Tuesday, April 21, 2009

Dakwah fi Sabilillah

Seruan Tuhan memanggil-manggil

Pada tiap sudut hati kita

Dakwah ini menuntut keikhlasan

Siap siagalah wahai ukhti

Inilah kuasa tenaga kudrat serikandi

Hiasilah perjuangan ini

Dengan niat yang suci

Kerana Ilahi

Tugas ini menuntut tenaga

Mengorbankan masa

Desakan Iman membela agama ALLAH

Namun terasa indah

Hanya kerana janji-janjiNya

Inilah dakwah fi sabilillah

Kita insan terpilih

Menyambung perjuangan Rasulullah

Biar kita dipinggir

Biar terasing

Kerana inilah agama mulia

Yang bermula daripada keadaan asing

Dan ia akan kembali terasing

Sesungguhnya beruntunglah pada siapa yang terasing

Bangkitlah wahai serikandi Islam

Ingatlah bahawa Syurga menantimu

Bersabarlah tika dihina

Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar

Sedarlah

Tugas kita adalah berjuang

Gagahkan langkah dan maju

Bulatkan tekad nan satu

Yakinkan Imanmu

Allah bersama pada tiap hembusan seru.

Wednesday, April 15, 2009

Ukhwah, Prasangka, Teguran dan Nasihat

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda: “Terdapat enam hak Muslim ke atas seorang Muslim.” Ditanyakan kepada baginda, “Apakah ia wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Apabila kamu bertemu dengannya, ucaplah salam kepadanya; apabila ia menjemput engkau, tunaikanlah jemputannya; apabila ia meminta nasihat daripada engkau, berilah nasihat kepadanya; apabila ia bersin kemudian ia memuji Allah, jawablah untuknya dengan mengatakan yarhamkallah (semoga Allah merahmati kamu); apabila ia sakit, ziarahilah ia; apabila ia mati iringilah jenazahnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bila berbicara tentang ukhwah, masih banyak yang perlu dipelajari. Ia bukan semudah dikata. Umumnya perkara yang perlu ada dalam ukhwah adalah ta’aruf (saling mengenal), tafahum (saling memahami), ta’awun (saling menolong), dan takaful (saling menanggung). Dan dalam berukhwah perkara tertinggi adalah itsar (melebihkan saudara daripada diri sendiri) dan manakala perkara yang paling bawah adalah berlapang dada. Bukan mudah untuk berlapang dada dalam semua hal. Ia mungkin terjadi kerana berprasangka perkara yang tidak-tidak. Dan Allah amat melarang keras akan prasangka kerana boleh menyebabkan permusuhan dan pergaduhan berlaku.

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Al-Hujurat, ayat 12)

Al-Sobuni berkata: Jauhilah kamu daripada tohmahan, khianat dan buruk sangka terhadap keluarga dan manusia. Diibaratkan dengan banyak di sini untuk memberi ihtiyat kepada manusia, pada setiap zhon(sangkaan) dan jangan terlalu gopoh sehingga belum lagi dipastikan dan ditahqiqkan hal tersebut. Ini kerana sebahagian zhon (sangkaan) merupakan dosa yang mengakibatkan tuannya akan dihukum Allah swt sama ada di dunia atau akhirat.

Kadang-kadang ukhwah merupakan perkara yang paling kompleks untuk difahami, bila diri susah untuk berlapang dada. Simpulan ukhwah yang cantik bila ada hubungan dua hala antara keduanya. Bila dia dalam keadaan sedih, kita hiburkan. Bila dia marah, kita dengar dan diam. Keduanya perlu memainkan peranan agar seni ukhwah yang dilakar tampak cantik da indah.

Apabila saudaranya melakukan kesalahan, telah menjadi satu tanggungjawab baginya untuk menegur. Itulah hak saudara ke atas saudaranya yang lain. Teguran yang ingin disampaikan seharusnya teguran paling berhikmah.

