulidur Rasul: Kem Menjejak Sirah (KMS) menyebabkan ramai akhwat yang lewat mengetahui perihal kecelakaan yang menimpa dua orang akhwat mereka yang tersayang.. Alhamdulillah program berjalan lancar..tapi biasalah tak semua program sempurna secara total..tapi tahniah pada ajk-ajk yang terlibat menjayakan program sebaik mungkin..

Pagi Sabtu..
"Akak dah tahu pasal akhwat kita?"
kata seorang akhwat padaku

"Mmm..cerita yang mana satu..?"

"Oh..tak pe lah..takde pape.."

Usai membaca ma'thurat, saya perlu menghantar serang peserta ke kolejnya..katanya ada program lain..ingat di hati nak singgah ke bilik kejap..cuba check dalam kocek.."Eh..jaket tu akhwat tu pinjam..dalam tu ada kunci bilik.." Saya cuba call..Tak dapat. Seperti telefon dimatikan..Rasa tak sedap hati ni.. Saya tanya pada teman yang bertanyakan tentang perihal akhwat tersebut Subuh tadi.."Uhkti, enti tahu tak kat mana akhwat ni sekarang? Ana try call dari tadi tapi tak berangkat..Risau pulak..Selalunya dia ni selalu tegur mana-mana akhwat yang suka matikan henfon..sebab henfon tu penting..mana la tahu ada perkara Urgent nak bagitahu.."


"Kak..akak bertenang dulu ea..Ana nak cerita ni..Malam tadi dua orang akhwat kita kecelakaan.. Akhwat yang akak tanyakan tu luka teruk di kepala dan yang sorang lagi ada luka-luka kat badan..ramai lagi akhwat yang tak tahu tentang hal ni..Ana fikir nanti dulu baru bagi tahu. Takut diorang terkejut.."


"Innalillah..Ya Rabbi Ya Karim..Macam mana sampai jadi macam tu..?"


"Panjang cerita die kak..Nanti ana cerita ea.."


Saya benar-benar terkejut dengan berita ini. Kalau tak salah saya, ini merupakan insident paling teruk..selalunya akhwat jatuh moto luka-luka sedikit saja biasalah tu..Kalau tanya akhwat di medan lain pun begitu..

Tapi..Alhamdulillah..sehingga hari ini..keadaan keduanya bertambah baik..dah boleh senyum dan ketawa..Cuma seorang akhwat yang bengkak di kepala tak dapat ketawa banyak sangat sebab rasa sakit bergegar kepala bila nak ketawa..Dengar rasa kelakar juga. Ye la..bila keadaan begini terjadi..kita dapat lihat ukhwah itu sangat ketara..Time ni la baru dapat layanan istimewa daripada akhwat-akhwat lain..ada yang tolong urutkan..ada yang tolong basuhkan pakaian..ada yang tolong belikan makanan yang sedap-sedap dan ada yang 'tolong habiskan makanan akhwat yang sakit'..Tumpang sekaki la tu..

Begitu cantik Allah susun setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita.. Barang kali kita tak suka apa yang Allah beri tapi sebenarnya terselit begitu banyak nikmat dan hikmah yang Allah nak beri pada HambaNya..

".....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al- Baqarah:216)


Buat Ukhti tersayang lillahi Ta'ala..ana doakan moga cepat sembuh.. Sesungguhnya banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu kita pikul..dan masih banyak yang belum terlaksana.. Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya..Tidaklah ia terjadi dengan sia-sia..


"(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Ali-Imran:191)


Ku dedikasikan lagu ini buatmu Ukhti..

Sabarlah wahai saudaraku Tuk menggapai cita Jalan yang kau tempuh sangat panjang Tak sekedar bongkah batu karang Yakinlah wahai saudaraku Kemenangan kan menjelang Walau tak kita hadapi masanya Tetaplah Al-Haq pasti menang Tanam di hati benih iman sejati Berpadu dengan jiwa Rabbani Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati Tuk tegakkan kalimat Ilahi Pancang tekadmu Jangan mudah mengeluh Pastikan azzam-mu smakin meninggi Kejayaan Islam bukanlah Sekedar mimpi Namun janji Allah Yang Haq dan pasti...!!


Thursday, March 5, 2009

Rentetan Perasaan Oh Perasaan...


Alhamdulillah..walaupun saya tidak berkesempatan menziarahinya...tapi saya mendapat maklum daripada sahabat-sahabat yang dapat pergi, kata mereka dia semakin baik cuma tidak boleh tertekan, kalau tidak 'benda' tu akan datang balik dan akan mulakan strategi menghasutnya..

Walau bagaimanapun, sahabat-sahabat saya yang pergi tidak dapat menziarahinya dengan lebih lama kerana teman-teman sekelas serta pensyarah-pensyarahnya juga turut hadir..

Tak kisahlah apa pun, tapi yang penting ku doakan agar engkau cepat sembuh ya adikku..



p/s: Duhai Ukhti, ana berharap enti dalam melalui zon yang mencabar ini dengan kekuatan pergantungan padaNya..Dia lah yang bisa menjadikan dirimu sengsara atau bahagia..

Tuesday, March 3, 2009

Bagaimana Menjadi Pendakwah..


Sewaktu melihat-lihat blog-blog pautan teman-teman, saya tertarik pada satu blog yang hanya menggunakan bahasa bagi saya agak kasar & sempoi seperti mat & minah sekalian, korang, dan sebagainya..Ok, saya benar-benar tersentak bila membaca blog beliau. Beliau berdakwah dengan pendekatan yang santai. Tiada perkataan enta, enti, antum, antunna..tiada blog link, tiada shout box, dan tak pernah nak minta pembaca-pembaca blog beliau mempromosi blog tersebut. Tapi bilangan pembaca blognya mencecah ratusan orang.

Yang ingin saya kongsikan di sini buat tatapan pendakwah yang berdakwah melalui blog/internet adalah salah satu bingkisan entri yang ada pada blog beliau.. Sebelum itu, saya nak ingatkan bahawa grap lah isi, input yang ada pada entri ini dan cuba berlapang dada.

oleh Hamka http://keretamayat.blogspot.com/

May 24, 2007

Bagaimana Menjadi Pendakwah?

