Tuesday, March 30, 2010

Konvo...


Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang..

Alhamdulillah..dengan izin Allah, ana telah melepasi moment yang paling mendebarkan, membahagiakan (buat masa ni..) iaitu hari Konvokesyen UTM kali ke 44..

Alhamdulillah, ana tidak keseorangan memakai jubah konvo & mengambil ijazah kerana ana ditemani oleh dua orang akhwat lagi yang sama-sama berkongsi rasa gembira menaiki pentas yang disaksikan oleh ibu bapa tercinta serta para pensyarah yang sangat banyak membantu agar dapat menyempurnakan pengajian di UTM..(dengan susah payah nak grad). (T_T)

Walaupun tidak bersama classmate dalam acara perarakan masuk graduat, namun wajah-wajah akhwat tersayang menguatkan langkah ini..

Dedikasi buat akhwat tersayang kerana Allah, moga antunna dapat buat yang terbaik untuk pengajian antunna. Kami first batch yang grad dulu, cabaran yang bakal mendatang lebih getir. Kami menantikan hari konvokesyen akhwat beramai-ramai untuk bulan Ogos nanti..

Semoga Allah menguatkan langkah kita semua selagi ikhlas hanya keranaNYA..Amiin..

**Jazakillah buat Murobbiyah tercinta serta akhwat tersayang atas jambangan bunganya..Moga akhwat dapat gerai bunga next konvo..**

Saturday, March 20, 2010

Engkau Memang Cantik Ukhti..



“Ukhti, enti beli berapa buku?”


“Ana beli 2 buah je.”


“Ok, nanti kita tukar-tukar ea.. Hmm..enti beli buku tentang apa?”


“Hehehe..buku ni. Engkau Memang Cantik.”


“Aik!? Buku motivasi ke? Kenapa beli buku ni? Enti tak yakin dengan diri sendiri ke?”


"Tak lak..Hehehe.."


……………………………………………………..


Kesempatan berjaulah ke Bangi digunakan dengan sepenuhnya oleh penulis dan seorang akhwatnya. Asbab sudah lama tidak berkunjung ke kedai buku Fajar Ilmu Baru yang terletak berhampiran Masjid India, ketika sampai di sana, 2 orang akhwat ini seakan rambang mata melihat koleksi buku yang pelbagai. Sudut pertama sekali yang mereka pergi pastinya sudut buku dakwah dan haraki.


Setelah 1 jam lebih berlegar-legar disegenap ruang sudut kedai tersebut, akhirnya mereka masing-masing memilih 2 buah buku sebagi ole-ole bermakna untuk menambah tsaqafah. Mahu saja beli lebih daripada dua namun, ongkosnya ngak cukup...


Salah satu buku yang dibeli adalah “Engkau Memang Cantik – Kerana Kamu Tidak Pernah Tahu Betapa Cantiknya Dirimu.” Karya tulisan Burhan Sodiq.


Pada mulanya agak melucukan dan dipandang sepele pabila melihat buku itu, namun apabila di baca, banyak benar input yang diperoleh.


Sedikit perkongsian daripada buku ini untuk tatapan wanita di luar sana khususnya buat wanita bergelar seorang AKHWAT.


.........................................


Dikisahkan seorang ikhwah yang baru menikahi seorang akhwat, ternyata banyak perkara yang membuatnya terkejut. Antaranya berkaitan tata rias (kosmetik).


Selesai diijab kabul, ia pun masuk ke kamar. Dilihatnya sekeliling. Hanya ada beberapa barang sahaja. Dilihatnya di atas meja solek. Hairan.. tiada satu alat solek pun berada di atas almari tersebut. Hatta bedak talkum. Barulah ia tahu bahawa isterinya sangat zuhud dalam berhias. Bimbang tabaruj...


............................................


Itu adalah salah satu kejadian yang biasa berlaku. Seperti biasa apabila ketemu dengan sesosok akhwat muslimah yang berudung labuh, mantap dakwahnya, dan sesuai dengan syar’i namun mempunyai masalah dengan penampilan.