Jika dilihat kembali bagaimana As-Syahid Imam Hassan al-Banna menegur anaknya, Saiful Islam yang gemar membaca komik. Jika dibandingkan pula zaman sekarang pasti si Ayah tidak mempedulikan apa yang dilakukan si Anak, paling tidak pasti si Anak akan dimarahi sekiranya si Anak melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh si Ayah. Lain pula cara didikan tokoh ini. Cara beliau menasihati si anak hanya dengan memberinya kisah-kisah kemuliaan Islam seperti kisah para sahabat yang bersungguh dalam berjuang. Sehingga si anak dengan sendirinya meninggalkan hobi lamanya yang gemar membaca komik itu. Betapa indahnya teguran yang dilakukan oleh Imam Hassan al-Banna sehingga teguran yang dilakukan beliau tidak nampak sebagai teguran. Jujurnya dengan cara begini akan menambahkan lagi ketsiqahan dan sifat hormat seorang saudara kepada temannya.

Sesungguhnya Allah juga amat mencintai hambaNya yang bijak dalam berukhwah.

Daripada Sahl bin Saad r.a, Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azzawajalla adalah mulia. Ia menyukai kemuliaan. Ia juga menyukai akhlak yang tinggi dan benci akhlak yang rendah.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan Tabrani)

Sehingga ada hadis yang menggesa agar tuntutan menjaga ukhwah walau dengan bermanis muka.

Daripada Abu Dzar ra, Nabi saw bersabda: “Janganlah kamu menghina kebaikan sedikit pun, walau sekiranya engkau bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang ceria.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dibandingkan dengan kita pada zaman ini, pastinya keserabutan dan masalah yang dialami tampak jelas pada raut wajah yang masam, berkerut dan mood yang kurang baik. Seorang Mukmin yang terbaik adalah ia dapat mengawal marah atau masalahnya daripada pandangan orang lain. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga ukhwah yang terbina. Usahlah ia dimusnahkan dek kerana perkara-perkara kecil yang bisa mencalarkan seni sebuah ukhwah.

Tuesday, April 14, 2009

Salam Mujahadah

Salam bermujahadah pada semua..Ana hanya ingin berkongsi dengan semua satu bingkisan video yang ana buat sendiri supaya kita dapat me'refresh'kan balik niat.Tapi sayangnya lambat pula nak upload. InsyaAllah, kalau ana senang lain kali, ana uploadkan.

Saat-saat yang kritikal lagi genting ini, kadang-kadang menyebabkan diri rasa berat untuk berjuang.. Bila balik ke bilik, masih banyak tugasan yang belum diselesaikan sedangkan due date dah ter'over dose' lambat dah pensyarah kasi. Maklumlah, final year student. Alah, sama je kalau bukan final year student.

Jadi, kepada semua..JOM!! Kita BERJUANG, biar di medan dakwah mahupun di medan peperiksaan. Semua itu menuntut Jihad kita yang sebenar.. TAKBIR!!!

p/s: Doakan VIVA ana esok pagi.. Berdebar rasa macam nak pitam...

Friday, April 10, 2009

Yakin Dengan Rezeki Tuhan..

Bismillahirrahmanirahim...

Ertinya: "...Barang siapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." (Surah At-Talaq, ayat 2 dan 3)

Doa yang sering dilantunkan dibibir para hamba yang membutuhkan bantuan dan pertolongan dari Allah. Sebagai manusia yang sentiasa dihimpit oleh rasa kelelahan dan lemah, hanya Dialah satu-satunya yang menjadi sandaran paling utuh. Sebelum dicurahkan rasa kelelahan pada manusia, selayaknya segala bebanan dan keserabutan dipangkukan pada ribaan Rabb nya.

Setiap titisan air mata yang gugur lantaran dunia amat sia-sia. Bimbang kerana pintu rezeki semakin menyempit, khuatir akan jodoh yang belum tiba, gusar kerana urusan dunia..dan segala macam bentuk kegusaran yang selalu singgah untuk membuatkan iman sang hamba luntur. Mengintai-intai tiap masa untuk menghumban manusia kelembah keputusasaan.

