Wednesday, September 29, 2010

Konvo Akhwat Lagi..


Bismillah..

Alhamdulillah selesai Majlis Konvokesyen UTM kali ke 45 beberapa hari lepas.. Satu detik yang sangat bermakna buat akhwat-akhwat UTM kerana bertambah lagi akhwat yang telah graduate . Sekadar ucapan tahniah ringkas dari ana kerana tak dapat hadir pada hari bersejarah antunna..

Buat ukhti Najm, Ukhti anazahra dan ukhti Purify...Mabruk ya ukhti! Segala susah senang, pahit getir, bergelumang dengan air mata dan keringat demi menghabiskan pengajian di UTM, akhirnya antunna dapat juga melepasinya. Moga kehidupan kalian akan lebih tersusun & lebih bermakna. Welcome to our team.. huhu..

Tuesday, September 28, 2010

Peningkatan Darjat

Ukht, cuba check suhu ana..

Tinggi ukht, 40 darjah..pegi klinik la.

Ana rasa tak larat la.. ana ingat nak gi fakulti jumpa lecturer dulu..dah buat temu janji nak minta pengesahan sijil..

Enti ada makan kambing golek ke waktu jamuan raya tempoh hari?

Tak de la..ana tak makan pun..mungkin kena hujan kot..

...............

Sejak akhir-akhir ni, banyak kali demam pulak.. Mungkin banyak dosa, Allah nak bersihkan dosa-dosa dengan beri sakit. Nak lihat hambaNya sabar dengan musibah atau tak.

Ketika sedang baring setelah makan ubat, dicapai sebuah buku; Syarah Lengkap Arba'in Ruhiyah, tertarik dengan sebuah tajuk tentang Syarat-Syarat Kelestarian Aliran Pahala Ketika Sakit. Betapa besar pahala bagi orang yang diuji dengan sakit seandainya ia mampu bersabar dengan musibah itu. Sebab itu orang kata sakit itu salah satu kafarah dosa.

Antara syarat-syarat bagi seseorang yang sakit terus mendapat pahala adalah:

1. Sabar atas musibah sakit

Kadang-kadang kita sering mengeluh bila ditimpa musibah sakit..adakala mahu marah-marah dan mengadu pada orang yang datang ziarah.

"Apa salah aku sehingga Allah menurunkan penyakit ini kepada ku?"

Sehingga ada yang lebih kronik mahu mengambil jalan pintas untuk membunuh diri dek kerana tidak sanggup menanggung derita penyakit. Na'uzubillah.. Ketidak sabaran ini lah yang menghalangi kelestarian pahala & pengampunan Allah.

Diceritakan seorang sahabiyah mencela penyakit demam yang dihadapinya, lalu Rasulullah saw besabda:

"Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana ia dapat menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana alat peniup api dapat menghilangkan karat besi." (HR. Muslim)

Abdul Malik berkata, "Setiap orang pasti akan mendapat ujian sihat, untuk dilihat apakah ia bersyukur. Atau mendapat ujian sakit, untuk dilihat apakh ia bersabar."

Rasulullah saw ada bersabda;

"Sungguh menakjubkan urusan orang Mukmin. Semua urusannya merupakan kebaikan, dan hal ini tidak terjadi kecuali pada orang mukmin. Jika mendappat kegembiraan, ia bersyukur, maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Jika mendapat kesusahan, ia bersabar, maka hal itu merupakan kebaikan baginya." (HR. Muslim)

Jadi kalau kita tak dapat bersabar bila ditimpa musibah sakit, maka kita belum layak digelar seorang mukmin. Astaghfirullah... kerdilnya diriku ya ALLAH..

2. Redha atas ketentuan Allah.
Selain bersabar, kita juga hendaklah redha dengan ketentuan yang Allah beri kepada kita. Seharusnya kita yakin bahawa dengan jalan diberi musibah sakit inilah akan terhapusnya dosa-dosa kecil kita, diangkatkan darjat serta dilipatgandakan pahala.

Rasulullah saw bersabda,

"Tidak ada seorang Muslim yang tertusuk duri, atau yang lebih ringan dari itu, melainkan diangkat baginya satu darjat dan dihapuskan darinya satu kesalahan." (HR. Muslim)

3. Tetap Menunaikan Kewajiban yang Ia Mampu
Kewajiban tetap wajib dilaksanakan. Tiada alasan untuk kita meninggalkannya hatta dilanda kesakitan.

