Thursday, July 28, 2011

Ramadhan Tiba Lagi.

Assalamualaikum pada semua..

InsyaAllah, ana tak berharap menulis panjang kali ini cuma ana ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa yang akan menjelang sedikit masa lagi.. Moga Ramadhan kali ini kita tidak akan rugi lagi..

Saturday, July 2, 2011

Bagaimana Mahu Orang Lain Sukakan Kita?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dikesempatan waktu yang Allah sisakan pada ana, ingin dikongsikan dengan pelayar blog ini melalui pembacaan ana pada sebuah buku karangan Dale Carnegie yang bertajuk "How to Win Friends & Influence People."

Banyak tip-tip berguna daripada buku ini bagus untuk para da'i mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Ia umpama buku "Bagaimana Menyentuh Hati" tetapi penekanan yang dibuat lebih bersifat umum namun boleh digunakan untuk tujuan dakwah.

Mungkin pada kesempatan ini ana hanya mampu berkongsi 6 perkara yang perlu dilakukan supaya orang lain menyukai kita..


PRINSIP 1: Bersungguh-sungguh Menaruh Minat Pada Orang Lain.

"Assalamualaikum...apa khabar, ukht..? Sihat?" sambil bersalaman dan bercium pipi.

"Wa'alaikumsalam..baik.."

"Afwan, siapa ya nama enti? Macam pernah jumpa..muka ana ingat tapi ana lupa la nama enti.. Ramai sangat akhwat yang ana jumpa.."

"Hehehe...biasala tu..ayat skema..Ingat muka tapi nama lupa.."

Ukhti fillah sekalian, pernah kan dengar dialog di atas? (Actually ana pun slalu cakap macam tu bila jumpa akhwat).. Sedih je dengar bila akhwat tak ingat nama kita walhal dah banyak kali jumpa time program. Ini baru dengan akhwat, apatah lagi kalau dia adalah mad'u kita, anak halaqah kita..orang yang nak kita dakwahi..lagi-lagi la kena ingat. Bukan sahaja nama.. umur, tarikh lahir, ipt, sekolah pun kena tahu... Itulah bukti kita menunjukkan minat pada orang lain.. Tak ke rasa malu & bersalah bila orang tahu & hafal detail tentang diri kita tapi kita nama pun tak ingat... Astaghfirullah...


PRINSIP 2: Senyum

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Bukannya susah untuk senyum..bak kata seorang akhwat bila ana tanyakan;

"Ukht, susah tak nak senyum?"

"Tak lah, tarik je...hehehe"

Banyangkan kalau seharian kita penat dengan kuliah, tugasan, homework, kerja kat ofis then balik rumah atau kolej lihat wajah-wajah yang membuatkan kita hilang mood, kelat, pekat, serius, dan bengis.. Pastinya kita rasa malas nak balik rumah/kolej.

Begitulah juga reaksi kita bila dalam halaqah. Berhadapan dengan anak halaqah haruslah dengan wajah yang ceria..ceria seperti guru tadika yang nak berhadapan dengan kanak-kanak yang sentiasa mahu bermain..Senyuman adalah mukadimah sebuah pertemuan.. Ia yang akan mencorakkan suasana selepas itu.

Seperti lirik lagu yang terpasang di radio-radio..

"Senyum..Tak perlu kata apa-apa.." Ya..!! Hanya dengan senyum, kita dapat membaca perwatakan seseorang..Tak perlu kata apa-apa kerana senyuman adalah utusan daripada niat baik kita..


To be continued....

Thursday, June 30, 2011

Ta'aruf


Bismillahirrahmanirrahim..

"Ukht, mari sekejap." kata murobbiahku mengajak bercakap ke bilik belakang usai halaqah pada petang ramadhan itu.

"Ada apa kak?"

"Ana nak tanya, enti kenapa tak hantar resume lagi?". Terfikir..resume apa? Tak kan resume minta kerja..Ni mesti resume 'BM'.