(Tazkirah untuk pendakwah dan bakal pendakwah)

Assalamualaikum..

Semenjak aku menulis blog keretamayat, aku dapati entry-entry aku telah menjadi bahan forward oleh mat dan minah forward sekalian.., yang mana akhirnya entry aku telah di forward kepada diri aku sendiri, yang mana mat dan minah forward itu tidak tahu bahawa aku ni penulis keretamayat.., hmmm, perlukah aku riak? Atau aku kena bersedih? oh!

Baiklah,
Di sini aku ingin membuat pengumuman, bahawa aku tidak pernah mengforward entry dalam blog keretamayat ini kepada sape sapepun..! tak pernah.., dan jika korang bukak email dan terima email forward yang mengandungi entry keretamayat, maka ketahuilah, bahawa semua itu bukan kerja aku, tapi itu adalah kerja ‘pendakwah moden’ yang berdakwah melalui email kononnya..

Apa khabar pendakwah email…?

---------------------------------------

Kemudian, aku ada jugak terima SMS dari rakan rakan akan SMS ‘dakwah’ yang bertulis seperti ini.(contoh-aku tak ingat sebab delete serta merta)

SMS:
Ucaplah SubhanAllah 10 x, anda akn bahagia, sebarkan kpd 10 teman, jika tidak anda akn ditimpa bencana..

Aku akan reply SMS itu dengan,

“bodoh! SMS anda berakhir di sini”

Dan biasanya kawan aku akan telepon terkejut dan marah lalu aku bagi tazkirah sedas dua kepada pendakwah SMS ini dan kebanyakannya pendakwah SMS ini akan insaf serta merta lalu berterima kasih kepadaku, errr sekurang kurangnya mereka tidak perlu SMS aku lagi sebegitu dan sedikit sebanyak aku telah berjaya mengjimatkan kreadit mereka he he he.. ok apa?!

Apa khabar pendakwah SMS sekalian…?

--------------------------------------------------

Ok, cerita lain pulak.., dulu..., ada kawan aku yang suka dengar lagu nashid, dan menganggap itu sebahagian daripada zikir dan ibadat.. dan bercita cita nak jadi penyanyi seterusnya nak berdakwah melalui lagu dan akan berdakwah dengan ikhlas lalu melaungkan slogan:
“belilah yang original..”

Kalau dah ikhlas, tak payahlah marah orang yang beli tak original, yang penting mesej sampai, kan kan kan?

Kejap lagi bertambahlah ‘pahala’ bila peminat peminat wanita datang mintak tandatangan kat kou kot ..he he he..

Apa khabar pendakwah nashid sekalian…?

------------------------------------------------

Ok, satu lagi, aku terima email dari kawan kawan internet yang buat blog dakwah, atau buat halaman web dakwah, tulis tentang berjuang, berjihad, taruk tazkirah dan sebagainya, copy paste gambar maksiat orang lain dan tulis, eee teruknya, janganlah anta unta sekalian buat begini, bla bla bla.., lepas tu email aku suruh komen tentang blog dakwah dia, suruh aku link-kan blog dia, suruh aku sebarkan blog dakwah dia, taruk hadith itu ini begitu begini.. malas aku nak layan..

He he he, bestkan berdakwah melalui internet? Penat berdakwah boleh main solitaire, Kasihan betul dengan kawan aku si Kuboe Aaron yang tinggal di perkampungan terkecil kat Papua New Guinea. Elektrik takde, air pon jap ada jap takde, tepon takde, apatah lagi internet.. kasihan mereka isk isk..

Korang perasan tak?, aku tak pernah dan tak akan link mana mana blog dakwah atau sebarang blog dengan blog keretamayat ini…, tak pernah!! (walaupun blog aku telah di link oleh 200 blogger.., riakkah aku?) kerana aku malas nak paksa orang lain baca blog korang, dan aku tak termasuk dalam golongan “mesti baca”, “wajib baca” dan sebagainya, lantak koranglah nak baca blog sape-sapepun dan aku tak marahpun jika korang nak link dengan aku, suruh tidak, larangpun tidak, korang punya link, lantak koranglah, he he he..

Baiklah, topic kita hari ini berbentuk soalan iaitu..,:

Benarkah kita sudah berdakwah ??

Kat Malaysia ni, ramai orang yang mendakwa dirinya sudah berdakwah.., sedang berjihad dan telah berjuang..

Selain daripada mereka yang berdakwah melalui email, halaman web, SMS, lagu dan blog, Ada jugak yang berdakwah melalui radio, TV, komik, parti, teater, buku, majalah, akhbar dan sebagainya..

Dan di raut wajah mereka (kebanyakkan yang aku kenal) ada rasa selesa dengan ‘kerja’ mereka, rasa diri bagus dan yakin mereka akan masuk shurga (dan yang tidak ikut mereka masuk neraka..oh)

Benarkah korang sudah di kira berdakwah?
walaupun ramai di kalangan mereka yang kita gelar ustaz atau ulamak.., benarkah?

Hmm, ini bukan masanya aku nak beremosi dan berlagak pandai bagi nasihat, aku cuma nak konsi sedikit fikir dan ajak para ‘pendakwah’ moden sekalian muhasabah diri..,

Wah wah wah, tergamaknya encik keretamayat ajak ‘pendakwah’ moden bermuhasabah?, biasanya pendakwah moden ni yang suruh orang lain bermuhasabah, tapi engko dah naik syekh ke ni wahai encik kereta mayat..??!!!

Argghhh, lantak korang nak tuduh aku apa-apapun, kalau boleh aku nak namakan korang pendakwah bidaah, tapi kurang ajar sangat bunyinya, atau aku boleh namakan korang pendakwah bidaah hasanah.., panjang sangat dan betul ke 'hasanah'nya?
Last-last aku panggil korang pendakwah moden…, ok sikit kot.. he he he.. tak kan tak boleh aku bagi tazkirah kepada ‘pendakwah’ kot..?

Balik kepada main topic..

Betul ke korang sedang berdakwah? Dan betul ke dakwah yang korang sedang buat tu?
Ni bukan nak letak hokum, just sama sama fikir, jika aku salah, silalah betulkan aku yang hina dan jahil ini tapi berlagak macam pandai..isk..