Diriwayatkan bahawa Ubai bin Ka'ab bertanya,

"Wahai Rasulullah, apakah pahala demam itu?" Baginda menjawab, "Kebaikan akan sentiasa berjalan pada diri orang yang mengalaminya selagi tubuhnya gementar dan uratnya menegang.
Ubai berkata, "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon sakit demamkepada-Mu, yang tidak pula menghalangiku untuk berjihad di jalan-Mu, tidak pula menghalangiku untuk keluar ke Ka'bah-Mu, dan tidak pula menghalangiku untuk mendatangi masjid-Mu." Sehinggatak seorang pun menyentuh tubuh Ubai melainkan ia akan merasakan panas. Hal itu terus berlangsung hingga ia meninggal dunia." (HR. Ahmad)


Subhanallah..betapa besar pengertian musibah sakit bagi para sahabat & sahabiyah.. hinggakan sakit itu merupakan berita gembira seperti datangnya pesta untuk mereka meninggkatkan lagi amal ibadah. Tapi kita? Tidak..bukan kita tapi aku?? Astaghfirullah...kerdilnya aku ya Allah....

Jazakillahu khairan kathir pada akhwat yang menjaga ana ketika demam. Alhamdulillah, ana dah beransur sihat.. Moga musibah sakit ini menjadi peringatan bagi ana agar dapat meningkatkan lagi mutu ibadah.

Monday, September 20, 2010

Mak Borek..Anak?...


Di suatu petang ketika angin sepoi-sepoi bahasa dari bendang bertiup..Dua beranak sedang berborak-borak..

Mak..nak tanya boleh??

Apa dia?

Mak tak rasa sayang ke sebab tak teruskan aktiviti mak macam waktu bujang dulu? Maksud kakak, ada usrah...

Suasana diam seketika. Hanya kedengaran bunyi kokokan ayam dan pertembungan sudip dan kuali..
Mesti la mak sayang..tapi bila dah kawin dengan abah dan duduk kat sini, terpisah dengan kawan-kawan sama usrah dulu..jadi semua tu terhenti..

Mak tak pernah nak buat usrah kat kampung ni ke? Kan selalu jumpa kat kelas mengaji tiap-tiap petang khamis?

Mak tak yakin..sorang-sorang.. Apa kata kakak la yang start dulu..tak payah duk Johor..dakwah kat kampung je..boleh??

Ada riak gurauan dalam persoalan tadi..lihat mak tersenyum menduga apa yang akan aku katakan.

Soalan cepu emas..!

Kan kakak ada bagitahu sebelum-sebelum ni..bukan saja-saja nak duk kat sana.. Kakak ada misi yang lebih besar dan penting kat sana.. Mak pun tahu kan apa yang kakak buat?

Cuba merefresh kembali ingatan mak bila soalan yang sama diajukan.

Mak tahu..Mak redha..Mak saja tanya..Kot-kot dapat dengar jawapan lain..

Mak...dulu waktu mak bujang, mak kerja nursery jugakkan? Susah tak jaga budak-budak tu?

Dulu....tak dak la susah sangat. Kebanyakkan depa anak-anak orang pandai-pandai..pandai tarbiyah anak.. Mak kenal tarbiyah dan usrah pun waktu kerja di nursery..mak pun pergi program sana-sini..habis duit gaji..

Ooo..Macam kakak..tapi kakak mungkin kenal tarbiyah awal sikit dari mak..Hidup mak macam perjalanan hidup kakak la...

Hehehe..ada soalan killer terlintas nak ditanya..

Mak...nak tanya, macam mana mak boleh kenal abah? Mak pernah bercinta?

Kali ni soalan cepu emas buat mak pula.. (^_^)v

Mak tak pernah bercinta..Mak kenal dengan abah sebab aturan keluarga..Mak tak pernah jumpa abah..Tengok dekat gambaq ja..

Ye ke..?

Sengaja menduga mak..terlihat ada kumtuman senyuman yang disorok-sorok..mungkin mak sedang mengimbau kembali detik itu..

