Sunday, November 14, 2010

Mencipta Memori Terindah Bersama Akhwat..


"Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, kamu tidak akan boleh masuk ke dalam syurga sehingga kamu beriman; dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan suatu amalan yang jika kamu mengerjakannya, nescaya kamu akan saling mencintai? Iaitu sebarkanlah salam di antara kamu."
(H.Riwayat Muslim no.54)

"Ukht, ada akhwat lain yang tahu enti buat IC harini?"

"Entah la..rasanya ada bagitahu tapi time ramai-ramai la.. Kenapa?"

"Tak de la..tadi ada akhwat tanya kita pegi mana.. Pastu ana cerita la kita makan berdua tengah hari tadi sememtara nak buat IC.."

"Jadi..?"

"Akhwat kata..'Huyyoo..makan berdua sama-sama..keluar berdua sama-sama..'.."

"Apa masalahnya.. ? Kan lesen ana pun hilang.. Enti la yang kena bawa ana..Apa yang peliknya? Mesti la berdua dengan enti, lagipun kita naik motor je kan..?"

"Tak de la..sebab kita berdua je kot..macam kekasih pulak"

"Akhwat..akhwat... Tak pe la..sekarang boleh la ana selalu berdua dengan enti.. nanti belum tentu boleh sekerap ini.."

__________________________________________

Itu la namanya ukhwah.. Ta'aruf, Tafahum, Ta'awun & Takaful.. Bila ditimpa musibah, yang lain segera membantu.. Since di tarbiyah, ana bersyukur dapat mengenal sesosok tubuh bernama 'akhwat'.. Sebuah ciptaan Allah yang sungguh unik.. Tak sama memori ana bersama rakan sekolah rendah, rakan sekolah menengah, rakan di Matrikulasi hatta rakan sekuliah di Universiti..

Penah akhwat UTM di label sebagai akhwat yang syadid.. Ye ke?? Kena betulkan statement tu balik.. Mungkin akhwat sangat-sangat menjaga diri dan hati dari segala hal..

Cuba kita fikir dan renungkan..Pernah tak terlintas dalam hati & fikiran.."Letihnya layan karenah akhwat.."..?? Astaghfirullah..mungkin sang syaitan sedang berpesta meriah mencucuk-cucuk hati agar rasa cinta & kasih sayang orang beriman sesama mereka luntur.. Kata mahu jadi orang beriman..Nah..sekarang untuk berlapang dada pun susah apatah lagi impikan ukhwah sebagaimana sahabat sahabiah..

Banyak sangat memori terindah bersama akhwat sepanjang ditarbiyah pernah terlakar dalam ingatan ini.. Sehingga rumah akhwat dapat kami miliki..HADIM..(Hadiqatul Iman - Taman Iman)..

Pernah akhwat berkata..

"Sekarang la nak cipta banyak kenangan manis bersama akhwat..sementara masih bujang.. nanti mungkin kena bahagi-bahagi.."

Semoga masa yang ada..sementara HADIM masih wujud.. kita sama-sama dapat mencipta memori terindah yang bisa membasahkan hati dan ingatan ketika usia senja*..

*entah kenapa mood sedih je ni..

"Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini dicintai pada hati orang yang beriman dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman."
(H.Riwayat Muslim no.2491)

Thursday, November 4, 2010

Sekarang JAMBORI JOHOR pula..!! Jom ajak adik-adik..


Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah.. suka untuk ana kongsikan di sini kepada semua pelayar blog Satu KALIMAH Ahad.. Seperti yang diketahui, musim cuti sekolah hampir tiba.. Selain nak promosi program JAMBORI REMAJA MUSLIM NASIONAL ke-2, ana juga nak mengajak para remaja/belia yang berminat untuk sertai :

JAMBORI REMAJA MUSLIM JOHOR siri-2


pada hujung bulan ini (26-28 November 2010) anjuran KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA JOHOR (KRIM JOHOR) dan Pejabat Agama Daerah Batu Pahat.. InsyaAllah amat berguna kepada pelajar-pelajar sekolah khususnya selain dapat berkenalan dengan peserta-peserta dari daerah-daerah lain di Johor, anda juga berpeluang mentadabbur alam serta dapat meningkatkan kecergasan fizikal & spiritual..