Para pendakwah sekalian,
Jika kita merujuk kepada sejarah, bila dakwah tidak berlaku maka tiga perkara akan berlaku..

Paham tak? Macam ni:
Apabila jemaah DAKWAH tidak ada dalam satu-satu Tempat, maka kat tempat tu… TIGA PERKARA BESAR akan berlaku.., iaitu:-

Pertama:
Ramai orang islam yang murtad.., sangat ramai!
(dah berlaku kat Negara kita, kalau satu dua kira ok 'kot',, isk..))

Kedua:
Akan muncul pembaharuan dalam ugama..,
(Oh, sekarang terdapat ahli bida’ah di kalangan ustaz ulamak..oh!)

Ketiga:-
Allah cabut kehebatan islam sehingga orang kapir tidak lagi merasa gerun dan takut kepada orang islam
(bahkan mereka telah menghina kita semua macam anjing dan babi!!)

Dan sekarang, ketiga tiga perkara ini sedang berlaku kat mana mana Negara islam, maka apa yang korang telah buat wahai pendakwah semua?

Selesakah korang berdakwah dengan email, SMS, lagu ,blog, komik, parti, teater, CD, kaset, buku, majalah, akhbar dan sebagainya.. selesakah korang?

Selesakah korang berdakwah tidak dengan CARA nabi SAW?

Bagaimana Nabi berdakwah?

(Huh! Korang jawablah sendiri, korang kan pendakwah bebas?)

*****

Pada zaman Nabi Muhammad SAW dulu, Kitab Al-quran takde, takde sahabatpun yang jual kitab Al quran, kitab kitab tasauf, kitab ehsan, kitab sifat 20, pun takde, apatah lagi email, sms, blog, dan media masa!!

Namun hari hari ada orang masuk islam, berbondong bondong pulak tu.., diorang baca sms ke dapat hidayat?, atau baca blog dapat hidayat? Ke mereka dengar nashid dan dapat hidayat? Ke apa ko apa ha?

Senang kalau korang pendakwah semua nak tahu cerita sebenar, walaupun zaman Nabi SAW tiada Al quran yang di bukukan sekalipun, tapi Nabi telah mendidik para sahabat RA pakat pakat amal ugama sehingga mereka semua menjadi ‘Al quran yang bergerak..’
Nabi telah ajar sahabat berdakwah dengan cara yang betul..

Semua sahabat berdakwah dengan bergerak jumpa manusia dari pintu ke pintu, lorong ke lorong, kabilah ke kabilah... dan sahabat telah bawa sifat yang sempurna dalam diri sehingga mereka menjadi asbab hidayat seluruh alam..

kemudian jika ada orang baru masuk islam maka Nabi SAW akan hantar mereka belajar ugama di rumah para sahabat Nabi SAW.. kerana di rumah sahabat Nabi ada suasana dakwah dan akhlak, bila orang baru di bawa di kedai orang islam pun ada suasana dakwah dan akhlak, yang mana akhirnya membawa kesan kepada dunia dan berbodong bondong manusia masuk ugama islam kerana semua sahabat adalah PENDAKWAH yang sebenar..

Dan kita tahu bahawa kubur sahabat RA telah bertebaran serata alam, hanya ada 10 ribu lebih kurang kubur sahabat di sekitar madinah dan mekah, lagi seratus dua puluh ribu lagi kubur sahabat adalah di luar Madinah dan mekah.., bagaimanakah cara sahabat berdakwah yang mana ribu ribu orang masuk islam? Korang boleh jawab sendiri.., sebagai pendakwah mestilah tahu bukan?

Tapi korang hari ni mengaku berdakwah.., sedangkan ribu ribu orang sedang murtad dan muncul ahli bidaah (termasuk korang sendiri) dan orang kapir sikit pun tak takut baca email, SMS, lirik lagu ,blog, komik, majalah, kain rentang, sepanduk, akhbar dan sebagainya…

Betul ke korang sedang berdakwah, atau sedang shok sendiri???

Dulu, usaha sahabat sangat makbul, kerana dalam usaha dakwah mereka dua benda telah mengalir dengan banyaknya.., iaitu darah dan air mata, tapi korang hari ni berdakwah melalui blog dan kejadahnya, ada air mata mengalir? berpeluh pun kira ok kot isk isk isk..

Baca komik, blog, main SMS, dengar lagu, tengok CD, semuanya NAFSU suka…, lalu korang selit Al quran dan hadith dan claim diri sebagai pendakwah agung serta rasa selesa dan gerenti masuk shurga? Wah wah wah, meriahnya hidup..

Ok, relaks, jangan marah, pendakwah tak mudah marah bukan?
Baiklah, korang tentu akan tanya aku mana dalil dan Nas bukan?
Sempena hari aku rajin bukak kitab.., mari kita kembali kepada sejarah pada hari isnin, 1400 tahun yang lampau…

******
(imbas kembali)

Sebelum kewafatan Rasulullah SAW, Baginda dalam keadaan sakit-sakit telah menghantar satu jemaah Dakwah dan Jihad yang di ketuai oleh Usamah RA yang masih muda belia.., dan bilangan mereka adalah seramai 30 ribu orang termasuk seribu penunggang kuda..

Walupun Nabi SAW sedang sakit, tapi Nabi sendiri telah menghantar jemaah Usamah RA ini keluar ke jalan Allah..

Walaubagaimanapun, apabila Rasullulah SAW wafat.., maka Jemmaah Usamah yang sedang bertolak ini telah kembali pulang ke madinah.., ingin menziarahi jenazah Nabi SAW.., dan pada ketika itu seluruh dunia islam di selubungi kedukaan dan kesedihan..

Sahabat menjadi bingung dan hilang arah kerana tidak dapat menerima hakikat tentang berita kematian Nabi Muhammad SAW..

Sehinggakan saidina Umar RA sanggup menghunus pedang dan ingin memancung kepala orang yang percaya nabi SAW telah wafat..

Lalu datanglah abu bakar RA menumbuk Umar lalu bagi tazkirah sambil mengcekak janggut saidina Umar RA..