SOLEHAH TAPI TAK INDAH.


Terngiang-ngiang di cuping telinga tatkala murobbiyah tercinta berkata tentang akhwat yang mempunyai akhlak yang baik, dakwah yang mantap, kudus, solehah namun tak indah. Kerana apa? Kerana tidak kemas, selekeh, baju dan tudung yang berkedut, kusut masai...


“Ish, enti ni pakai berlebihan la. Tabaruj nanti.”


... Tidak ukhti. Islam itu indah dan Allah sukakan keindahan..


Seharusnya sosok akhwat apatah lagi seorang da’iah yang mengajak orang kepada Allah siang dan malam, memiliki peribadi dan sosok persis seorang bidadari. Bukan bermaksud memakai bedak cap cina opera setebal 2 inci atau memakai pakaian yang bergemerlapan atau memakai wangian yang bisa melumpuhkan deria bau orang yang menghidunya, tapi berhiaslah dengan bersederhana, mengikut syariat dan menyebabkan mad’u bisa untuk tsiqah dengan apa yang didakwahi.


Mungkin ada yang pernah berkata,.


“Alah, ana pakai sandal RM7 yang jual kat pasar malam, genap 3 tahun pun dah ok pe.. tak payah beli mahal-mahal. Membazir..”


“Ana rasa tak de la pelik kalau pakai jubah warna brown dengan tudung warna hijau.”


Ish, ukhti.. itu bukan taknak menarik perhatian orang tapi lagi menyebabkan orang pandang aneh. Jika kita mempunyai keinginan yang sangat tinggi pada mad’u yang didakwahi untuk mengikuti taklim, apalah salahnya begitu juga keinginan kita untuk tampak indah pada pandangan mereka (sekali lagi dengan mengikut syariat). Boleh saja jika mahu memakai sandal RM7 selagi mana ia masih elok, tidak berlubang di tumit mahupun berlumut , tapi adalah baik jika tampak kemas dan indah.


Pernah penulis terbaca dalam satu forum berkaitan da’i dan penampilan. Sangat terkesan kata-kata salah seorang forumer. Lebih kurang macam ni la katanya,


“Tak salah nak pakai pakaian mahal-mahal mahupun murah. Tapi perlu bersih dan kemas. Takkanlah waktu kita datang ziarah ke rumah anak halaqah, jumpa famili dia dengan pakai pakaian yang selekeh, nanti apa pandangan mak ayah dia? ‘Orang macam ni yang nak dakwah anak aku?’”


Berlebihan dalam berdandan, menggunakan bedak hingga sekian sentimeter tebalnya bukan tambah cantik malah tambah MENGERIKAN!!


......................................


Dikisahkan lagi sebuah kisah perjalanan menaiki kereta yang salah satu penumpangnya belum mandi. Wuih...bau kereta seolah-olah mahu menghujam mati oleh bau badan seorang ikhwan tersebut.


......................................


Mengapa kita bisa menyiksa orang yang berada disekeliling kita dengan bau yang bisa melumpuhkan deria bau orang lain? Mungkin agak kasar, tapi ia satu hakikat yang sering terjadi di sekeliling kita. Benar??

Muslimah yang taat dan patuh kepada syari’at yang telah Allah tetapkan, tidak seharusnya membiarkan dirinya tidak terawat.


Mungkin tidak perlu ke spa atau salon untuk merawat tubuh tapi ada cara yang lebih sederhana iaitu:


1. Gantilah tudung sehari sekali

Kalau boleh elakkan memakai tudung yang telah basah terkena peluh dan kemudian mengering. Peluh yang kering belum tentu tidak berbau malah boleh jadi baunya melebihi bau peluh yang asli.. Huish..


2. Ganti baju

Baju adalah pakaian yang paling utama untuk diganti supaya bau peluh yang terkena pada baju tersebut tidak tersebar ke seluruh dunia.. Tapi kalau masih bersih, tafaddali masykuro..