"Ooowh..ana punya simpanan tak cukup lagi la kak.."

"Tak pe..sekarang enti hantar je dulu resume tu.. Ana nak bagitahu enti ni, ada sorang ikhwah nak ta'aruf. Keluarga enti ok tak kalau enti ta'aruf?"

Eeerrghh...TA'ARUF??? Menyirap darah ku ketika itu..Macam nak pengsan. Betul ke apa yang ku dengar?? Siapa ikhwah yang nak ta'aruf dengan aku tu?? Ish..

"Famili ana ok je. Ana dah lobi lama dah. Lagipun diorang tsiqah dengan ana walaupun duk jauh."

"Ok, kalau macam tu enti tanyakan lagi sekali pada parent enti, mereka benarkan tak enti ta'aruf dalam masa terdekat ni. Jangan lupa hantar resume pada ana ya. Kalau boleh ASAP."

"Ok..Ok..InsyaAllah.."

Petang itu, aku pulang dari halaqah dengan jantung yang sentiasa berdegup kencang.. Esok pagi aku kena bagi tazkirah subuh pada akhwat.. Tak tenang rasa..

"Ish..ana takut la..tetiba jantung ni berdebar-debar." kataku ketika di atas moto untuk terus ke masjid kerana program Mabit telah bermula.

"Kenapa pulak ni ukht?" terdengar pula akhwat yang membonceng di belakang ku..

Alamak..nanti kantoi pulak kalau bagitahu..

"Urmmm..ana takut & berdebar nak kasi tazkirah subuh esok.." Alasan mengelat sebenarnya..padahal ada benda lain yang dirisaukan.

"Alaa..rileks la ukht..enti kan dah biasa.." katanya

"Hurmm..ye la.."

Malam tu, aku tak dapat tidur mengenangkan pelbagai persoalan dan kerisauan.. Disebabkan tak boleh tidur, aku menyiapkan resume yang akan ku hantar pada murobbiah ku..

Selesai sahaja program Mabit, aku dan seorang akhwat serumah terus pulang ke rumah. Di rumah, aku terus menelefon mak dan abah untuk meminta izin untuk dita'arufkan. Mak tak ada masalah. Abah pun ok cuma abah sedikit bingung kenapa tergesa-gesa. Bila ditanya dengan siapa aku akan ditaarufkan,soalan itu tidak dapat ku jawab kerana aku sendiri tidak tahu siapakah ikhwah itu.

Setelah selesai menghantar resume dan mendapat izin..Aku menanti detik untuk dita'arufkan dengan penuh debaran.. 3 hari sebelum Hari Raya, aku masih di Johor. Malam itu, handphone ku berdering.. Tetiba jantung berdebar.. Alamak kenapa takut semacam ni.. Siapa pulak yang call ni.. Ternyata dialah murobbiah ku.. Bertambah kecut perut mahu menjawab panggilan itu..

"Assalamualaikum kak, ya ada apa?"

"Wa'alaikum salam.. enti kat mana ni"

"Di rumah..baru lepas makan."

"Ada akhwat di situ..? Boleh cakap ke ni?"

"Ana kat atas, akhwat kat bawah. ana sorang je sekarang. Cakaplah kak."

"Macam ni..tentang ta'aruf tu..ana nak tanya enti boleh bila? Kalau buat sebelum enti balik kampung esok malam boleh??"

Ulllrp...errrr...cepatnya..bersediakah aku???

"Hmmm..ana rasa better buat lepas raya kot..boleh la ana explain pada famili lagi.."

"Hrmmm...tak pe la kalau macam tu.. Hmmm..ana nak tanya enti nak tahu ke nama ikhwah tu?"

"Ullrrp...errrr...tak nak lah..ana takot.."

"Tapi zauj ana suruh ana bagitahu.."

"Ana tak nak kak, takooot...takut tak dapat jaga hati.."