“Bukankah Nabi itu seorang manusia dan semua manusia akan jadi mayat? Hanya Allah yang tidak akan mati!!”
(panjang cerita lebih kurang begitulah nasihat Abu bakar ra kepada Umar ra)

Pada waktu itu, dalam keadaan bingung dan keliru, terdapat pula perbalahan di antara puak Ansar dan Puak muhajirin kerana masing masing berebut nak jadi pemimpin..

Orang Muhajirin kata mereka patut jadi pemimpin kerana mereka adalah golongan terawal masuk islam dan sekampong dengan Nabi Muhamad SAW..

Tapi orang Ansar pula cakap bahawa madinah itu bumi mereka dan merekalah yang patut jadi pemimpin…

Maka keadaan menjadi semakin tegang.. dan dalam keadaan itu di kalangan sahabat RA, tumpuan dan fikir ke atas UMAT dan pergerakkan jemaah dakwah telah berhenti, di tambah pulak orang muhajirin dan ansar bergaduh kerana masing masing ingin melantik pemimpin di kalangan mereka… pada waktu itu JEMAAH USAMAH RA tidak bergerak (tangguh) dan para sahabat sibuk dengan urusan MELANTIK PEMIMPIN.., berbagai nama calon di kemukakan.., mereka hampir berperang sesama sendiri.!!

Lalu... Dalam keadaan mereka sibuk berfikir akan siapakah yang akan jadi PEMIMPIN orang islam?, pengganti Nabi Muhammad SAW?, datanglah Abu Bakar dan saidina Umar meredakan suasana…

Namun bukan isu itu yang aku nak ceritakan, yang aku nak bagitahu adalah pada waktu itu KERJA DAKWAH sedang berhenti.., orang islam sibuk lantik pemimpin, dan Jemma’ah USAMAH r.a tangguh dulu maka pada waktu yang sama, tiga perkara besar telah berlaku, iaitu:-
  1. Telah ramai orang islam yang murtad.., kemunafikkan telah zahir di madinah, kabilah arab banyak yang murtad, termasuklah orang Ajam..
  2. Muncul pembaharuan dalam ugama.., ada yang bersolat tapi tak mahu bayar zakat dan yang paling dahsyat muncul Nabi palsu..
  3. Allah cabut kehebatan islam sehingga tentera ROM mulai bergerak untuk menyerang Madinah..

Oh! 3 perkara ini berlaku sebelum jasad nabi di kebumikan lagi!! 3 perkara ini menimpa orang islam bukan selepas 100 tahun orang islam tinggalkan dakwah, bukan selepas 10 tahun, tapi sekelip mata!!!

SEKELIP MATA DAA....!!!

Aku pendekkan cerita akan bagaimanakah akhirnya semua ummat islam telah melantik saidina Abu Bakar RA sebagai KHALIFAH islam.., (panjang pulak nak cerita bab ni nanti..)

Ok, sekarang, mari kita lihat bagaimanakah Saidina Abu Bakar RA mengatasi masalah ini..

Pertama sekali yang di buat oleh Abu Bakar RA selepas menjadi Khalifah adalah :-

JEMAAH USAMAH YANG TELAH DI HANTAR OLEH NABI TAPI TERTANGGUH HENDAKLAH DI KELUARKAN KE DISTINASI YANG TELAH DI TETAPKAN..!!! MESTI!!!

Maknanya, seramai 30 ribu orang islam telah di keluarkan untuk berjihad..

Walaupun pada mulanya saidina Umar RA dan kebanyakan sahabat lain tidak setuju kerana mahu Jemaah yang ramai ini di gunakan untuk menentang orang murtad di sekitar arab dan mahu sebahagian lagi jemaah ini menjaga sempadan madinah daripada serangan Rom dan lain lain..

Tetapi.., apa kata saidina Abu Bakar RA?

“Adakah patut aku menangguh jemaah yang telah di bentuk oleh Rasullullah sendiri?
Demi Dia yang memegang nyawaku di dalam genggamanNya, sekiranya binatang binatang buas datang menyerang madinah lalu mengheret mayat mayat isteri Rasullullah, sekalipun sama sekali tidak aku membatal pemergian jemaah usamah RA..”

Abu bakar adalah orang yang paling paham ugama, ,maka lepas dah hantar tentera Usamah RA, baki ummat islam yang tinggal telah di keluarkan untuk berjihad ke atas orang murtad dan tak bayar zakat, walaupun pada mulanya sebahagian sahabat risau kerana tiada orang lelaki di madinah dan bagi cadangan agar orang yang solat tapi tak bayar zakat di maafkan kerana mereka masih bersolat dan di pujuk mereka yang bersolat tapi tak bayar zakat menyertai tentera islam menentang orang murtad..

Tapi Apa pulak abu Bakar RA jawab?

“Demi Allah, jika di zaman Nabi mereka membayar zakat bersama tali, tapi sekarang mereka membayar zakat tanpa tali, akan ku perang orang itu!! (lebih kurang maksud)

Nota: tali itu adalah tali yang mengikat binatang, jika di zaman Nabi mereka bayar zakat binatang bersama tali, maka andaikata mereka ingin bayar zakat binatang tanpa tali di zaman Abu bakar, pun abu bakar akan perangi mereka, atapah lagi jika tak bayar zakat terus!!, abu bakar tidak mahu sedikitpun sunnah Nabi berkurang, dan tak mahu sebarang pembaharuan atau bidaah muncul!! lagi lagi di zaman pemerintahanya, korang paham tak?

Baiklah, pendek cerita tentara Usamah RA telah keluar ke Syam dan telah melewati kabilah kabilah yang murtad yang ingin menyerang madinah, lalu timbul kegerunan kepada golongan murtad dan berfikir jika mereka orang islam telah keluarkan jemaah seramai ini, maka sudah pasti mereka mempunyai bilangan yang lebih ramai di Madinah..

Allah telah mencampak kegerunan kepada orang murtad kepada jemaah usamah RA walaupun jemaah ini bukan di keluarkan untuk memerangi orang murtad..

Kemudian di jalanan tentera Usamah RA telah bertembung dengan tentera ROM lalu memerangi dan memusnahkan mereka..

