Wednesday, August 19, 2009

Hati & Batu Karang di Lautan

Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang


Maksudnya: "Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan. (2:74)

Hati ibarat raja anggota. Insan itu yang mencorakkan adakah hatinya ingin menjadi Raja yang baik & adil ataupun sebaliknya. Perasaan & penyakit hati bukan saja melanda kepada orang-orang kebanyakkan malah alim ulama juga sering kali diuji dengan penyakit hati seperti UJUB. Bagi seorang yang meng"claim" dirinya sebagai seorang da'i tak lepas daripada penyakit hati. Contoh yang biasa & sering kali di dengar adalah "SYU'UR" ataupun "Prasangka". Seperti entri-entri sebelum-sebelum ini pun banyak ditekankan tentang masalah hati. Oh..Hati...banyak betul kesan kau pada manusia ya..

Apa yang ingin disampaikan oleh penulis dalam entri kali ini adalah satu analogi yang berkaitan HATI. Kisahnya bermula,.....

Satu hari ketika penulis sedang rushing menyiapkan report-report, dan ketika itu roomate nya baru pulang dari percutian bersama rakan sekelas di sebuah pulau peranginan. Dia datang kepada penulis dengan memberi sebuah key-chain sebagai hadia cenderahati yang dibawa pulang dari percutian. Penulis berkata, "Cantik... terima kasih kak. Seronok bercuti? Apa lagi yang akak bawa balik?"

"Seronok..makan macam-macam. Semuanya sea food, sampai rasa muak."
kata roomate penulis.

Penulis bangun dari kerusi setelah lama menghadap komputer riba lalu terpandang sebuah batu yang pelik. Nampak macam bukan batu biasa yang selalu digunakan untuk membuat jalan atau rumah.
"Batu apa ni kak?"


"Oh..ni la batu karang yang dah mati. Akak kutip kat tepi-tepi laut. Macam cantik. jadi akak bawa balik. Nak ke? Ambik la satu.."

"Boleh juga..kak. Bukan ke batu karang ni lembut. Sebab selalu tengok dalam dokumentari batu karang dalam laut ni lembut macam rumpai. Tapi ni keras..tak cantik pulak tu."

"Memang la..sebab dia dah mati. Kalau dia hidup dalam laut, memang la lembut dan cantik.."

"Ooowh.."

Setelah membelek-belek dan mengetuk-ngetuk batu karang yang keras itu, tiba-tiba terlintas di kotak fikiran akan hubung kait hati manusia dan batu karang tersebut yang telah mati.

Hati manusia seperti batu karang. Andai ia sering dibasahkan dengan alunan zikir, ayat-ayat al-Quran & pengisian ilmu sentiasa, pasti hatinya lembut & lunak untuk menerima sebarang kebaikan. Pengabdiannya kepada Sang Khaliq juga pasti di beri sepenuhnya.

Namun andai hati sering disajikan oleh lagu-lagu yang melalaikan, berprasangka buruk, dipenuhkan dengan sifat-sifat mazmumah apatah lagi jika hati diturutkan oleh nafsu, pastinya ia akan menjadi keras dan gelap laksana batu karang yang mati dan terdampar di persisiran pantai. Namun, sekeras-keras batu karang yang mati ia masih kelihatan putih bersih walaupun banyak terpalit sisa-sisa pasir padanya. Alangkah malangnya hati manusia yang jauh dari Allah, sudahlah keras, gelap pula jadinya..Astaghfirullah..Astaghfirullah hal 'azim..

Sempena Ramadhan yang bakal tiba hanya beberapa hari lagi, marilah kita sama-sama berlumba-lumba berbuat kebaikan & bersungguh-sungguh mengejar redha Allah dalam keadaan hati yang bersih & lembut agar tarbiyah Allah bisa terbias di hati kita yang masih tersisa lekatan karat-karat Jahiliyah.

Ahlan Ya Ramadhan..

Wallahu'alam..

Tuesday, July 14, 2009

Ku Mencari Tangisan Itu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Saban hari, masa terus berlalu, usia kian meningkat, tanggunjawab kian berat, dan kematian semakin dekat.. Mungkin kerana "perasan sibuk" yang selalu menghambat diri menyebabkan ruangan maya ini sepi daripada lontaran idea-idea dan nasihat serta mungkin sedikit peringatan khususnya
kepada penulis entri ini..