Berminat?? Sila hubungi wakil KRIM kami yang berhampiran dengan kawasan anda:

Cikgu Ismail - 019-7533161 ( Pontian )
Sdr. Aiman- 017-8403986 ( Batu Pahat )
Ust. Zakir - 013-7004593 ( Skudai )
Ust. Safizan - 019-4717648 ( Kluang )
Cikgu Suhajar – 019-7571075 ( Kota Tinggi )
Cikgu Zul - 013-6001722 ( Muar )
Sdr. Kina – 013-7976514 ( JB )
Ustazah Syarifah - 019-7255336
Cikgu Norashiken- 013-2301580

Monday, November 1, 2010

Jom JAMBORI!!

Bismillahirrahmanirrahim..


Untuk detail lanjut, sila lawati laman sesawang http://www.jirim.net/

Cepat2!! Jom sama-sama sertai..tak rugi..
InsyaAllah...

Sunday, October 31, 2010

Sabarlah duhai hati..

Payah benar kurasakan,
menelusuri hari demi hari..
mencari cinta hakiki, yang mekar di hati insan..
bukan cinta nafsu namun cinta fitrah insani,

yang disalurkan kpd jalan yg suci..
hanya satu cara..

melalui satu ikatan yang suci,

itulah Pernikahan abadi..


Kuingini cinta itu hanya di alam pernikahan..

dan kuyakini,
cinta setelah itu
adalah cinta yg diredhaiNya..
kerana itulah syariatNya

yang MESTI kita ikuti demi meraih redha ilahi..

Allahu Rabbi..

adakah aku dipandang mundur
hanya kerana berpegang pada prinsip ini

bertegas pd kaum adam
agar iman mereka tak luntur dek kelembutan kaum hawa..
Apakah ianya salah?


Mencari pasangan hidup..

bagiku bukanlah semudah memetik jari..

apakah insan bernama wanita,

perlu menggunakan semua wataknya untuk memaut hati lelaki??

Adakah itu jalannya bagi memudahkan cara?

Sungguh pendapat itu tidak dapat kuterima!

wahai insan bernama wanita..

tetaplah teguh dirimu pada jalanNya

memenuhi semua tuntutanNya

memagar dirimu dengan malu dan taqwa

usah terpesona dengan madah berbunga
sang nafsu yg berpuaka

kerana Allah dan Rasul ada janjinya
buatmu muslimah yang memelihara diri
jangan pernah dikau ragu!
kerana janjiNya pasti BENAR!


allahu Rabbi..

sabarkanlah hatiku,
tabahkanlah jiwaku

moga pendirianku tetap teguh padaMu
sungguh ku mencari cinta hakiki
dan
aku mendambakan Kasih dan RedhaMu Tuhan..
Agar segalanya indah bersama Tuhan..

Amin3 Ya Rabbal A'lamin...



Hasil Nukilan : Musafir Dunia, 31 Oktober 2010

Monday, October 11, 2010

Gerimis Taubat

Kaki letih melangkah

Menunggu semangat tersungkur rebah

Helaan nafas lega masih belum menyingsing

Titisan dugaan kembali gerimis

Sungguh..kelelahan ini pedih menghiris


Salju bayu kasihMu ya Allah

Memadam segala keresahan

Hanyut aku dalam dakapan cintaMu

Yang ku rasa adalah ketenangan

Biar tersingkap segala gusar

Kerna ku tahu singgahnya cuma sebentar


Di hadapan ada hamparan hampa

Di hadapan juga ada musim gembira

Disebalik hutan kesedihan

Tersingkap syurga keceriaan

Tangisan ini menghumban jauh ke jurang duka

Namun di sana ada gelak tawa ria


Sesungguhnya di ribaanmu ada penawar

Pada tiap hibaan hambaMu yang sabar

Setiap analogi kehidupan telah Kau aturkan

Setiap kifarah ada ganjaran

Berlayarlah duhai kegusaran

Sungguh ku rasa manisnya iman

Ada jalur-jalur sinar di balik sang awan

Menunggu saat mengamburkan harapan

Aku sedar bahawa ya Tuhan

Tidak semua yang ku mahu

Adalah yang terbaik buatku..



Wednesday, September 29, 2010

Konvo Akhwat Lagi..