Di madinah pula, Abu Bakar RA telah menghantar jemaah yang di pimpin Khalid RA memerangi orang murtad, dan yang enggan bayar zakat, pendek cerita Nabi palsu telah di bunuh, orang murtad telah kembali islam dan golongan yang enggang bayar zakat sudah kembali ke pangkal jalan, Dan Abu bakar faham bahawa orang yang murtad dan tidak bayar zakat ini ada masalah iman lalu keluarkan perintah agar mereka semua keluar berjihad di jalan Allah, kemudian melalui jalan jalan ini, Allah telah mencapakkan kegerunan kepada seluruh musuh islam di seluruh dunia dan melalui jemaah dakwah dan jihad maka islam terus berkembang dan seterusnya mengusai dunia..!!

*****

Wah bersemangat nampak dengar cerita duhai Pendakwah semua..!!!

Maka hari ni korang semua duhai para pendakwah sekalian, betul ke sedang berdakwah?

Korang sibuk nak lantik pemimpin sehingga dah nak masuk 50 tahun dan sibuk berdakwah dengan cara yang merepek dan bukan sunnah Nabi, sehingga bilangan orang murtad semakin bertambah, ahli bidaah semakin bertambah (termasuk korang), dan orang kapir sikit pun tak takut kat korang orang islam isk..isk.. (aku pun sama!!)

Tapi mungkin korang akan bagi alasan bidaah yang korang buat tu bidaah hasanah..

Baiklah, Menerima satu pendapat aku yang bukan ustaz ni…, memang tak salah bida’ah hasanah, tapi jangan tinggal sunnah yg asal…dan jangan yakin bida’ah hasanah boleh memberi kemajuan pada ugama, bida’ah hasanah just satu teknik ‘perubatan’ untuk orang yg sakit imannya.. macam korang yang minat menyanyi, minat menulis, minat berpiket, dan lain lain, alahai.. macam dadah dalam ubat…, boleh di gunakan tapi just untuk berubat.., maka sebab iman korang dah sakit, tak apalah korang nak buat bidaah hasanah 'kot'..., tapi bila dah sembuh..kena tinggallah, atau korang masih sakit iman..?

Orang sakit makan nasi ayam KFC pun rasa tawar, begitulah korang yang sakit iman, nak berdakwah cara Nabi SAW akan rasa tawar.., ni termasuk kawan kawan aku yang mengajar di masjid surau dan claim diri sudah berdakwah lalu tinggal dakwah rumah ke rumah macam Nabi SAW..

Aku tahu ustaz ni keliru..

Halqah iman dan halqah ilmu adalah dua perkara yang berbeza wahai ustaz.

Apa yang ustaz telah buat kat masjid surau itu bagus dan baik, tapi itu bukan majlis dakwah tapi majlis ilmu..

Kalau ustaz nak tahu..Dalam Halqah ilmu, ustaz yang bercakap di muliakan, orang yang mendengar kena rendah hati.. betul tak?

Dan anak murid kena datang cari ustaz untuk belajar… bukan?

Tapi dalam majlis dakwah yang biasa Nabi buat di depan pintu rumah orang yang baginda dakwahkan itu: ustaz yang berdakwah kena bercakap dengan rendah diri dan orang yang mendengar kena di muliakan.., walaupun dia orang kapir..Allah sendiri perintahkan Nabi Musa a.s berlemah lembut bila berdakwah pada firaun!!!

Dan semua Nabi berdakwah dengan mencari ummat.., majlis dakwah tak sama dengan majlis ilmu, paham tak?

Sebab tu bila zaman islam berubah, bila banyak muncul kitab kitab, dan bila ummat ini bagi tumpuan pada ilmu dan mengabaikan dakwah, maka tidak pelik bila kita lihat kerajaan monggolia menakluk baghdaq, islam di serang dan di jajah, amalan bidaah berleluasa dan beribu ribu orang telah murtad… oh!

Maka nasihatku kepada pendakwah sekalian, jika korang nak menulis mengenai ugama, atau nak menyanyi lagu ugama, forward rencama ugama, berlakon watak islamic dalam filem islam ke apa dan sebagainya.., tak payahlah korang claim diri sebagai PENDAKWAH AGUNG.., buat kerana ummat kononnya, sedangkan perkara yang HAK telah di tinggalkan..

(Aku pesan jugak untuk diri sendiri.. isk isk.. isk..)

Dan bagi mereka yang ghairah belajar ugama, bukak kitab, belek kitab, bukak kelas, berdebat, berforum dan lain lain.., pun tak payah korang claim diri sebagai PENDAKWAH AGUNG.., kerana perkara yang sebenar dan HAK telah di 'yatim'kan..oh!..

Nak buat camne? Dah korang taksub sangat dengan kerja bidaah korang yang baru.., apa lagi nak di kata? tapi jangan korang lupa dengan SUNNAH Nabi SAW… tak salah kahwin dua tapi jangan abai bini pertama..

Akhir sekali..

Dah lepas berdakwah dengan cara yang bidaah tu, maka korang kenalah bertaubat.., Nabi ajar lepas buat benda baik macam solat dan dakwah masih kena beristigfar dan bertaubat kerana takut kepada Allah lantaran banyak HAK dakwah dan HAK ibadat di abaikan..

Maka korang yang berdakwah melalui blog, email, sms, parti, VCD dan sebagainya lagi lagilah kena BERTAUBAT!!!

Patut lepas korang bernashid, tulis blog, hantar email, buat drama islamic dan sebagainya maka korang kena bertaubat kepada Allah..
"Ya Allah, aku mintak ampun kerana berdakwah bukan dengan cara yang di tunjukkan oleh Nabi SAW, berilah kekuatan untuk aku berdakwah sebagaimana yang telah di tunjukkan oleh kekasihMU..., Janganlah aku di halau oleh Nabi di telaga kausar kelak kerana menolak sunnah NabiMU, berilah aku iman dan berilah aku kemanisan iman..Amin.."

Akhir kata:
Bertaubatlah wahai pendakwah moden sekalian kerana pada waktu dan ketika ini.. Berbondong bondong orang islam sedang murtad..,

Bertaubatlah wahai pendakwah moden sekalian kerana pada waktu dan ketika ini..
Pembaharuan dalam ugama, ajaran sesat, gerakan so call islamic dan sebagainya sedang berleluasa..,

Bertaubatlah wahai pendakwah moden sekalian kerana pada waktu dan ketika ini..
Orang kapir sedang menghina orang islam, sedang membogelkan orang islam, merogol perempuan islam, meyembelih orang islam, membunuh dan membakar!!!