Jika dikenang kembali detik-detik ketika satu AMANAH yang di beri pada penulis ini sedikit masa lalu, mengimbau akan perasaan keterpaksaan dan berkira-kira: "Adakah aku mampu menggalas amanah ini?"..dan ketika itu, perasaan yang ku benci datang cuba membolak-balikkan hati.. Astagfirullah..Astagfirullah hal 'azim..

Dan ketika itu, penulis cuba mencari kekuatan dari segenap sisi.. Murobbiyah yang tercinta memberi satu pesanan ringkas.. tut..tut..

1 message received

"..Buka surah (47:7) dan surah (2:216), (49:15)..renungkan dan fikir sejenak..kenape enti yang Allah takdirkan untuk menggalas amanah ini? Bukan orang lain? Siapa yang jamin enti stil lagi bernyawa after final exam untuk pikul amanah Allah? Fikirlah elok-elok enti, akhwat yang ana sayang..Allah bagi kita akal untuk berfikir..uruskan masa dengan baik..K..jangan jadikan pelajaran 1 masalah, tapi yang penting kite sama-sama fikir untuk buatkan dakwah dan study berjalan bersama..Afwan if silap kata, ana mohon ampun pada Allah, moga msg yang ana bagi bukan mengikut emosi..tapi dari hati yang cinta dan sayang pada enti.."

Terima kasih wahai ukhti, amanah yang ana rasakan berat & tak mampu kini sebenarnya adalah ruang yang terbaik untuk ana lepaskan kelelahan pada dunia..Inilah ladang ana yang harus ana kerjakan & tempat untuk ana bersungguh-sungguh bercucuk tanam kerana ana mengharapkan hasil tuaian yang menguntungkan di hari yang tiada siapa boleh bantu ana selain tuaian yang ana laburkan.

Penulis benar-benar sukakan satu kalimah yang ia perolehi daripada sebuah video aktivis dakwah dari Indonesia, mungkin ia tidak sama tetapi penulis jelas akan maksudnya.: "Betapa ramai orang yang berada di jalan dakwah, tetapi berapa ramai yang mencintai jalan dakwah ini."

Pernah penulis ditanyakan satu soalan yang mana soalan itu pernah berlegar di ruang fikirannya.

"Seorang akhwat pernah cerita pada ana, dia rindukan saat-saat sebelum ditarbiyah kerana ketika dia melakukan Qiam mahupun dalam solat, dia mudah untuk menangis..tetapi bila dia telah berada di jalan tarbiyah, itu adalah perkara yang susah untuk dia lakukan..Pada pandangan enti, kenapa ya jadi begitu..?"

Penulis bukanlah seorang yang pandai tetapi sekadar memberi masukan & respon pada soalan yang diajukan.

"Mungkin ia perlu betulkan niat. Kalau kita refleksi diri sebelum ditarbiyah, mungkin ia merasakan ia selalu melakukan maksiat. Tetapi apabila dia ditarbiyah, mungkin dia merasakan dia telah banyak melakukan kerja-kerja dakwah, dia telah banyak menolong agama Allah maka mungkin dia kurang merasakan dia tidak banyak berbuat dosa..Maka dia tidak dapat mencari sisi-sisi yang boleh merendahkan dirinya supaya rasa nikmat tahajud itu lebih terasa kerana setiap hari dia melakukan kerja-kerja dakwah." -telah di'edit'-

Penulis juga pernah mengalami apa yang akhwat itu alami. Kerana itu, ujian bagi satiap manusia adalah berlainan mengikut kefahamannya tentang Islam. Seorang aktivis & ulama diuji dengan persaan ujub. Perasaan bahawa ia telah banyak berjasa pada umat.. Astagfirullah..Astagfirullah hal 'azim.. Moga kita dijauhkan daripada penyakit ini..


Moga Allah terus membantu ikhwah wal akhwat dalam kerja-kerja dakwah.. Semoga kita sama-sama meluruskan niat, hanya kerana Allah semata..Lillahi Ta'ala..

Friday, June 19, 2009

Seorang Murobbiah itu....


Kisah ini ana ambil dari kisah adaptasi seorang akhwat yang ana segani.. Antara banyak-banyak kisah perjalanan dakwahnya di sana, ini adalah kisah yang paling menyentuh hati ana..

_______________________________________________________________________

Senja yang suram membuatkan hatinya diselimuti kebimbangan..

“Ya Allah, moga engkau sentiasa memelihara murobiahku, aku harus yakin.. “ bisiknya perlahan..