3. Pakai deodorant.

Banyak jenama deodorant yang telah ada dipasaran. Yang penting jangan beli barangan boikot. Daripada semurah-murah deodorant hingga semahal-mahalnya. Berkorban la ukhti..tak mengapa..asal demi kesejahteran umat..


4. Mandi

Ini lagi satu penyakit yang banyak menebar dikalangan orang termasuk golongan aktivis dakwah. Kerana sibuknya dia membuat taklim, halaqah, program, ziarah, liqo’ hingga tiada waktu untuk mandi. Kadang-kadang sengaja bertangguh-tangguh, katanya “baru lepas makan, nanti perut buncit.”, “Jap lagi, masih berpeluh ni. Nanti kena panau pulak kalau mandi time ni”. Agak kelakar juga bila mendengar alasannya.


......................................


Dikisahkan lagi dalam buku tersebut, seorang akhwat yang berjalan sendirian menuju ke satu tempat usai pulang dari kursus bahasa arab di masjid. Ketika itu, sudah lewat petang menjelang maghrib dan cuaca agak mendung kerana baru usai hujan berhenti. Sementara ia berjalan, datang dari arah berlawanan seorang ikhwah yang menuju ke masjid itu.


Sebagaimana biasa seorang akhwat itu biasanya jika terserempak dengan seorang ikhwah seolah-olah bertemu dengan seekor harimau yang siap menerkam. Akhirnya untuk menjaga pandangan ia menunduk-nunduk bak seorang puteri yang malu. Sehinggakan ia sangat berhati-hati hingga bahkan sengaja memilih jalan yang paling tepi. Akhirnya...”Byurrr...!!” akhwat itu terjelepok jatuh ke dalam lubang. Dengan rasa sakit ia meminta tolong. Orang pertama yang menolongnya kalau bukan siapa lagi, itulah sosok yang menakutkannya tadi...


......................................


Itu kisah yang diceritakan di dalam buku itu, namun pengajarannya mungkin sesetengah daripada kita terlepas pandang satu perkara. Kalau sama ikhwan yang berjanggut dan berketerampilan mengikut syar’i, seorang akhwat pasti sangat tegang, dingin, garang dan menjaga diri. Tapi kita sering terlupa itu semua apabila bertemu rakan sekelas, penjual air, penyewa kereta sewa, mungkin tak setegang bertemu ikhwan. Hmm..


Mungkin sebab hati-hati menjaga hati. Takut jatuh hati. Wallahua’lam.


Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya..” (24:30-31)


Dedikasi khas buatmu ukhti..


Akhwat sejati bukanlah dilihat dari wajah yang manis dan menawan, tetapi dari kasih sayangnya karib kerabat dan orang yang di sekitarnya. Pantang baginya menjaja aurat dan mempamerkannya pada sesiapapun kecuali pada mahramnya. Dia yang sentiasa menguatkan iltizam manjaga kemuliaan diri, keluarga serta agamanya.


Akhwat sejati bukan dilihat dari suaranya yang lembut dan mempersona, tetapi dari lembut dan tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran. Dia yang sentiasa menjaga lisan dari ghibah dan namimah. Pantang baginya membuka aib saudaranya. Dia yang memahami dan merasakan benar bahawa Allah sentiasa mengawasi segala tidak-tanduknya.


Akhwat sejati bukanlah dilihat dari merdunya suara saat bertilawah al-Quran dan banyaknya hadiths yang dihafal, tetapi dari keteguhan dan istiqamahnya mengamalkan kandungan keduanya. Dia yang selalu mengajarkan pada yang belum memahaminya. Al-Quran dan As-Sunnah dijadikan sebagai suluh penerang serta tapak dalam menyulusuri lorong-lorong gelap hidupnya.


Akhwat sejati bukanlah dilihat dari tingginya jawatan yang disandang serta luasnya tsaqafah ataupunlincahnya ia bergerak dalam dakwah, tetapi tingginya ghirah (semangat) untuk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat secara murni dan berkesinambungan. Ilmu yang bermanfaat adalah tongkat yang ia pegang.