Bertaubatlah wahai pendakwah sekalian!!! BERTAUBATLAH!! (akupun!!)

******

PENUTUP

Pesan terakhir Saidina Abu Bakar RA(pemimpin islam pertama) kepada Umar RA.(pemimpian islam kedua)
“Wahai Umar,

Apa yang aku perkatakan kepadamu dan amalkanlah ia,..
Sesungguhnya aku berharap akan menghebus nafasku yang terakhir pada hariku ini, (hari isnin)

Maka sekiranya aku mati, janganlah menunggu ke petang baru menggantikan aku untuk meguruskan hal ehwal orang ramai,

Begitu juga jika kematianku terlewat sehingga ke waktu malam, janganlah kamu menunggu hingga hari esok untuk meguruskan hal ehwal orang ramai,

Janganlah kematianku ini menyibukkan kamu dari agama dan wasiat Tuhan kamu.
Laksanalanlah wasiat Allah dan Rasul-NYa terlebih dahulu.

Sesungguhnya engkau telah melihat apa yang telah aku lakukan selepas kewafatan rasulullah saw.,

Musibah dan kewafatannya tidaklah sama dengan musibah kematian yang lain.

Dan demi Allah, sekiranya aku melambat-lambatkan perintah Allah dan RasulNya sudah pasti Allah tidak akan menolong kita lalu menghukum kita dan musuh musuh akan menyerang dan membakar madinah ini”

(End)

Ps: Aku tidak berdakwah melalui blog ini, jika korang mendapat kebaikkan dengan membaca blog keretamayat, itu baik untukmu dan jangan lupa berdoa untukku, semoga aku menjadi mayat yang di redai Allah.. (Amin)

(tutup entry dengan tasbih kifarah)


p/s: Cuba kita refleksi diri, bersungguh-sungguhkah kita dalam menyeru kepada orang ke arah kebaikan dan cuba sedaya upaya menghalang insan daripada melakukan kemungkaran. Moga dalam tiap hembusan seru, mengajak kepada satu kalimah..hati-hati ini tak pernah lupa daripada memohon agar kebergantungan terhadap Allah itu tidak terlepas.. Ya Allah..Tuhan yang memiliki hati ini, tetapkanlah hati kami ini dalam agama kami, dalam ketaatan, dan dalam jihad di jalanMu..Sesungguhnya hanya Engkaulah sebaik-baik penolong.




Monday, March 2, 2009

UJIAN OH UJIAN.. PERASAAN OH PERASAAN.. AKU BERSYUKUR KERANA MASIH PUNYA RASA BERTUHAN.

“Kite rasa letih sangat.. tapi tak dapat tidur. Kite dah telan banyak panadol tapi still tak boleh tidur. Kite mintak kat kawan, kawan tak bagi. Kite mintak kat semua orang tapi diorang tak bagi. Kite rasa pening sangat..’benda’ tu akan datang balik kata “kawan-kawan ko tu bukan sayangkan ko. Diorang tu depan ko je tunjuk baik.” Tapi kite rasa diorang bukan macam tu.. Diorang baik... Tapi ‘benda’ tu still kata yang bukan-bukan tentang diorang..”

“Diorang selalu marahkan kite..kawan-kawan kite marahkan kite, ustazah pun marahkan kite, anak halaqah kite pun marahkan kite.. Diorang tak tahu kite sakit.. Kite tak boleh kena marah.. Kalau orang marah kite rasa sedih..nanti ‘benda’ tu datang balik.. Kite jadi pening..”

Wahai teman..saya benar-benar rasa pilu melihat diri kamu begini..tiada lagi senyuman manis terlihat, tiada lagi gelak tawa ria kedengaran..tiada wajah ceria terpamir.. Yang ada hanya wajah suram, mata yang bengkak...hati terus membungkam. Tiba-tiba air mata ini menitis.. rasa benar-benar hiba.. mata terasa panas. Namun saya sorokkan daripada pandangan orang lain..

“Kita jumpa di Surau lah ya kak..”

Pelik. Saya melihat dia meluru ke arah surau dengan selipar, tidak berstokin, tidak bersarung lengan.. yang ada di tangannya hanya buku “Ingat Tuhan sampai mati” oleh Aa Gym. Ini bukan teman yang saya kenal dulu.. Kami turuti sahaja arahannya.. Semuanya bergerak ke arah Surau.

“Benda ni dah lama.. tapi kite rasa kite boleh tahan lagi.. tapi lama-lama, dah jadi teruk sangat. Kite tak nak susahkan siapa-siapa. Sekarang kite rasa macam dah jadi banduan. Nak kena semua orang jaga dan perhatikan sepanjang masa. Kite dah dengar ayat al-Quran, kite dah dengar zikir tapi ‘benda’ tu selalu datan. Kenapa Allah uji kite sampai macam ni.. ”

Setelah lama mendengar ceritanya, saya bertanya “ Apa dia ‘benda’ tu?’”


“Perasaan kite.. Dia selalu cakap-cakap kat kite yang orang lain tak sukakan kite pun. Tak guna je hidup. Lepas tu kite jadi sakit sangat kepala..”


Saya dan seorang lagi teman berusaha mententeramkan dirinya dan dalam masa yang sama ingin mencari punca bagaimana seorang yang kami anggap sangat ceria dan kuat boleh mengalami gangguan jiwa sebegitu rupa.


Oh hati..lebih tepat lagi, Oh perasaan..bahaya benar kau ya..bila perasaan berkompromi dengan bisikan syaitan, kau boleh memesongkan aqidah seorang insan..kau serang dia ketika dia lemah..Oh perasaan, bahayanya engkau..kau bisa mempengaruhi seorang insan hingga tidak dapat bertindak mengikut kewarasan akal..Oh perasaan, bahayanya engkau..kau bisa menjadikan seorang insan tidak dapat menerima qada’ dan qadarNya..


“Kite tak nak jumpe doktor gile..Kite tak gile..kite sakit je.. Kite tak nak masuk wad gile.. Kite tak suka..nanti lagi teruk..”


