Showing posts with label Ukhwah. Show all posts
Showing posts with label Ukhwah. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

Syukur dan Kasih sayang

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaKu


Lagu nyanyian kumpulan nasyid The Zikr-Mengemis Kasih merupakan lagu motivasi buat diri yang selalu leka. Bagi ana, lagu ini selalu menjadi peneman & pemangkin untuk muhasabah diri yang sering melakukan dosa saban hari & kadang-kadang lupa untuk mengungkapkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakan.

Alhamdulillah..teringat satu diskusi bersama akhwat, berbincang tentang erti syukur..katanya,

Kalau fikir balik, ana rasa ana lah orang yang paling banyak perlu bersyukur. Banyak yang Allah dah bantu ana. Lepas graduate, terus dapat kerja..banyak lah yang Allah mudahkan..

Bagi ana pula..benar sekali katanya..Ana juga antara hambaNya yang seharusnya mengungkapkan rasa syukur padaNya..banyak perkara yang Allah mudahkan dan beri. Kasih sayang ibu bapa yang tiada pernah bertepi bahkan semakin melimpah, ukhwah sesama rakan, hubungan silaturrahim yang erat dengan pensyarah, keluasan pintu rezeki yang Allah buka dan cinta hambaNya yang mencintaiNya..

Terkadang pastinya hati terusik andai merasa diri menjauh dari CINTANYA..sedih kerana mata ini terkadang gersang untuk mengalirkan airmata keinsafan. Manusia itu mudah lupa dengan nikmatNya..

Pernah akhwat berkata,

Enti perlu banyak bersyukur, banyak yang Allah mudahkan jalan hidup enti. Kalau ikutkan ramai akhwat yang ada masalah dengan famili terutama yang tidak memahami tugas kita sebagai da'i.. tapi enti tak de masalah atau mungkin tak sebesar masalah akhwat lain bahkan famili banyak bantu jalan dakwah enti.

Dari sisi akademik pula, walaupun kita kadang-kadang ada masalah akademik tapi bila kita jaga hubungan dengan pensyarah, itu bukan perkara yang susah.. Alhamdulillah, Allah bantu enti dari sisi itu..
Bersyukurkah kita?

Subahnallah..Alhamdulillah..Lailahaillah..


Ya Allah, bantu aku untuk menjadi hambaNya yang paling banyak bersyukur.. Aku mohon jangan Kau uji dengan sesuatu yang tak mampu aku tanggung..Engkaulah sebaik-baik sandaran..

Rasa terpanggil untuk sama-sama renungi lirik lagu kasih sayang nyanyian kumpulan Raihan..(tiba-tiba teringat akan memori ketika IIC 2009 - best sangat).. Buat akhwat sekalian, ingatlah dengan kasih sayang Allah kita berukhwah, dengan kasih sayang Allah jualah kita masih di sini, memegang amanah dan menjadi penyambung rantai perjuangan Nabi saw.. dan bersyukrlah atas kasih sayang yang Allah limpahkan pada kita semua.. Sungguh pun kita berlainan wadah dan jauh dari sisi jasad dan zahiriah tapi jangan kita lupa doa rabitah yang sering diucapkan di bibir menjadi penguat kita..

Wallahua'lam.

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati

Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri


Dari kasih timbul simpati

Dengan sayang ada persaudaraan

Kerana kasih ingin berbakti

Saling sayang ma'af mema'afkan


Kasih sayang itu baja

Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar

Penguat cinta penghapus duka


Kasih manusia sering bermusim

Sayang manusia tiada abadi

Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang
TUHAN janji-NYA pasti


Tanpa kasih sayang TUHAN

Tiada simpati tiada persaudaraan

Tanpa kasih sayang TUHAN

Tiada bakti tiada kema'afan


Kasih sayang pada semua

Kasih sayang sesama kita

Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana

Wednesday, September 29, 2010

Konvo Akhwat Lagi..


Bismillah..

Alhamdulillah selesai Majlis Konvokesyen UTM kali ke 45 beberapa hari lepas.. Satu detik yang sangat bermakna buat akhwat-akhwat UTM kerana bertambah lagi akhwat yang telah graduate . Sekadar ucapan tahniah ringkas dari ana kerana tak dapat hadir pada hari bersejarah antunna..

Buat ukhti Najm, Ukhti anazahra dan ukhti Purify...Mabruk ya ukhti! Segala susah senang, pahit getir, bergelumang dengan air mata dan keringat demi menghabiskan pengajian di UTM, akhirnya antunna dapat juga melepasinya. Moga kehidupan kalian akan lebih tersusun & lebih bermakna. Welcome to our team.. huhu..