Sudah berkali- kali dia menelefon ukhti syuhada, Murobiah tercinta yang pergi menghalaqahkan adik2 di sebuah sekolah yang agak jauh, tapi hanya suara operator yg menjawab. Jam sudah menunjukkan waktu 11 malam. Sepatutnya dia pulang jam 8 malam lagi.,

assalamualaikum, ukhti kenapa ni, resah nampaknya.. teguran ukhti nur mengejutkannya..

ukhti, hati ana ni bimbang rasanya.. murobiah kita, ukhti syuhada belum pulang2 lagi. Katanya jam 8 akan sampai.. tapi sekarang..

jalan sekitar sana, bahaya, gelap.. ana bimbang motorsikalnya..

ana tau ukhti syuhada tak punya duit, dia belum makan lagi hari ni. Siang tadi tak nak dia terima pemberian ana..

ukhti nur memegang tangannya. “ukhti, bertenanglah, sama-sama kita doakan agar Allah tak lepas menjaganya..“

“ukhti ana nak pergi mencari ukhti syuhada.. ukhti tunggu di sini.“ Pantas saja ukhti fida melangkah untuk mencari ukhti syuhada..

Dicarinya di bilik akhwat lain, di blok, surau, dan tempat parking. Tapi tak jua ade..

Terus dia memecut motorsikalnya ke tempat lain..

Jam sudah menunjukkan jam 12 malam.. dia melihat di perkarangan masjid.. tidak ada apa2 kenderaan. Tapi entah kenapa kuat hatinya untuk berhenti di situ..

Pantas dia berjalan masuk ke masjid.

Kasut !! dia yakin itu kasut ukhti syuhada..

Perlahan dia melangkah masuk ke ruang solat perempuan.. dia melihat, jauh di sudut sana, seseorang sedang bersujud. Yakin sekali itu murobiahnya.

Dia duduk di belakang menunggu.. dia melihat murobiahnya sedang berdoa..

Perlahan dia mendekati, duduk di belakang murobiahnya..

Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata., Ya Allah terimalah segala amal kami, ikhlaskan aku dan akhwat2 untuk berbuat keranamu,. Dan kuatkanlah anak-anak halaqahku untuk menempuh jalan ini. ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau. Ya Allah, biar apapun ujian yang datang, tetapkanlah hati kami di jalan tarbiah ini, hanya kepadamu aku berserah dan mohon pertolongan. Ya Allah, moga Engkau mengurniakan jannahmu kepada kami di akhirat kelak. ameen"

Sebak jua rasanya hati ini.. ukhti besarnya harapan ukhti pada kami..

“ukhti,“ aku memanggil murobiahku..

“maafkan ana.“ Aku memeluknya erat..

"Kalau ukhti nak masuk jannah, jangan tinggalkan ana." Terharu rasanya ukhti fida..

“insyaallah ukhti, maafkan ana juga.. doakan untuk kita bersama”. Ukhti syuhada jua sangat terharu. tidak pernah terbayangkan ada orang yang akan berkata begitu kepadanya.

Dia teringat,maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. "

_____________________________________________________________________________

InsyaAllah, mungkin boleh dikongsikan di sini bahawa menjadi seorang Mutarobbiah apatah lagi menjadi seorang Murobbiah adalah perkara yang terindah yang dialami oleh seorang da'i.. Ketulusan dan keikhlasan seorang murobbiah itu pasti memberi kesan yang amat mendalam kepada 'anak-anaknya'.

Ana bukanlah seorang yang pandai berkata-kata mahupun bijak bermain dengan kata-kata untuk merungkaikan menjadi ayat yang indah dalam menterjemah erti tarbiyah dan dakwah, namun jujurnya jalan ini telah banyak mengajar erti kehidupan dan kasih sayang. Hanya orang yang melalui dan mengalaminya akan merasai apa yang ana dan akhwat lain rasai..

Terkadang dalam doa seorang murobbiah itu, pengharapannya pada Islam, pada ummah dan pada dakwah melebihi kebutuhan pengharapan pada kebahagian personal dirinya sendiri.

Sesungghnya, Beginilah Jalan Dakwah Mengajarkan Kami erti sebenarkan kehidupan yang bahagia...

Friday, May 22, 2009

Mujahadah di rumah vs Mujahadah di kampus



Salam mujahadah pada semua ketika cuti semeter ni.. Baik yang berada di rumah mahupun yang berada di kampus.. Cabaran untuk maintainkan iman tak sama tapi serupa.. Walau apa pun, moga kita sama-sama saling membantu agar sifat-sifat jahiliyah dulu-dulu tidak datang menguasai diri...