Saya berkata kepadanya, “Cuba bayangkan bagaimana keadaan Rasulullah bila orang sekeliling mengatakan baginda gila ketika cuba menyampaikan Agama Islam..Apa yang kamu rasa ini baru sedikit.. Sabarlah..”

Saya tidak dapat menahan sebak, lantas bercucuran air mata ini lagi..Saya diam seketika. Cuba mengumpul kekuatan untuk berkata-kata lagi.. Saya tarik nafas dalam-dalam..

“Cuba kamu lawan perasaan tu..anggap ’benda’ tu kecil sahaja. Ibarat ia berada di dalam genggaman kamu. Kamu yang mengawalnya bukan dia yang mengawal kamu. Bila kamu kuat, genggaman kamu juga akan kuat. Dia akan hancur dalam genggaman kamu. Tapi bila kamu lemah, genggaman tangan itu juga akan lemah dan akan terbuka..”


“Tapi kak, macam mana nak kuat??”


“Cuba kamu luahkan apa yang kamu rasa..jangan fikir sendiri-sendiri. Bertindak menggunakan akal. Jangan guna perasaan.. kamu kena cari penyelesaiannya bukan pendam”


“Tapi kite tak nak susahkan orang lain..kite tak nak susahkan adik-adik. Nanti diorang rasa susah hati.”


Saya tak dapat nak teruskan bicara.. Direbahkan kepalanya pada bahu sahabat saya. Sahabat saya menyambung perbualan. “Akak rindu pada adik yang ceria, selalu ketawa dan buat orang ketawa, yang sabar, tabah, bersemangat...” kata-katanya terhenti. Ada tanda sendu pada nafasnya. Sahabat saya juga turut mengalirkan air mata. Masing-masing masih tak dapat menerima seorang yang berpangkat adik mengalami gangguan emosi yang sangat kritikal.

“Kite pun nak jadi macam dulu..”
. Suasana hening.

Sambil itu, saya membelek-belek helaian terjemahan Al-Quran. Mencari Surah Ar’Ra’d ayat 11. Dah jumpa!!

“A’uzubillahi minasyaitonirrajim..Bismillahir rahmanir rahim.. Bagi (manusia) ada malikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia”

Sengaja diulang 3x ayat “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” Dia tak mahu terus begini, tapi dia tak mencari jalan keluar. Saya teruskan kata-kata.

“Janganlah kamu bergantung pada kawan-kawan sahaja. Mengadulah pada Allah.. Andai kawan-kawan tak dapat terima kamu, nak jatuhkan kamu, nak marahkan kamu,..tapi kalau Allah tak izinkan benda tu berlaku, maka benda tu takkan berlaku. Kamu tak sendirian..Ada malaikat yng sentiasa menjaga kamu depan dan belakang.”
Saya berhenti.
Tak dapat teruskan kata-kata. Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini..bantulah dia agar kebergantungan padaMu tak luntur..Kuatkanlah dia Ya Allah..Kuatkanlah dia.. Saya lihat wajahnya. Ada air mata mengalir.
......
......
..
Perjalanan pada petang tersebut terasa amat sukar.. Ini berkaitan dengan hati..Berkaitan dengan kepercayaan..

Kemudian, kami serahkan dia pada seorang lagi sahabat kami untuk terus memberi kaunseling padanya. Sahabat saya yang seorang ini adalah orang yang paling dipercayainya. Masa terus berlalu..
Sebelum pulang ke UTM, saya lihat ada kuntuman senyuman kadang-kala terlihat di wajahnya. Alhamdulillah..moga segalanya kembali pulih sediakala. Akhirnya saya bersama 2 orang sahabat pulang ke kampus dengan 1001 pengalaman. Ini merupakan taujih yang amat bermakna. Dalam perjalanan pulang, kami bertiga pula diuji dengan masalah kereta. Kereta tak boleh hidup..tersadai di tepi jalan. Nasib baik ketika berhenti di R&R. Dengan bantuan Allah melalui kehadiran anggota Ranger PLUS, perjalanan pulang dapat diteruskan walaupun terlewat daripada waktu jangkaan.

P/S: Halaqah ana terpaksa ditunda.. Takpe..ada hikmahnya kan??

Sunday, March 1, 2009

Monolog Qalbu


Hatiku bersenandung duka
Rintihanku pada Yang Maha Pencipta
Pada tiap malam sepertiga
Saat manusia dibuai lena
Hatiku meronta-ronta
Perasaan rinduku yang kian ketara
Munajatku padamu tak pernah ku lupa
Dalam tiap-tiap kudusnya doa
Tak sabar rasanya detik bersua

Ujian ini bukti cintamu
Pada aku hamba yang hina
Biar sakit hingga ke hulu
Namun hanya padamu tempat ku meminta
Kerna kutahu tiada suatu yang sia-sia
Datang dariMu Yang Maha Kuasa

Kubaluti hati ini
Dengan selendang putih kesabaran
Kupujuk jiwa nan suci
Dengan janji-janji Tuhan
Biarlah sedu sedan ini
Kutangisi pada yang berhak
Moga dengan rahmat dan kasihNya
Berikan ku secebis ketabahan
Kerna ku pasti segala kejadian
Telah tertulis pada lembaran buku suratan

Bermonolognya hati
Segera menginsafi
Satu persatu diselami
Banyaknya khilaf tak terperi
Kuyakinkan diri
Bahawa dugaan ini hanya gerimis pagi
Kerana pabila sinar mentari mencium dahi
Terbitlah pelangi yang dinanti

Kau sentiasa di situ
Tak pernah kemana-mana
Hanya aku yang merasa Kau jauh
Namun hakikatnya di sisi cuma
Kau sentiasa ada
Menemani ku dengan kasih yang paling dalam
Yang selalu mengiringi tidur ku yang sepi
Yang menjaga ku tika ku lemah
Yang menyambut ku bila ku tersungkur

Monolog kalbu ini menampar diri
Butanya aku dalam celik
Tersesatnya aku dalam terang
Tak pernah aku jelajah hati ini
Ternyata ada kalimah indah yang tersembunyi
Yang perlu aku cintai
Yang wajib aku imani


Kudambakan segenggam tabah
Ku harapkan sinar hidayah
Agar dapat kusulaminya menjadi tenunan yang indah
Lantaran letih menjadi hambaNya yang lemah
Melihatkan nafsu berpesta meriah
Kerana aku mudah tersungkur rebah
Tiada guna lagi menangis
Tiada guna lagi bersedih
Hanya berbekal doa yang tulus
Kupohon rahmat kasihMu
Wahai Tuhan Yang Maha Kudus

Halaqah, Ta’lim, Liqo’, Syuro, Daurah, Program dan...?