Wednesday, July 14, 2010

La Tahzan ya Ukhti..

Dengan Nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.
Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (Al-Hadid:22-23)

..............................................

Ukhti.. kenapa ya dengan ana semenjak dua ni..banyak perkara yang tak kena..yang ana tak alert...

Ana sedih la dengan apa yang berlaku..semalam ana nangis..

Ukht..dengan mana-mana pun ujiannya sama..inilah tarbiyah Allah pada kita..inikan apa yang enti selalu katakan pada ana.



Sebagai mana materi yang pernah diperolehi tentang tajuk "Haqiiqatul Insan" , manusia itu hakikatnya makhluk yang berada dalam fitrah (naluri beragama), lemah, jahil dan fakir. Nah..ternyata manusia pasti melakukan kesilapan dalam kehidupannya kerana manusia itu lemah..

Pasti kita pernah mendapat kritikan, kutukan, cacian atas kedhaifan kita. Justeru, pasti akan bersedih hati.. Jika kita adalah orang yang sentiasa memberi, mempengaruhi atau mengelokkan serta berusaha membina suasana harmoni, maka akan ada kritikan-kritikan yang bisa membakar telinga..

Pernah seorang akhwat berkata:

Ana ingatkan kalau kita buat baik dengan orang, orang akan buat baik dengan kita jugak..Tapi walaupun kita buat baik dengan diorang, diorang still cari kelemahan kita untuk dipertikaikan..

Buat baik pun salah, buat salah lagi la salah..tapi pada pandangan ana, buat je baik..biar apa orang nak kata kerana kita orang yang ditarbiyah. Kitalah ikon di IPT, di tempat kerja, di kawasan perumahan dan dikhalayak ramai..


Ana tertarik dengan satu kata-kata motivasi ini yang ana terjumpa bila terbaca buku "La Tahzan; Jangan Bersedih" karya Dr. 'Aidh Abdullah Al- Qarni.

Kuatkanlah jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka. Bersikaplah bagai batu batan; tetap kukuh berdiri sekalipun diterpa ketulan-ketulan salji tiap-tiap saat dan ia bahkan bertambah kukuh kerananya.

Biarlah jika mereka memilih memasukkan 'cebisan-cebisan daging busuk dan bangkai' ke mulut mereka sendiri tetapi kita teruskan prinsip dan akhlak sebagai seorang Muslim.

2 faktor yang menggolakkan perasaan dan emosi manusia:
  1. Kegembiraan yang memuncak
  2. Musibah yang dahsyat
Dalam sebuah hadist Rasulullah bersabda, “sesungguhnya aku melarang dua macam ucapan yang bodoh lagi tercela: keluhan tatkala mendapat nikmat dan umpatan tatkala mendapat musibah."

Alah..dia isi minyak kereta aku 3 ringgit je..dah la guna lama, ingatkan isi RM10 ke...bla..bla..

Tu la..aku dah pesan kat dia supaya tak yah gi..kan dah kena..bla...bla..

Apa reaksi kita kalau kena marah tau kena perli?? Pergh.. pastinya barasap telinga.. Tapi lain pula bagi orang yang khusyuk dalam solat sebab merekalah orang yang mampu berdiri seimbang ketika dilanda ombak kesedihan dan luapan kegembiraan yang meninggi. Cool je.. Kan solat itu mencegah diri dari perkara keji dan mungkar..

Bila ada akhwat kita tegur kita ni tak serius lah..tak banyak bekorban la...tak matang la...kita pun tarik muka, sedih dan sempit dada...tapi kita tak bersyukur kerana ada orang yang caring dan prihatin pada kita..teguran itu sebenarnya tanda dia sayangkan kita..

Akhir kata, jangan bersedih dengan musibah, cubaan, kritikan, cemuhan dan amarah orang lain terhadap kita. Yang penting take it positively. Ada satu kata-kata daripada At-Tanukhi:

"Tenanglah kamu, ramai orang yang sudah mengalami seperti ini sebelum kamu.."

Manusia sebelum kita sudah melalui apa yang kita lalui
dan mengalami derita yang kita rasai
Mungkin engkau melakukan perbuatan baik malam harinya
namun kemudian engkau kotori kebaikanmu itu
Ini adalah hukum alam, yang sudah berjalan sejak dahulu..

Nukilan khas untuk mu ukhti..

USAH BERSEDIH...


Duhai teman

Mengapa perlu kau bersedih?