"Jap eh..kalau zauj ana nak cakap dengan enti jap boleh??"

"Errr...boleh la"

Ganggang telefon beralih tangan..

"Ukhti, sebenarnya enti kena tahu siapa ikhwah tu supaya enti dapat nilai.."

"Hrmm..ya"

"Boleh ke ana bagitahu ni?? Enti berhak tahu sebenarnya."

"Ok"

"Nama dia .............. Enti kenal?"

Entah tetiba rasa pendengaran seakan tuli seketika..

Bla..bla..bla..bla..
.................
................
..............

Perbualan berakhir..alamak siapa ikhwah yang akan taaruf dengan aku tadi ahh?? Nape tetiba tuli sekejap..Tak apalah..

Malam tu, sukar benar mahu lelapkan mata..Banyak benda yang difikirkan..

Selepas balik bercuti beraya di kampung..lama juga menunggu untuk ditaarufkan..bukan apa, keluarga yang risau jadi atau tidak? Siapa orangnya, umur berapa? Dah keja atau masih belajar? Bujang atau duda? Asal mana? Mak ayah ada lagi tak? Semua persoalan tu aku tak dapat jawab..

Lebih kurang sebulan lebih, baru murobbiahku memberikan jawapan.. diaturnya pertemuan di rumahnya pada petang ahad ba'da asar. Asalnya aku menolak untuk ta'aruf pada hari itu kerana lazimnya aku harus ke sekolah untuk mengadakan halaqah mingguan..Tapi setelah berfikir kembali..aku bersetuju. Ada akhwat lain yang akan meng'handle' halaqah sekolah ku pada petang itu.

Sepanjang hari itu, hati tak tenang..hampir 4 juz aku habiskan sementara menunggu petang menjelang..

Petang itu, sesampainya aku di rumah murobbiahku, aku terus ke bilik belakang menunggu. Sambil memeluk erat Al-Quran ke dada. Moga Allah permudahkan segalanya..Moga Allah tenangkan jiwa hambaNya ini. Moga Allah meluruskan niat hambaNya ini.. Moga segalanya keranaNya..

Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin moto tiba di rumah itu..Jantung semakin kuat berdegup..Astaghfirullah...astaghfirullah..astaghfirullah.. Istighfar, zikir dan segala doa telah kuucapkan supaya tubuh ini dapat tenang..

Kedengaran ada suara memberi salam. Suami murobbiahku menjemputnya ke dalam. Aku dan murobbiah tunggu di bilik belakang. Aku memohon pada murobbiah agar tirai tabir dipasang sepanjang ta'aruf.. Alhamdulillah diperkenankan permohonan.

Setelah itu, kami dipanggil ke ruang tamu untuk sesi ta'aruf dan berlangsunglah proses ta'aruf petang itu..

Sebelum proses ta'aruf berakhir, ikhwah tersebut meminta izin menyelak tabir untuk melihat wajah ku..

Alamak!!!....malunya...

Ku tundukkan wajah lalu membenarkannya..terdengar tabir diselak..wajahku masih menunduk..tak mampu untuk mendongak..

"Afwan, ana nak tanya tinggi enti berapa?"

"160cm" jawab ku ringkas..

"Ok"

Kemudian tabir ditutup.. Alhamdulillah selesai..akhirnya sebulan selepas itu kami bertunang..dan melangsungkan pernikahan 2 bulan setelah itu...Alhamdulillah...

Bagi kebanyakkan akhwat yang masih menunggu, mungkin kisah ini antara yang lazim berlaku sebelum sesi ta'aruf dilakukan. Ibrah yang ana ingin kongsikan adalah adab-adab yang perlu ada sebelum meneruskan hingga majlis akad nikah. Menggunakan orang perantara yang dipercayaai adalah salah satu cara dalam menjaga hati. Namun wanita yang menjadi perantara mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berkeperibadian yang kuat, terkenal berpengalaman dan bijak, beragama baik, dan mengerti watak wanita.