Menjadi akhwat sejati, niscaya akan membuatkan para bidadari cemburu, menjadi dambaan bagi mereka para pemilik ruh dakwah dan jihadiyah, serta para hamba Allah yang tidak tertipu oleh gemerlapnya dunia yang sementara..


Aku mahu menjadi akhwat sejati yang persis Khadijah, Aisyah, Hafsah, Maimunah, Safiyah, Fatimah az-Zahra dan para sahabiyah radiallahu ‘anha ajma’in.



Monday, March 8, 2010

Pengalaman kedua Mendebarkan di Jalan Raya..


"Alamak ukht, kereta kita ada masalah ni..Semput-semput pulak.. Takkan tak de minyak kot..Ntah-ntah bateri habis.."

"Macam mana ni ukhti.. Astaghfirullah..Astaghfirullah.. "


Seperti biasa, setiap hujung minggu seorang akhwat ini akan turun ke sekolah dengan membawa segunung amanah dan harapan yang besar. Amanah dalam dakwah dan harapan untuk mentarbiyah wajah-wajah kudus adik-adik yang InsyaAllah lebih mantap ilmu agamanya berbanding dirinya yang biasa itu.

Kebiasaannya, ia selesai membuat halaqah usai solat asar. Namun pada hari tersebut salah seorang anak halaqahnya baru kematian ayah. Jadi sebagai seorang yang mempunyai sifat seorang Ummi, ia pun bersama seorang lagi akhwat yang menemaninya berserta anak-anak halaqahnya yang lain bertekad untuk menunaikan hak seorang muslim untuk menziarahinya.

Perjalanan dari sekolah tersebut ke rumah anak halaqahnya amatlah jauh. Sebelum memulakan perjalanan ke Pontian, mereka telah mengisi minyak seperti biasa, cukup untuk perjalanan pergi dan balik. Dengan berbekal tambahan isian minyak sebanyak RM10 lagi,ia menjangka sudah mencukupi untuk perjalanan tersebut.

Usai berziarah dan menghantar kembali anak-anak halaqahnya pulang ke tempat pengajian, ia pun pulang ke Universitinya untuk menghantar kereta yang disewa.

Dalam perjalanan tiba-tiba kereta yang dipandu dengan kelajuan 70km/jam di atas jalan yang sunyi sepi, tiada rumah orang, tiada lampu jalan, dan yang ada hanya hutan dan pepohon semakin bergerak perlahan. Jalan yang yang sebegitu ditambah lagi dengan keadaan jalan yang bengkang bengkok, tulusnya amat menguji kecekapan dan fokus pemandu apatah lagi dia hanya seorang akhwat biasa.


Kereta semakin perlahan...perlahan..perlahan..dan akhirnya berhenti di tepi jalan.. Alhamdulillah sempat untuk berhenti di tepi jalan, kalau tidak..pasti sudah dileyek oleh treler/lori besar yang membontoti kereta mereka ketika itu.

Ketika itu, langit sudah mulai gelap. Sudah masuk waktu maghrib. Mujurlah ia tahu memasang lampu kecemasan, jika tidak... Na'uzubillah..

"Ukht, macam mana ni.. Apa kita nak buat? Gelap la.."

"Ya Allah...macam mana boleh jadi macam ni..Tak kan tak de minyak kot..Ntah-ntah habis bateri.."

Dalam keadaan panik, mereka berdua agak kecelaruan.. Pengalaman pertamalah katakan, kereta mati di tengah jalan..

"Ukht, enti try call siapa-siapa yang boleh tolong kita.."

"Jap..ana try start kereta lagi sekali dahulu."

kceeh.ceceh....
kceeh.ceceh....

Gagal.

Sekali lagi.

kceeh.ceceh....kceeh.ceceh....vroom...

Berjaya!

"Alhamdulillah...hidup. Ana try bawa kereta ni ke depan lagi..Mudah-mudahan dapat ke tepi sedikit. Kalau tengah jala sangat, bahaya jugak."