Usahlah kau gusar

Usahlah kau bebani bahumu yang lembut itu

Dengan urusan dunia yang tak pernah sudah

Dunia sememangnya begitu

Kau bukanlah insan yang perkasa

Yang mampu menanggung segala

Ketahuilah bahawa

Bukti ALLAH itu menyayangimu

Adalah melalui ujianNya


Maka gembiralah

Senandungkanlah hatimu yang parah

Dengan zikir dan sifat mahmudah

Ombak ujian yang datang silih berganti

Tanda dirimu insan pilihan Ilahi

Maka tidak akan dirimu teruji

Melampaui kemampuan dirimu sendiri

Malah akan tersedia di hadapanmu nanti

Segunung pahala tertinggi

Mahligai indah di syurga menanti

Kerana laluan menuju Tuhanmu

Tidak pernah sunyi daripada cubaan

Tidakkan dibiarkan hambanya itu

Hidup lena dan leka dalam nikmat dan anganan

Telah terhidang di hadapan

Keperitan dan ujian menunggu giliran

Lantaran jalannya penuh dengan duri dan halangan

Maka maralah ke hadapan

Semoga diakhirnya nanti kan beroleh kemenangan


Munajatlah pada Yang Satu

Pasti kau temui ketenangan yang hilang

Campaklah jauh kenangan pahitmu itu

Biar ia menjadi sejarah yang tak terulang

Dan berjalanlah di atas kilauan cahaya

Dalam ikhlas tulusnya doa

Mohon terhapus segala hijab dan dosa

Sambil bertasbih mengingati ALLAH

Kerana di situ kau kan temui sakinah

Dari Yang Maha Pemberi hidayah


Dendangkanlah lagu keinsafan

Tuailah rahmatNya bersama roh perjuangan

Majulah dengan segenap kemampuan

Suburkanlah harapan

Kerana ujian adalah prosses kehidupan


Maka lukislah satu lembaran indah

Secerah pawana yang indah merona

Dan coraklah ia dengan detik-detik bahagia

Kerana ujian itu penghapus dosa

Hiduplah dengan mencari redha-Nya

Pabila tiba saat suatu ketika

Pasti kau temui juga Yang Maha Pencipta

Tangisan kesyukuran kerinduan melata

Tiada ungkapan setanding bahasa

Dapat menterjemah apa yang di minda

Di situ kulihat kau tersenyum gembira

Tanda syukur dan tanda redha

Alhamdulillah

Pujian pada Yang Esa

Lahirmu kini mujahidah berjaya

Monday, May 10, 2010

Satu Kerinduan, Sebuah Kasih Sayang..

Bismillah...

Pada suatu hari di dalam sebuah komuter yang menuju ke stesen komuter Seremban, ada dua orang akhwat merangkap murobbiyah sekolah dalam perjalanan pulang ke medan masing-masing sedang berhimpit-himpit dengan orang ramai yang juga menggunakan kemudahan komuter itu. Dikesempatan itu waktu yang ada, mereka gunakan untuk berkongsi pengalaman dan strategi dakwah di medan masing-masing..

Akhwat ini sangat sayangkan anak-anaknya, hinggakan setiap kali berjumpa pasti ia akan menyebut-nyebut perihal anak-anak halaqahnya..

"Ish..tak sabar kite nak jumpa anak-anak halaqah kite petang ni.."

"Enti buat halaqah juga petang ni? Sempat ke sampai?"

"Ha'ah, ana buat jugak. Kalau tak sempat, datang sekejap ziarah pun tak pe..Kite dah rindu sangat kat diorang ni.."

"Ukhti, setiap kali ana jumpa enti pasti enti akan cerita tentang anak-anak enti.. Mesti diorang pun sayang sangat pada enti kan? Ana boleh nampak time IIC lepas.."

..................................................

Pertama kali ana lihat seorang murobbiyah yang sangat committed dan gembira dengan statusnya sebagai murobbiyah sekolah sehinggakan ia terkenal dikalangan akhwat lain yang tersangat sayangkan medan dakwah dan anak-anak halaqahnya.

Betapa sayangnya ia pada medannya sehinggakan jika ia sedang mengatuk dan tiba-tiba mendengar akhwat bercerita tentang medannya, terus celik dan bersinar-sinar matanya.. (^_^)

Untuk mencapai sasaran halaqah, seorang murobbi/ah itu harus bekerjasama dengan anak-anak halaqahnya. Kerjasama inilah yang membuahkan ukhwah Islamiyah yang indah. Betapa ramai orang yang tidak dapat merasakan manisnya ukhwah. Namun dengan menjadi murobbi/ah, seorang Muslim itu berpeluang untuk merasainya.