Betul..! Waktu mak dapat tahu yang tok wan nak jodohkan mak dengan abah, kakak yang jadi ketua tarbiyah wanita kat tadika mak kerja pun dah ada calon untuk kenalkan dengan mak, orang yang ditarbiyah jugak..Tapi lepas mak solat istikharah banyak kali..mak asyik nampak muka tok wan ja..tok wan pun tiap-tiap hari telefon mak, nak tahu jawapan mak..


Dan akhirnya, mak pun pilih abah kan?? Tapi abah bukan orang yang ditarbiyah...susah tak mak?

Ada la jugak susahnya..contoh, sebagai isteri kita tak boleh bangkang kata suami. Kalau ada ilmu lebih sikit, mak cuba bagi nasihat kadang-kadang abah ada jugak tak ambil endah..

Hmm..betul-betul..Perjalanan hidup mak, macam kakak tapi fasa terakhir ni kakak doa harap tak sama..susah kalau pasangan hidup bukan orang yang ditarbiyah..tarbiyah kita pun mungkin terhenti macam yang mak alami sekarang..
Tapi kan mak..nasib baik mak pilih abah, kalau tak tak de la kakak rasa tarbiyah & hidup macam sekarang..Thanks mak...hehehe..

Mak tersenyum...
Mak....nak tanya satu lagi boleh? Apa kenangan paling manis dalam hidup mak??

Sunyi seketika..barangkali fikiran mak sedang ligat recall detik-detik manisnya..
Banyaak la... tapi ada satu yang mak tak boleh lupa..

Apa?!!

Waktu dalam dewan konvokesyen kakak..



Hehe..sama la dengan kakak..waktu konvo tu la waktu yang paling kakak tak boleh lupa..macam nak tercabut jantung tunggu giliran nak naik.
Dan thanks atas jambangan bunga yang mak & abah beli dulu walaupun mahal ..
(padahal bunga artificial tu murah je sebab sebelum ni pun jual bunga konvo jugak, selalu jual tak sampai RM50..tapi ...tak pe la..rezeki penjual bunga..)..


Ha..dah azan asar..jom solat sama-sama mak..

Jom..

.....

Betapa bernilainya harga sebuah tarbiyah Allah..Namun masih ada hati-hati yang masih menolak keindahan tarbiyah ini kerana kebatilan yang menjanjikan sekelumit keindahan yang nyatanya hanya sementara di dunia.

Betapa susah ia;tarbiyah & iman; ini sampai kepada kita, seharusnya kita dapat menjaga dengan seelok-eloknya..genggam erat, ikat ketat-ketat agar ia tak kan sirna dek maksiat dan dosa-dosa kita.

Ana pernah rasa kegersangan dalam hati bila hati tunduk dengan bisikan azazil..dan akhirnya di jalan tarbiyah juga ku temu kemanisan iman & keindahan ukhwah. Dan semoga Allah masih sudi memelihara nikmat ini pada ana & sesiapa yang membaca post ini, agar terus kekal hingga hujung nyawa.. Amiin..

...............

Mak..thanks for everything yang mak kasi..thanks for supporting me dalam dakwah dan hidup..mak la mak paling best di dunia..luv you mom..

Wednesday, July 14, 2010

Selingan..Cikgu oh cikgu..

Bismillah..

....................
Suatu pagi di sebuah taska..

Gu..Gu..uu..gu..

Apa? Cikgu tak faham..kamu nak apa?

Nak tu gu..nak uku, guu..nak ego..naak..

Sambil tangannya menunjuk-nunjuk buku-buku dan mainan lego yang berada di atas rak..

Oh..baru la tahu apa yang si kecil ini mahukan.. jika diterjemahkan kembali:

Cikgu..Cikgu..itu cikgu..
Apa? Cikgu tak faham..kamu nak apa?

Nak itu cikgu..nak buku, cikgu..nak lego..naak...


Kanak-kanak ini bijak..perasaan ingin tahu mereka terhadap sekitar mereka sangat tinggi..sebab itu mereka suka bermain..buat itu dan ini..

Berkomunikasi dengan kanak-kanak, perlu kurangkan kata-kata yang berunsur negatif..seperti..