Baru sahaja 10 meter kereta dalam berjalan, namun ia mati sekali lagi. Kali ini di tempat yang lebih sunyi, lebih bahaya, lebih gelap, di selekoh jalan..

Mati..

Tak berjalan lagi.

Dalam keadaan yang begitu, mereka masih lagi mampu berfikiran waras. Al maklum, khwat yang memandu kereta tersebut pernah mengalami keadaan yang lebih kurang mendebarkan apabila pernah di kepung oleh mat-mat rempit jalanan ketika memandu pulang dari Bangi pada awal-awal pagi suatu ketika dahulu...

Keringat mambasahi tubuh. Bukan sahaja membasahi malah seakan-akan mereka bermandikan peluh..

Tingkat kereta di tutup rapat. pintu dikunci..Bimbang 'ada' yang 'mencapai' masuk ke dalam kereta.

Ada ketika, tiada langsung kenderaan yang melalui jalan itu menyebabkan suasana sekitar tersangatlah hening..

Sunyi...

Sunyi......

Terfikir untuk keluar dari kereta bagi mendapatkan bantuan dan menolak kereta lebih ke tepi supaya tidak membahayakan pemandu lain.

Namun semua itu dibatalkan kerana mereka berdua adalah WANITA. Sangat bahaya...

Sesekali terlintas akan kes rogol dan bunuh yang semakin hangat dipaparkan di dada-dada akhbar.

Astagfirullah...

Astagfirullah...

Astagfirullah...hal 'azim..

Pergantungan secara total, hanya pada ALLAH swt..

Itulah juga pengalaman pertama bersolat di dalam kereta yang belum pernah mereka lakukan. Situasi ketika itu amat berbeza sekali jika melakukan solat ketika di dalam bas saat pulang ke kampung mahupun bermusafir atas urusan dakwah.

Setelah, beberapa kali cuba menghubungi kenalan untuk mendapatkan pertolongan, Alhamdulillah ya Robb..ada juga yang dapat menolong mereka.

Ternyata, masalah kehabisan minyak menjadi punca utama mengapa kereta itu mati di tengah jalan..Hampir 1 jam lebih mereka terperangkap dalam kereta sementara menunggu bantuan.

Alhamdulillah..apabila bantuan tiba, hati semakin lega..

Dalam perjalanan pulang, pujian kesyukuran tiada henti dilafazkan..

Inilah indahnya sangat melaksanakan amanah dakwah..Pelbagai kenangan dilalui.

Namun ini sangat memberi pengajaran yang amat bermakna pada mereka..iaitu..

ISI MINYAK KERETA LEBIH JIKA BERJALAN JAUH.


Tapi apa yang penting adalah belajar untuk mengimani dan mengukuhkan kalimah syahadatain yang sering disampaikan pada mad'u-mad'u.

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...ya robb..

Tuesday, March 2, 2010

Sebuah Doa..

Bismillahirrahmanirrahim..

Doa adalah salah satu usaha seorang hamba pada Allah sebelum bertawakkal. Doa juga merupakan satu pengharapan dan motivasi untuk seseorang agar dapat hidup dengan baik. Doa juga menunjukkan lemahnya seorang hamba pada Pencipta-NYA.

Seorang akhwat pernah menceritakan pada penulis tentang fungsi doa bagi seorang da'i. Antara kekuatan doa seorang da'i adalah:

  • Melemahkan kejahatan & kebatilan.
  • Memberi jalan hidayah kepada objek dakwah
  • Memberi keyakinan

Dan diantara saat-saat mustajabnya doa adalah ketika:

  • Di sepertiga malam
  • Tatkala berbuka puasa bagi yang berpuasa
  • Selepas solat fardhu
  • Saat ketika perang berkecamuk
  • Sesaat ketika Hari Jumaat
  • Antara azan dan iqomah
  • Sujud di dalam solat
  • Saat ajal tiba
  • Lailatul qadar
  • Ketika Hari Arafah

Nabi telah menjelaskan beberapa keadaan mustajab untuk berdoa dala hadis baginda yang sahih, daripada Abu Hurairah beliau mendengar Nabi bersabda bermaksud:

"Tiga doa yang mustajab tanpa ada keraguan; Doa orang yang DIZALIMI, doa orangyang BERMUSAFIR dan doa seorang AYAH kepada anaknya."

Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah.

Diselitkan dalam huraian tentang doa oleh seorang akhwat kepada penulis adalah sebuah kisah seorang ikhwah yang sedang bermusafir. Oleh kerana ukhwah yang mantap dan keyakinan mustajabnya sebuah doa seorang musafir apatah lagi seorang da'i, ia pun memberitahu pada ikhwahnya:

"Ana sedang bermusafir ni, enta ada apa-apa permintaan untuk ana doakan?"

Apabila mendengar cerita tersebut, baru ana tersentak betapa indahnya saat itu. Mustajabnya doa ketika bermusafir dalam rangka mencari redha Allah dan sedang melakukan kerja dakwah, sungguh Maha Suci Allah...

Diceritakan pula ada seorang akhwat berpeluang untuk bermusafir pada hunung minggu lepas dan InsyaALLAH kerana menjalankan amanah dakwah. Ketika di dalam bas bersama seorang akhwat lain yang menemaninya sepanjang perjalanan, tiba-tiba akhwat tersebut teringat akan cerita seorang ikhwah yang bertanyakan permintaan pada ikhwahnya untuk didoakan ketika bermusafir.

Jadi akhwat tersebut pun menghantar pesanan ringkas secara pukal kepada semua akhwat khususnya di negeri Darul Takzim ini untuk bertanyakan permintaan mereka untuk ia doakan semasa bermusafir.

________

"Assalamualaikum ukhti, ana sedang bermusafir ni. Nti ada apa-apa permintaan untuk ana doakan?"

________

Setelah itu..

TUT..TUT..!!

"Wslm..Ada, ana minta doakan ana dapat grad sem ni dan doakan PSM ana dapat buat dengan baik. Doakan juga adik-adik ana dapat jadi anak yang soleh/ah dunia akhirat.."


TUT..TUT..!!

"Wslm..Tolong doakan kawan ana yang sedang diuji agar dia dapat membuat pilihan yang terbaik. Doakan ana dan keluarga ana agar dapat melalui hidup ini dengan baik. Doakan juga agar ana dapat berdakwah di tempat kerja yang baru.."


TUT...TUT..!!

"Wslm..Doakan agar ana dapat buat PSM dengan baik dan dapat grad tahun ini. Doakan agar Allah mengikhlaskan hati ikhwah akhwat kita kerana Allah. Doakan juga agar dakwah kita di sini lebih gencar. Doakan semoga ukhwah kita berkekalan kerana Allah. Doakan juga kepada saudara kita di Palestin dan di seluruh dunia. Jazakillah ukht."

Penuh inbox dengan permintaan-permintaan akhwat tercinta. Pada saat dan ketika ia mengangkat tangan untuk berdoa, tiba-tiba dadanya terasa berombak, badan menjadi panas, tangan menggeletar terasa seperti mahu menghadap satu kuasa yang amat dahsyat..

Dimulakan dengan ta'awuz, selawat dan puji-pujian kepada Allah..lantas ia berdoa. Dengan tidak semena-mena, air mata deras bercucuran di pipinya. Setiap permintaan akhwat tercinta tidak terlepas walau satupun pasti diselit di dalam doanya. Satu perasaan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Getaran setiap lantunan bait doa, dan pengharapan diajukannya. Terpancar setiap wajah kudus setiap akhwat yang berharap permintaan mereka dikabulkan oleh Yang Maha Pengkabul Doa.

Diusap-usap air matanya yang bercucuran supaya tidak menarik perhatian orang awam yang berada di dalam bas. Setelah itu, ia benar-benar merasa satu kelegaan yang tidak dapat digambarkan. Ia merasa gembira kerana dapat membantu akhwat-akhwatnya yang lain dengan kelebihan menjadi musafir ketika itu.

Rujukan:http://www.zaharuddin.net/content/view/436/90/