Aku melabuhkan badanku ke tilam yang kurang empuk di bilik setelah penat membawa halaqah dengan binaanku sebentar tadi. Aku terus menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Aku terpaku seketika dek terkenangkan mutarobbiyah yang dibina... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatiku. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.


Sebelum Subuh lagi Aku bangun untuk bersiap-siap ke masjid. Aku suka solat Subuh di masjid kerana Aku dapat solat berjemaah. Selalunya yang datang hanya seorang pensyarah dari Fakulti Alam Bina. Aku gelarkan dia sebagai Puan sahaja. Kadang-kadang ada juga Kakak dari Indonesia berjemaah. Selain itu, usai solat berjemaah pasti diadakan tazkirah oleh ahli masjid yang bertugas. Tapi pada hari tersebut, dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, aku jalan terhuyung-hayang menuju ke masjid setelah meletakkan motor di kawasan berdekatan & usai mengambil wudhuk dari bilik. Selesai solat berjamaah, Aku berzikir sebentar dan membaca ma’thurat kubra sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam bacaanku. Tazkirah pun sayup-sayup kedengaran. "Alahai.. mengantuknya. Balik bilik je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."

"Hei...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahku. Mata Aku cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangku. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Prof.", getus hatiku. Aku membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan kuliahnya walaupun mata aku masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.


Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, kadang-kadang tersengguk-senguk juga, handphone Aku vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Ukhti, jangan lupa 10.15 malam ni ada liqo’ di masjid, aras jemaah muslimat." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari rakan sehalaqahku. "Liqo’ lagi...", keluh hatiku. "Malam tadi dah halaqah, malam ni liqo’ pulak", tambah hatiku. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Aku meluru ke motor sambil membelek buku kecilku jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.


"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan mereka malam nanti?"
tanya hatiku. Mahu tak mahu Aku pulang ke bilik. Aku membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu dan dalam masa yang sama sambil memicit kepalaku. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatiku sambil melihat jam tanganku yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.


Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah..." syukur padaNya kerana memudahkan urusanku. Aku cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Aku bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan selamba Aku masuk ke kelas. Belum sempat Aku duduk dan bertegur sapa dengan kawanku, pensyarah berkata,

"Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota".


Hilanglah selamba Aku apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutku ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatiku.


Timbullah suara-suara jahat Azazil:

"Itulah kau. Sibuk halaqah, liqo, ta’lim, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Halaqah, ta’lim, liqo’, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kau pulak ada ta’lim di kolej A. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!".


Aku tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut:

"Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Murobbiyah tak dapat tolong kamu. Akhwat pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah."


Walaupun sedang dilema, Aku meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.


"Enti mesti istiqamah dalam perjuangan..."
, kata Murobbiyah setelah Aku mengadu masalahku. "Belajar tu wajib. Enti mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi.


"Tapi.., macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study. Report inilah, task halaqah lah, gi ziarah lah, cari mad’u lah..ada je.."
, kata Aku.


"Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya"
, jawab Murobbiyah.. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba enti kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama pergi shopping? Berapa lama makan di kafe?" tambahnya.


"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan enti pasti ada masa untuk study",
tegasnya.


Lantas Murobbiyah berpesan kepada Aku sebelum pulang dari Halaqah:

"Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada enti dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Sungguhpun adakala ada masalah dengan akademik tapi dakwahnya mantap..Ia juga diberi 24 jam sehari seperti enti."

Amat tepat sekali jawapan Murobbiyah kepada Aku dan menimbulkan kembali semangat juangku untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.

Namun, Aku bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Ukhti?". Dengan selamba Murobbiyah menjawab: "Ana la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain ana tak tahu...", sambil senyum meleret pada Aku hingga ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat mu Ukhti", kata Aku sambil tersenyum. Aku pulang bersama mutiara berharga dari Murobbiyah yang juga cemerlang dalam Dakwah dan... AKADEMIK. InsyaAllah...

petikan asal dari iluvislam.com dan diubah suai oleh NHA

Kadang-kadang, bila futur mengintai-intai menyerang hati para da’ei/da’iyah, dan ketika itu pula banyak mutaba’ah yang tak selesai, iman rasa down sangat...tolonglah wahai da’ei/da’iyah..tolonglah segera merawatnya.. jangan biarkan rasa kelelahan dalam menggalas tanggungjawab menjadi hambatan pada gerak kerja dakwah. Biar di mana pun kita diletakkan. Sama ada medan dalam mahupun luar, yakinlah wahai Ukhti bahawa itu adalah yang terbaik untukmu. Jangan pernah berharap dikurangkan kerja yang mulia ini, tapi terimalah ia sebagai satu ujian untuk meninggikan lagi darjat kita. Hanya yang terpilih sahaja akan melalui jalan ini. Allah tidak akan mencemari jalan suci ini dengan hati-hati yang telah dicemari. Proses filteration akan sentiasa menghambat kita. Menguji di mana kesungguhan kita terhadap tugas ini. Kata-kata ini pertamanya buat diriku sendiri, yang kedua buat diriku juga dan yang ketiga sekali lagi buat diriku. Seterusnya kata-kata ini ku tujukan buat dirimu wahai da’ei/da’iyah..

"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita."
(Pepatah Arab)


“Bila dirimu bergelar DA’IE, maka kau wajib sedar, bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA”

– Hassan al-Banna –

Tanggungjawab melebihi masa yang ada. Dan tarbiyah yang disalutkan ILMU dan CABARANlah yang dapat mendewasakan dirimu. Tapi cukupkah jika sekadar menerima tarbiyah? Sampaikanlah pada SYABAB, sedarlah wahai FATAYAT, kalian bukan pemula perjuangan ini dan bukan pengakhirnya tapi kalian adalah mata-mata yang menjadi penyambung perjuangan RASULULLAH dan para SAHABAT..