Cinta yang dilandaskan syariat pasti mendapat keredhaan Allah.. Alhamdulillah kerana Allah memberiku kesempatan untuk merasa indahnya bercinta yang selama ini tidak pernah kurasakan sebelum pernikahan. Nikmatnya lebih barakah..

Seorang wanita yang dibentengi dengan sifat malu lebih berharga dari mutiara yang tersimpan di dalam cengkerang..

...............................................................................................................................

1 Message received

["Waktu terkadang lambat bagi yang menunggu, dirasakan cepat bagi yang gundah gulana, dirasakan panjang bagi yang takut dan dirasakan pendek bagi yang sedang menikmati kesenangan. Bagi yang mengisi waktu sebaik mungkin, ia adalah kunci kepada kejayaan kehidupan. Semoga bermula di pagi yang cerah ini, Allah memberi kemudahan bagi dirimu untuk menjaga waktu-waktumu. You will never walk alone in the line of dakwah - because INNALLAHA MAANA"] 07:15 AM; 04/12/2010

Tuesday, March 15, 2011

Siapa kuat?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dikisahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Ahmad;

Tatkala Allah swt menciptakan Bumi, maka Bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata Bumi pun diam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya,


"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?"


Allah menjawab, "Ada, iaitu BESI."

(kita maklum bahawa gunung batu pun bisa menjadi rata ketika diluluhratakan oleh buldoser atau yang sejenis dengannya yang bahan asas buatannya adalah besi.)


Para malaikat pun kembali bertanya,

"Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?"

Allah Yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu API."
(Besi boleh menjadi cair dan mendidih jika dikenakan haba (api) yang sangat tinggi).


Bertanya kembali para malaikat,

"Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu AIR."
(Api yang marak menyala pun, niscaya akan padam jika disirami oleh air).


"Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?" Kembali bertanya para malaikat."


Allah menjawab, "Ada, iaitu ANGIN."

(Air di lautan luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang sangat dahsyat, mengumbang-ambingkan kapal dan perahu yang tengah belayar, tiada lain kerana dahsyatnya kekuatan angin. Ternyata angin memiliki kekuatan yang amat dahsyat)


Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi,


"Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu?"


Allah yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa menjawab, "Ada, iaitu AMAL ANAK ADAM yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."
______________________________________________


Ini bermaksud, orang yang paling hebat dan paling kuat adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur riak ataupun keinginan untuk diketahui oleh orang lain.

Inilah gambaran yang Allah berikan kepada kita bagaimana seorang hamba yang ternyata mempunyai kekuatan yang luar biasa adalah hamba yang bersedekah, tetapi tetap ikhlas. Kerana naluri kita sebenarnya selalu rindu akan pujian, penghormatan, penghargaan dan ucapan terima kasih. Kita pun selalu teringin untuk mempamerkan segala apa yang ada pada diri kita ataupun segala apa yang mampu kita lakukan. Apalagi kalau yang ada pada diri kita atau sedang kita lakukan itu berupa kebaikan.

Jadi sahabat sekalian..Orang yang ikhlas adalah orang yang mempunyai kekuatan, ia tidak akan kalah pada tuntutan hati yang barangkali telah dihasut sang syaitan.. Allahuakbar.

rujukan: A.Agym

Sunday, January 23, 2011

Cuti Panjang..

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menciptakan diriku serta Tuhan yang menciptakan seluruh alam. Dengan segala kasih sayang yang telah Dia kurniakan, ana masih mampu mengecap sebahagian nikmat yang telah Dia limpahkan buat diri ana.

Tidak berharap menulis panjang, sekadar memohon doa pada pelayar blog Satu KALIMAH Ahad!! agar majlis akad nikah dan walimatul urus ana pada 30hb Januari 2011 di Perak dan 6hb Februari 2011 di Seremban ini berjalan lancar. Mohon doa agar diberi keberkahan dalam ibadah yang sangat-sangat dituntut oleh Rasulullah saw ini.