Dugaan yang datang, ujian yang tiba, benar-benar menyesakkan dada.
Kadang-kadang, datang bisikan yang bisa-bisa saja melemahkan semangat..

Oh Tuhan, bantuilah hambaMu ini saat-saat ia amat berharap pertolonganMu..Sesungguhnya iman kuat mengatakan pintu rezekiMu tidak pernah sedikit mengecilkan luasnya.. Tiap titisan mutiara yang berjatuhan hanyalah kerana takut akan azabMu..Moga pengharapan kepadaMu semakin utuh. Aku mencintaiMu ya Allah, jiwa dan ragaku buatMu ya Rabb..

Saturday, April 4, 2009

12Jam Sahaja Berada di Kampung

"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa." (30:54)

Kehadiran sekelumit rasa lelah dengan urusan dunia dan study di kampus, membuatkan aku tekad untuk pulang ke kampung. Biarpun hanya sekejap, tapi saat menatap wajah bonda yang lembut dan melihat wajah tegas abah serta gelagat adik-adik yang berbagai ragam di samping suasana kampung yang nyaman membuatkan segala masalah yang terbeban di bahu terbang hilang..

Aku bangga kerana aku orang kampung, walaupun tiada shopping mall, tiada panggung wayang, tiada restoran mewah. Walaupun ada pacat, ada ayam, pokok kelapa, parit dan ikan haruan..aku bangga kerananya..(uish! apesal pulak patriotik sangat nie..??)

Untuk dapat kekuatan menghadapi berbagai ujian akan datang dengan PSM nya, dengan final exam nya, dengan tanggungjawab yang kian bertambah, aku amat berharap pertolongan Dia Yang Satu. Balik kampung juga salah satu nak topup semangat..


Akhwat fillah ku sekalian...tunggu Laksa Penang air tangan mak ana...nanti kita moreh sama-sama..

Friday, April 3, 2009

Menyeru Bukan Mudah..

Aku berlindung daripada bisikan syaitan yang terkutuk.

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum itu,ana mengajak kepada pelayar blog Satu KALIMAH Ahad agar betulkan niat, mohon agar segala gerak-geri sentiasa berpaksikan "Lillahi Ta'ala". Semoga tiap detik yang anda peruntukkan sepanjang melayari blog ini tidak sia-sia. Ana sesungguhnya tidak mampu untuk menjawab segala pertuduhan yang akan dilemparkan pada ana sekiranya blog ini menyebabkan mutaba'ah antunna ter'delay', ana juga tak mampu untuk menjawab andainya blog ini menyebabkan masa antunna dihabiskan begitu sahaja tanpa mendapat apa-apa manfaat, ana juga tak berdaya andai Allah bertanya pada ana kerana telah melalaikan manusia dengan membuang masa dengan benda yang tidak berfaedah di Hari Penghisaban kelak.. Na'uzubillah.. YA Rabbi Ya Rahman Ya Rahim..ku bermohon atas segala kekhilafan yang telah, sedang dan akan ku lakukan.. Aamin..

Tugas sebagai pembawa risalah bukanlah satu tugas yang mudah, sesungguhnya banyak perkara yang disukai perlu dikorbankan. Dalam menyeru manusia mengajak pada Satu KALIMAH, menuntut banyak pengorbanan. Tidak hanya dari segi harta, malah jiwa dan perasaan. Menjadi akhwat bukanlah satu title yang perlu dibanggakan oleh sebab telah dinaikkan ke halaqah dan boleh mula menjadi penggerak. Menjadi akhwat juga bukanlah satu alasan untuk menunjukkan kita ini lebih tinggi darjatnya (melalui Ilmu agama) berbanding orang lain. Akhwat juga bukanlah golongan yang special, bukan juga golongan VIP, yang berhak dilayan dengan layanan istimewa. Tetapi ia merupakan satu signal bahawa tugas dan tanggungjawab pada ummat makin bertambah. Oleh kerana seorang akhwat itu telah mempunyai kefahaman tentang dakwah dan tarbiyah, maka kelebihannya itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk agama Allah..