"Jangan main tangga!"..Apa yang akan dia buat adalah..buat aksi kuak lentang dan turun naik tangga di situ..
"Jangan main air di bilik air!" ..Apa yang akan dia buat adalah..pasti akan jumpa dia dalam keadaan basah kuyup jika ada peluang masuk ke situ..

"Jangan lompat-lompat! Jangan lari-lari!"..Apa yang akan dia buat adalah..~dah tahu skema jawapannya kan..?~

Lumrah mereka nak cuba semua benda..maklumlah banyak jumpa perkara baru setelah muncul di dunia ini..

Pernah ada akhwat berkata,
Jangan halang dan sekat apa yang anak anda ingin lakukan supaya bila besar dia akan menjadi pahlawan Islam yang memburu musuh-musuh Islam laknatullah seperti singa yang kelaparan..

Tapi jika tidak dikawal, bimbang keselamatannya pula..hmmm..

Pernah suatu hari, salah seorang kanak-kanak tersebut mematahkan cermin matanya dengan tak sengaja kerana menyangka itu adalah alat mainannya..maka dengan rasa sebak dan marah..terkedu melihat cermin matanya dipatahkan..lantas cikgunya itu menekup muka seakan-akan sedang menangis tersedu-sedu....ketika itu..datang pula salah seorang daripada mereka datang menghampiri cikgunya dan mengusap-usap serta membelai bahu cikgu seakan-akan sedang memujuk..

Guuuu..guu.guuuu..

Terdengar pula seorang rakan mereka berkata..
Aiyoo..tak taiyoo..egu angis...Aiyoo..tak taiyooo...

Rasa kelakar pula ketika itu..sayang juga mereka pada cikgunya yang mandikan dan basuh kencing berak 5~6 hari seminggu..

Jika ada kesalahan yang dibuat, ditanya dahulu..

Sayang cikgu tak?

Ayaang...

Kalau sayang, dengar cakap cikgu boleh?

Uuleeh..

Tapi sekiranya kesalahan diulang lagi, pasti akan dapat hukuman agar tahu itu adalah satu kesalahan.

Dodoian zikir pagi dan petang setiap hari di telinga mereka menyebabkan zikir itu sudah dihafal dalam ingatan mereka..

Hasbii rabbi..Jallallah..maafiqalbi..ghairullah..nur muhammad..sollallah..laailahaillallah.. Cukuplah bagiku..Engkau ya Allah..Tiada di hatiku..melainkan Mu..Nur Muhammad..Ya Rasulallah..Tiada yang ku sembah..Selain Mu ya Allah.. Cintakan bunga..akan layu..cintakan manusia..akan mati..cintakan Allah..kekal abadi..itulah cinta, cinta yang hakiki..

Doa seorang guru:

Jadi anak yang soleh/solehah dan dengar kata ibu dan ayah ya..Amiin..

Sumayyah..


Hafizin..


Syakirin..(adiknya hafizin)


Farith..(lepas kena paksa bangun dari tido..)


Sebahagian yang sporting berposing depan kamera

Lagu favourite:

Satu..satu..sayang sayang Allah.. Dua..dua..sayang Rasulullah.. Tiga..tiga..syang ibu ayah.. 1,2, 3 sayang semuanya...

La Tahzan ya Ukhti..

Dengan Nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.
Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (Al-Hadid:22-23)

..............................................

Ukhti.. kenapa ya dengan ana semenjak dua ni..banyak perkara yang tak kena..yang ana tak alert...

Ana sedih la dengan apa yang berlaku..semalam ana nangis..

Ukht..dengan mana-mana pun ujiannya sama..inilah tarbiyah Allah pada kita..inikan apa yang enti selalu katakan pada ana.



Sebagai mana materi yang pernah diperolehi tentang tajuk "Haqiiqatul Insan" , manusia itu hakikatnya makhluk yang berada dalam fitrah (naluri beragama), lemah, jahil dan fakir. Nah..ternyata manusia pasti melakukan kesilapan dalam kehidupannya kerana manusia itu lemah..

Pasti kita pernah mendapat kritikan, kutukan, cacian atas kedhaifan kita. Justeru, pasti akan bersedih hati.. Jika kita adalah orang yang sentiasa memberi, mempengaruhi atau mengelokkan serta berusaha membina suasana harmoni, maka akan ada kritikan-kritikan yang bisa membakar telinga..