Oleh itu, blog ana akan bercuti selama 3 minggu.

Afwan kathir..

Wallahu'alam..

Thursday, January 13, 2011

Masa itu semakin dekat..

Bismillahirrahmanirrahim..

Daripada Anas ra berkata, Rasulullah saw bersabda;

“Tidak akan terjadi qiamat hinggalah masa menjadi singkat, masa setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api.”

(HR Tirmizi)


Perkongsian bualan seorang akhwat kepadaku..


“Tak sangkakan ukht, kita dah tempoh jalan tarbiyah ni sampai saat ini.. Kalau diingat kembali detik-detik suka duka, pahit getir yang dah kita lalui hingga Alhamdulillah Allah masih kekalkan kita di atas jalan tarbiyah, di atas jalan dakwah ini..ish..bukan mudah..


Daripada terikut gi taklim, pastu tetiba masuk halaqah, pastu jadi murobbiyah, pastu dapat amanah tuk pegang jawatan dalam medan dakwah dan seterusnya hingga sekarang..


Sedar tak sedar dah berapa tahun dah rupanya..cepat benar masa berlalu..Tapi usia tarbiyah bukanlah menentu segala-galanya. Kematangan dalam menghadapi sesuatu masalah dalam hidup mahupun dalam dakwah bergantung pada kefahaman diri sendiri.


Ada yang dah lama ditarbiyah namun tahap kefahamannya masih seperti ditahap seperti baru disentuh tarbiyah. Namun ada juga yang cepat matang dari segi gerak kerjanya dalam dakwah mahupun dalam kehidupan. Semuanya atas kehendak Allah Ta’ala dan pastinya bertitik tolak daripada kesungguhan dan keinginannya untuk terus memajukan diri."


Ketika membelek-belek risalah-risalah terjumpa pula sebuah hadith tentang ilmu agama akan beransur-ansur hilang.


Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash ra berkata:

Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “Bahawasanya Allah tidak akan mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila , pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka akan sesat dan menyesatkan orang lain.”

(HR. Muslim)


Setelah masa akan disingkatkan, Allah akan menguji kita dengan kematian sumber rujukan (alim ulama). Na’uzubillahi min zalik..Moga kita tidak berada pada saat dan ketika dunia dilanda fitnah besar.. Kemungkaran melata, yang memimpin menyesatkan pimpinannya..


“…dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.” (25:74)


Seperti kata ex-murobbiyah tercintaku,


“Bacalah buku, ukhti..Banyakkan membaca buku..Terutamanya buku sirah. Kita meneruskan hidup ini dengan melihat sirah-sirah Rasulullah dan sahabat sahabiah terdahulu. Dalam meniti usia tarbiyah dan jalan dakwah ini, harus membekalkan diri dengan ilmu. Tanpa ilmu kita akan binasa.”


Jadi, jom kita marathon membaca lebih banyak buku supaya tsaqafah kita meningkat. Antara salah satu ciri-ciri keperibadian muslim bukankah luas pengetahuannya..?


Memetik kepada satu kata-kata:


Waktu terkadang dirasakan cepat bagi yang gundah gulana dan dirasakan pendek bagi yang sedang menikmati kesenangan..


Sementara masih ada waktu yang Allah sisakan buat kita di dunia ini, moga dapat kita manfaat dengan baik kerana kelak kita akan ditanya dengan apa masa kita dihabiskan..? Dengan blogwalking kah? Dengan facebooking kah? Dengan chatting YM @ Gtalk kah? Dengan menonton video di Youtube kah? Astaghfirullah.. Peringatan keras buat diri sendiri yang selalu leka.. Astaghfirullahal ‘azim.. Astaghfirullahal ‘azim.. Astaghfirullahal ‘azim.. Betulkan niat kembali..


Masa itu semakin mendekat dengan kematian dan hari kiamat..