Saturday, May 2, 2009

Antara Ikhtiar dan Rezeki


"Berapa banyak binatang yang (tidak) sanggup membawa rezekinya sendiri. Allahlah yang memberi rezekinya, juga kepadamu dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS al-Ankabuut ,29: 60)

Ada manusia yang setiap hari menumpahkan tenaga, fikiran, dan hatinya hanya untuk berikhtiar. Namun ada juga manusia yang begitu yakin dengan jaminan dari Allah. Sementara itu, yang paling beruntung adalah orang yang ikhtiar lahirnya dengan akal lalu disempurnakan dengan tawakal. Dan inilah yang membuat dirinya menuai jaminan dunia dan akhirat dari Allah Azza wa Jalla.

Sebenarnya, dalam berikhtiar itu harusnya kita berbahagia. Sebab ternyata ada juga orang yang sibuk ikhtiar tapi tidak bahagia. Penyebabnya tak lebih kerana orang ini bergantung hanya dengan ikhtiarnya sendiri. Padahal, ikhtiar itu bukan untuk kita harapkan. Ia merupakan amal soleh kita. Kita disuruh ikhtiar justeru agar mempunyai amal.

Pada dasarnya seluruh makhluk sudah dijamin rezekinya oleh Allah. Yang tidak dijamin adalah ganjaran. Ganjaran atau pahala harus kita cari, tetapi rezeki sudah menjadi jaminan-Nya. Oleh karena itu Imam Ibnu Aththaillah, penulis kitab Hikam, mengatakan:

"Jangan risaukan apa yang sudah dijanjikan Allah kepada kita tapi risaukanlah kalau kita lalai terhadap kewajiban-kewajiban yang dibebankan terhadap kita."

Maka, kalau kita kemudian masih merasa resah dan gelisah dalam hidup ini jangan-jangan itu ciri kita masih bergantung kepada ikhtiar. Padahal kalau kita ingin bahagia dalam mencari nafkah atau rezeki, sempurnakanlah ikhtiar sambil menyempurnakan pula tawakal pada-Nya.

Allah Maha Tahu kebutuhan kita melebihi apa yang benar-benar kita butuhkan. Maka, berbahagialah orang yang tidak pernah bergantung pada amal ikhtiarnya. Tubuh bersimbah keringat berkuah keringat, tapi hati seratus peratus bertawakal kepada Allah SWT.

Sungguh luar biasa pentingnya bagi kita untuk menjaga diri dari apapun yang membuat kita tidak melaksanakan kewajiban kita. Dengan kata mudahnya, ada seorang majikan menyuruh hamba sahayanya untuk bekerja, tidak mungkin majikan ini lupa memberi makan kepada hamba sahayanya.

Kerana kalau lupa maka hamba sahayanya ini tidak akan dapat bekerja. Semakin bagus kerjanya, akan diberikan pakaiannya atau keperluan lainnya. Lalu, bagaimana mungkin Allah yang memerintahkan kita untuk ibadah dan kalau kita beribadah saja tidak diberi kecukupan?

Contoh lagi.. Kita diperintahkan untuk solat dan solat itu harus menutupi aurat. Pasti kita akan dicukupi rezeki menutup aurat sebab yang menyuruh menutup aurat adalah Allah. Allah memerintahkan kita untuk bersedekah, lalu bagaimana mungkin kita bisa sedekah kalau kita tidak diberi rezeki sementara itu yang memberi rezeki adalah Allah. Jadi, andai saja kita tahu kewajiban kita dan kita tunaikan dengan baik maka insya Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakannya.

Dalam hal ini, kewajiban kita yang pertama adalah berhusnudzon (berbaik sangka) bahwa Allah adalah Maha Penjamin rezeki. Karena Allah berfirman dalam Hadis qudsi:

"Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku pada-Ku."


Yang kedua. Ikhtiar di jalan yang Allah sukai itu baik. Kalau Allah menyuruh kita jujur, jujur saja, mengapa enggan? Mungkin kita pernah mendengar ungkapan ini:

"Cari rezeki tidak jujur pun susah, apalagi kalau jujur." Mana mungkin Allah yang menyuruh kita agar jujur, tetapi Allah tidak memberinya.

Atau Allah menyuruh kita agar menjadi orang bertaqwa tetapi mana mungkin Allah tidak memandu kita agar benar-benar dapat menjadi orang bertaqwa. Mungkin jalan itu adalah melalui ujian, musibah dan penderitaan agar hambaNya itu lebih bersyukur dan sentiasa berharap padaNya.