Dalam proses menempa sahabat-sahabat dan masyarakat yang sering tergelincir daripada apa yang telah Allah syari'atkan, tugas sebagai da'iyah perlu dimainkan peranan. Seorang akhwat perlu versatile, seorang akhwat juga perlu peka dengan apa yang berlaku di sekitarnya. Bagaimana nak membentuk ummah yang berjaya dari segi sucinya fikrah dan mantapnya akidah andai menegur couple pun perlu bertolak-tolak.


"Eh, tu..tu.. Ada couple tu. Gi la tegur.. Ana tak bawa risalah la. Enti gi la tegur diorang. Tak elok berdua-dua macam tu."

Sambil pandang berpandangan, alih-alih couple itu pun blah.. Setakat benci di hati aje la.. Pahala pun sekecil itu.

____________________________________________________________________________

Menjadi akhwat bukanlah suatu yang mengerikan. Bukan juga sesuatu yang ekstrem. Menjadi akhwat merupakan anugerah yang sangat berharga bagi jiwa-jiwa yang mahu dekat dengan Rabb nya.

Tarbiyah mengajar segala-galanya. Ada kenangan manis, ada juga kenangan pahit. Tapi itu yang menyebabkan ukhwah dan jalan ini ceria. Tak siapa menyangka bahawa diri ini akan melalui jalan yang penuh berkah ini. Tak siapa jangka diri akan berubah sehingga begini. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Daripada tudung segi tiga bidang 45 hingga tudung labuh bidang 60. Daripada tak tahu malu kepada tahu malu. Daripada pendiam hingga menjadi pengisi yang "berkaki lebar" . Daripada duduk sekali buat perkara lagha hingga boleh ajak orang kepada kebaikan. Dan yang paling best, daripada biasa-biasa hingga menjadi LUAR BIASA!!!

"...kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (103:3)

Namun bukan mudah nak menyeru orang kepada kebaikan. Bagaimanapun, dalam menyelesaikan setiap permasalah umat menyebabkan seorang dai itu bisa menjadi seorang yang matang. Setiap ragam bentuk dan pola sikap mad'u menjadikan seorang dai itu kreatif. Ia ibarat satu eksperimen. Itulah yang menyebabkan dakwah dan tarbiyah itu menarik.

Bercakap memang mudah, teori yang berlambak dalam otak. Tapi berapa percent sahaja diterjemah dalam bentuk amalinya. Jari yang menaip tiap kalimah yang tertinta di sini juga menggeletar. Takut-takut hanya pandai berbicara tapi tak berbuat. Teringat pula ana pada cerita seorang tokoh dan sahabat Rasulullah saw yang begitu terkenal. Beliau amat takut untuk melafazkan satu-satu hadis. Sehingga badan beliau akan bergementar tatkala menyebutkan hadis Rasulullah saw. Bukan kerana ia tidak mahu berkongsi tetapi ia amat takut sekiranya apa yang disampaikan itu bercanggah daripada apa yang disampaikan oleh Nabi saw. (Cubalah cari siapakah tokoh yang ana maksudkan ini.)

Bila ada mad'u yang tidak commit dengan ta'lim mahupun halaqah, terus kita katakan pada murobbiah bahawa dia dah tak nak lagi. Kita tidak cuba sungguh-sungguh dahulu sebelum mengeluarkan statement itu. Ziarahnya bagaimana? Mabitnya bagaimana? Ukhwahnya bagaimana?

Oleh itu, ana bermohon agar janganlah kita menjadi orang yang beralasan bahawa menyeru bukan perkara mudah.

Ana bermohon atas segala dosa-dosa yang ana lakukan andai menyebabkan pelayar blog Satu KALIMAH Ahad tidak dapat melihat apa yang ana cuba sampaikan. Segala yang tertinta adalah peringatan keras buat diri ana, seterusnya buat diri ana, dan seterusnya juga buat diri ana. Selebihnya ana tujuan buat pembaca (andai ada..).

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita ketika travelog sebagai seorang dai ini berlangsung.. Aamin..