Pernah seorang akhwat berkata:

Ana ingatkan kalau kita buat baik dengan orang, orang akan buat baik dengan kita jugak..Tapi walaupun kita buat baik dengan diorang, diorang still cari kelemahan kita untuk dipertikaikan..

Buat baik pun salah, buat salah lagi la salah..tapi pada pandangan ana, buat je baik..biar apa orang nak kata kerana kita orang yang ditarbiyah. Kitalah ikon di IPT, di tempat kerja, di kawasan perumahan dan dikhalayak ramai..


Ana tertarik dengan satu kata-kata motivasi ini yang ana terjumpa bila terbaca buku "La Tahzan; Jangan Bersedih" karya Dr. 'Aidh Abdullah Al- Qarni.

Kuatkanlah jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka. Bersikaplah bagai batu batan; tetap kukuh berdiri sekalipun diterpa ketulan-ketulan salji tiap-tiap saat dan ia bahkan bertambah kukuh kerananya.

Biarlah jika mereka memilih memasukkan 'cebisan-cebisan daging busuk dan bangkai' ke mulut mereka sendiri tetapi kita teruskan prinsip dan akhlak sebagai seorang Muslim.

2 faktor yang menggolakkan perasaan dan emosi manusia:
  1. Kegembiraan yang memuncak
  2. Musibah yang dahsyat
Dalam sebuah hadist Rasulullah bersabda, “sesungguhnya aku melarang dua macam ucapan yang bodoh lagi tercela: keluhan tatkala mendapat nikmat dan umpatan tatkala mendapat musibah."

Alah..dia isi minyak kereta aku 3 ringgit je..dah la guna lama, ingatkan isi RM10 ke...bla..bla..

Tu la..aku dah pesan kat dia supaya tak yah gi..kan dah kena..bla...bla..

Apa reaksi kita kalau kena marah tau kena perli?? Pergh.. pastinya barasap telinga.. Tapi lain pula bagi orang yang khusyuk dalam solat sebab merekalah orang yang mampu berdiri seimbang ketika dilanda ombak kesedihan dan luapan kegembiraan yang meninggi. Cool je.. Kan solat itu mencegah diri dari perkara keji dan mungkar..

Bila ada akhwat kita tegur kita ni tak serius lah..tak banyak bekorban la...tak matang la...kita pun tarik muka, sedih dan sempit dada...tapi kita tak bersyukur kerana ada orang yang caring dan prihatin pada kita..teguran itu sebenarnya tanda dia sayangkan kita..

Akhir kata, jangan bersedih dengan musibah, cubaan, kritikan, cemuhan dan amarah orang lain terhadap kita. Yang penting take it positively. Ada satu kata-kata daripada At-Tanukhi:

"Tenanglah kamu, ramai orang yang sudah mengalami seperti ini sebelum kamu.."

Manusia sebelum kita sudah melalui apa yang kita lalui
dan mengalami derita yang kita rasai
Mungkin engkau melakukan perbuatan baik malam harinya
namun kemudian engkau kotori kebaikanmu itu
Ini adalah hukum alam, yang sudah berjalan sejak dahulu..

Nukilan khas untuk mu ukhti..

USAH BERSEDIH...


Duhai teman

Mengapa perlu kau bersedih?