Daripada Miqdam bin Ma'di Kariba r.a, Nabi saw bersabda.
"Apabila seseorang insan mengasihi saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihinya."
(HR Abu Daud dan al-Tirmizi)


* Tiba-tiba rasa sangat rindu pada anak-anak halaqah. Mudah-mudahan mehnah yang datang segera berlalu pergi..

Monday, February 23, 2009

BBQ Ukhwah

Benar apa yang tertulis dalam surat cintaNya.. “Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan..” (Al- Insyirah: 5,6)

Diulang ayatnya sehingga kedua kali..betapa janji Allah itu tak pernah mengecewakan.. ayat itu jualah menjadi penguat semangat kala dugaan datang bertimpa-timpa..

Sesungguhnya segala perancangan manusia tak akan mengatasi perancangan Sang Pencipta.. Sedangkan penciptaan kita Dia telah merancang dengan teliti, inikan mahu dibanding dengan manusia yang lemah..

“... dan manusia dijadikan bersifat lemah.” (4:28)

Hehe..apa yang ana nak beritahu sebenarnya nie..?? Sebenarnya petang semalam ana bersama sahabat2 dah plan nak buat BBQ kat satu tempat belakang sebuah kolej di UTM..memang kelengkapan nak bakar boleh dikatakan lengkap la jugak.. ana dan yang lain2 masing2 bawa adik-adik untuk kasi diorang kenal antara satu sama lain.. & saje nak kenalkan adik2 nie dengan kakak2 yang lain.. kasi Ukhwah tu Power ckit.. lepas tu boleh la nak gencarkan lagi plan BESAR..InsyaAllah..

Alhamdulillah..yang datang melebihi target yang cadangkan..sampai terfikir beli ayam yang 2 ekor pun tak cukup..tapi kami tawakal je & cuba cari solusi lain (dengan beli sosej) supaya sume orang dapat makan termasuk kakak2 ajk..Tengah hari 2 ana dah lunch siap2, in case tak cukup makanan at least tak de kebulur sangat.. dengan kemudahan moto KRISTAR merah ana, kereta BIRU yang satu-satunya ada di UTM & paling banyak berjasa, serta moto YAMAHA milik sahabatku menjadikan kerja2 mengangkut barang2 bakar ayam perap dan kerja2 mengangkut adik2 menjadi mudah..

Benar kata orang, langit tak selalu cerah...tiba2 petang 2 langit hitam menyelubungi UTM..ana dah agak.. “jap lagi mesti hujan.”.. Kasihan sahabat2 ku yang berpenat lelah menghidupkan api untuk buat bara api menjadi sia2 coz hujan turun dengan lebatnya..huhuhu..

Jadi kami bersepakat , “Kita jalankan Pelan B”.. So..adik2 tu kitorang bawa ke sebuah surau blok berdekatan dengan tapak BBQ.. Jadi..apa yang telah terjadi pada ayam2 yang nak di bakar 2... huh..akhirnya masuk ke dalam periuk jugak...tak pe..tak kisah..asalkan sedap..tapi memang sedap pun..pandainye diorang perap ayam tue..ana tak menyumbang apa2 untuk sesi masak-memasak coz sibuk duk angkut adik2 yang xdapat datang sendiri coz hujan..

Alhamdulillah..response diorang ok..hepi hepi je sume..tambah2 time sesi bergambar..bukan main lagi posing nye.. Siap ada yang buat aksi watak kartun Majinbuu dalam salah satu kartun yang penah ana tonton waktu zaman jahilliyah dulu : “ BERGABUNG..” Macam2 diorang nie..hehe kelakar juga bila tengok balik gambar 2..

Jadi just nak relate dengan ayat yang ana mention kan kat atas: Walaupun kite dah rancang macam nie, macam tue, baik punya rancangan tapi Allah juga berkuasa nak biarkan plan tue jadi @ tak. Mcam ptg 2, ramai yang tak jangka akan hujan..huhu

“Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka jadila sesuatu itu.” (36:82) So, kebergantungan kita seharusnya totally disandarkan pada Allah. Hatta sekecil2 perkara.. Sebabnya...?? “... dan manusia dijadikan bersifat lemah.” (4:28)

Pun begitu, segala yang berlaku ada hikmahnya..biarpun sentiasa ditimpa musibah dan diuji berkali2 semuanya pasti ada penyelesaian. Walaupun ia tidak datang segera, tapi kemudahan pasti menjelma..



p/s: Diriku basah dalam hujan rahmat..Dah lame tak buat cam 2.. huhu..sejuuuk..