Nah, begitulah lebih kurang hakikat ikhtiar dan rezeki kita. Yang utama tunaikan kewajiban kita lebih dahulu maka rezeki InsyaAllah akan terpenuhi. Wallahu a`lam.

Penulis : KH Abdullah Gymnastiar (Aa.Gym)

Editor: SatuKALIMAH (versi Bahasa Melayu)

Sumber : http://republika.co.id

Friday, May 1, 2009

Jangan Pernah Kita Menghentikan Langkah



Tiada satu pun ketaatan yang tidak diiringi dengan ujian, tiada satu pun kekuatan yang tidak diiringi dengan kesakitan. Begitu pula dalam hidup, dengan aktiviti dan pemaknaannya, yang sentiasa dibayar mahal oleh Allah dengan janjiNya yang indah bagi siapa saja yang mampu melewatinya.

Berlari demi mengejar ketertinggalan,
Terengah dengan keadaan yang membuat kita jengah,
Kebingungan yang datang hingga membuat kita tak tentu arah.

Ketika kita dalam kesendirian menghadapi itu semua, dan tidak ada satu pun yang tahu bagaimana akhir dari sebuah penyelesaian selain kita yang mengetahuinya, terlebih Allah.

Keterbatasan dan ketidakmampuan yang tak sanggup kita hindarkan, sikap menarik diri dari lingkungan yang dikhawatirkan akan mengurangi kebaikan yang menjadi sebuah pilihan.

Ya, semua itu adalah pilihan yang telah melalui proses perhitungan.
Lalu, apa yang semestinya dilakukan?

"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung." (QS. Ali Imran : 200).

Ya, sabar. Memang, meniti sebuah kesabaran itu tidaklah mudah. Di dalam sebuah nasihatnya, seorang sahabat pun menuturkan, bahkan dalam menuliskan kata sabar pun kita memerlukan sebuah kesabaran yang amat sangat.

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'." (QS. Al-Baqarah : 45).

Dengan solat, kita bangun berkomunikasi dengan Sang Pemilik Jiwa, Allah. Tiada satu pun makhlukNya yang dapat mententramkan hati sepertiNya. Adukan semua yang kita rasakan padaNya, jika perlu sampai titis terakhir dari air mata yang tertumpah. Sama halnya yang dilakukan oleh Abu Bakar RA, seorang sahabat yang memiliki perangai yang keras namun lembut hatinya.

"Dan Dialah yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmatNya. Dan Dialah yang Maha pelindung lagi Maha Terpuji." (QS. Asy-Syuura : 28).


Lalu, lihatlah di luar sana, Allah sedang menebarkan rahmatNya. Keteduhan di tengah hiruk-pikuk, kesejukan di tengah kekeringan, kelapangan di tengah kesempitan, dan Allah tunjukkan jalan ke luar.

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (QS. Al-Insyirah : 5).

Dan, jangan pernah kita menghentikan langkah. Menghentikan langkah, bererti kita telah memilih sebuah kematian sebagai sebuah penyelesaian. Layaknya orang mati, tiada lagi kita mempunyai kesempatan untuk lebih bermanfaat bagi diri dan orang lain.

Ya, tetap saja, semua memerlukan waktu.

Tuesday, April 21, 2009

Dakwah fi Sabilillah

Seruan Tuhan memanggil-manggil

Pada tiap sudut hati kita

Dakwah ini menuntut keikhlasan

Siap siagalah wahai ukhti

Inilah kuasa tenaga kudrat serikandi

Hiasilah perjuangan ini

Dengan niat yang suci

Kerana Ilahi

Tugas ini menuntut tenaga

Mengorbankan masa

Desakan Iman membela agama ALLAH

Namun terasa indah

Hanya kerana janji-janjiNya

Inilah dakwah fi sabilillah

Kita insan terpilih

Menyambung perjuangan Rasulullah

Biar kita dipinggir

Biar terasing

Kerana inilah agama mulia

Yang bermula daripada keadaan asing

Dan ia akan kembali terasing

Sesungguhnya beruntunglah pada siapa yang terasing

Bangkitlah wahai serikandi Islam

Ingatlah bahawa Syurga menantimu

Bersabarlah tika dihina

Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar

Sedarlah

Tugas kita adalah berjuang

Gagahkan langkah dan maju

Bulatkan tekad nan satu

Yakinkan Imanmu

Allah bersama pada tiap hembusan seru.