Usahlah kau gusar

Usahlah kau bebani bahumu yang lembut itu

Dengan urusan dunia yang tak pernah sudah

Dunia sememangnya begitu

Kau bukanlah insan yang perkasa

Yang mampu menanggung segala

Ketahuilah bahawa

Bukti ALLAH itu menyayangimu

Adalah melalui ujianNya


Maka gembiralah

Senandungkanlah hatimu yang parah

Dengan zikir dan sifat mahmudah

Ombak ujian yang datang silih berganti

Tanda dirimu insan pilihan Ilahi

Maka tidak akan dirimu teruji

Melampaui kemampuan dirimu sendiri

Malah akan tersedia di hadapanmu nanti

Segunung pahala tertinggi

Mahligai indah di syurga menanti

Kerana laluan menuju Tuhanmu

Tidak pernah sunyi daripada cubaan

Tidakkan dibiarkan hambanya itu

Hidup lena dan leka dalam nikmat dan anganan

Telah terhidang di hadapan

Keperitan dan ujian menunggu giliran

Lantaran jalannya penuh dengan duri dan halangan

Maka maralah ke hadapan

Semoga diakhirnya nanti kan beroleh kemenangan


Munajatlah pada Yang Satu

Pasti kau temui ketenangan yang hilang

Campaklah jauh kenangan pahitmu itu

Biar ia menjadi sejarah yang tak terulang

Dan berjalanlah di atas kilauan cahaya

Dalam ikhlas tulusnya doa

Mohon terhapus segala hijab dan dosa

Sambil bertasbih mengingati ALLAH

Kerana di situ kau kan temui sakinah

Dari Yang Maha Pemberi hidayah


Dendangkanlah lagu keinsafan

Tuailah rahmatNya bersama roh perjuangan

Majulah dengan segenap kemampuan

Suburkanlah harapan

Kerana ujian adalah prosses kehidupan


Maka lukislah satu lembaran indah

Secerah pawana yang indah merona

Dan coraklah ia dengan detik-detik bahagia

Kerana ujian itu penghapus dosa

Hiduplah dengan mencari redha-Nya

Pabila tiba saat suatu ketika

Pasti kau temui juga Yang Maha Pencipta

Tangisan kesyukuran kerinduan melata

Tiada ungkapan setanding bahasa

Dapat menterjemah apa yang di minda

Di situ kulihat kau tersenyum gembira

Tanda syukur dan tanda redha

Alhamdulillah

Pujian pada Yang Esa

Lahirmu kini mujahidah berjaya

Saturday, May 29, 2010

Syafakillah..

Sabar...sabar... sakit itu kafarah dosa.. nak tambah pahala kan? Jadi sabar ketika sakit...

Monday, May 10, 2010

Satu Kerinduan, Sebuah Kasih Sayang..

Bismillah...

Pada suatu hari di dalam sebuah komuter yang menuju ke stesen komuter Seremban, ada dua orang akhwat merangkap murobbiyah sekolah dalam perjalanan pulang ke medan masing-masing sedang berhimpit-himpit dengan orang ramai yang juga menggunakan kemudahan komuter itu. Dikesempatan itu waktu yang ada, mereka gunakan untuk berkongsi pengalaman dan strategi dakwah di medan masing-masing..

Akhwat ini sangat sayangkan anak-anaknya, hinggakan setiap kali berjumpa pasti ia akan menyebut-nyebut perihal anak-anak halaqahnya..

"Ish..tak sabar kite nak jumpa anak-anak halaqah kite petang ni.."

"Enti buat halaqah juga petang ni? Sempat ke sampai?"

"Ha'ah, ana buat jugak. Kalau tak sempat, datang sekejap ziarah pun tak pe..Kite dah rindu sangat kat diorang ni.."

"Ukhti, setiap kali ana jumpa enti pasti enti akan cerita tentang anak-anak enti.. Mesti diorang pun sayang sangat pada enti kan? Ana boleh nampak time IIC lepas.."

..................................................

Pertama kali ana lihat seorang murobbiyah yang sangat committed dan gembira dengan statusnya sebagai murobbiyah sekolah sehinggakan ia terkenal dikalangan akhwat lain yang tersangat sayangkan medan dakwah dan anak-anak halaqahnya.

Betapa sayangnya ia pada medannya sehinggakan jika ia sedang mengatuk dan tiba-tiba mendengar akhwat bercerita tentang medannya, terus celik dan bersinar-sinar matanya.. (^_^)

Untuk mencapai sasaran halaqah, seorang murobbi/ah itu harus bekerjasama dengan anak-anak halaqahnya. Kerjasama inilah yang membuahkan ukhwah Islamiyah yang indah. Betapa ramai orang yang tidak dapat merasakan manisnya ukhwah. Namun dengan menjadi murobbi/ah, seorang Muslim itu berpeluang untuk merasainya.

Daripada Miqdam bin Ma'di Kariba r.a, Nabi saw bersabda.
"Apabila seseorang insan mengasihi saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihinya."
(HR Abu Daud dan al-Tirmizi)


* Tiba-tiba rasa sangat rindu pada anak-anak halaqah. Mudah-mudahan mehnah yang datang segera berlalu pergi..