Bismillah..

Alhamdulillah selesai Majlis Konvokesyen UTM kali ke 45 beberapa hari lepas.. Satu detik yang sangat bermakna buat akhwat-akhwat UTM kerana bertambah lagi akhwat yang telah graduate . Sekadar ucapan tahniah ringkas dari ana kerana tak dapat hadir pada hari bersejarah antunna..

Buat ukhti Najm, Ukhti anazahra dan ukhti Purify...Mabruk ya ukhti! Segala susah senang, pahit getir, bergelumang dengan air mata dan keringat demi menghabiskan pengajian di UTM, akhirnya antunna dapat juga melepasinya. Moga kehidupan kalian akan lebih tersusun & lebih bermakna. Welcome to our team.. huhu..

Tuesday, September 28, 2010

Peningkatan Darjat

Ukht, cuba check suhu ana..

Tinggi ukht, 40 darjah..pegi klinik la.

Ana rasa tak larat la.. ana ingat nak gi fakulti jumpa lecturer dulu..dah buat temu janji nak minta pengesahan sijil..

Enti ada makan kambing golek ke waktu jamuan raya tempoh hari?

Tak de la..ana tak makan pun..mungkin kena hujan kot..

...............

Sejak akhir-akhir ni, banyak kali demam pulak.. Mungkin banyak dosa, Allah nak bersihkan dosa-dosa dengan beri sakit. Nak lihat hambaNya sabar dengan musibah atau tak.

Ketika sedang baring setelah makan ubat, dicapai sebuah buku; Syarah Lengkap Arba'in Ruhiyah, tertarik dengan sebuah tajuk tentang Syarat-Syarat Kelestarian Aliran Pahala Ketika Sakit. Betapa besar pahala bagi orang yang diuji dengan sakit seandainya ia mampu bersabar dengan musibah itu. Sebab itu orang kata sakit itu salah satu kafarah dosa.

Antara syarat-syarat bagi seseorang yang sakit terus mendapat pahala adalah:

1. Sabar atas musibah sakit

Kadang-kadang kita sering mengeluh bila ditimpa musibah sakit..adakala mahu marah-marah dan mengadu pada orang yang datang ziarah.

"Apa salah aku sehingga Allah menurunkan penyakit ini kepada ku?"

Sehingga ada yang lebih kronik mahu mengambil jalan pintas untuk membunuh diri dek kerana tidak sanggup menanggung derita penyakit. Na'uzubillah.. Ketidak sabaran ini lah yang menghalangi kelestarian pahala & pengampunan Allah.

Diceritakan seorang sahabiyah mencela penyakit demam yang dihadapinya, lalu Rasulullah saw besabda:

"Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana ia dapat menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana alat peniup api dapat menghilangkan karat besi." (HR. Muslim)

Abdul Malik berkata, "Setiap orang pasti akan mendapat ujian sihat, untuk dilihat apakah ia bersyukur. Atau mendapat ujian sakit, untuk dilihat apakh ia bersabar."

Rasulullah saw ada bersabda;

"Sungguh menakjubkan urusan orang Mukmin. Semua urusannya merupakan kebaikan, dan hal ini tidak terjadi kecuali pada orang mukmin. Jika mendappat kegembiraan, ia bersyukur, maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Jika mendapat kesusahan, ia bersabar, maka hal itu merupakan kebaikan baginya." (HR. Muslim)

Jadi kalau kita tak dapat bersabar bila ditimpa musibah sakit, maka kita belum layak digelar seorang mukmin. Astaghfirullah... kerdilnya diriku ya ALLAH..

2. Redha atas ketentuan Allah.
Selain bersabar, kita juga hendaklah redha dengan ketentuan yang Allah beri kepada kita. Seharusnya kita yakin bahawa dengan jalan diberi musibah sakit inilah akan terhapusnya dosa-dosa kecil kita, diangkatkan darjat serta dilipatgandakan pahala.

Rasulullah saw bersabda,

"Tidak ada seorang Muslim yang tertusuk duri, atau yang lebih ringan dari itu, melainkan diangkat baginya satu darjat dan dihapuskan darinya satu kesalahan." (HR. Muslim)

3. Tetap Menunaikan Kewajiban yang Ia Mampu
Kewajiban tetap wajib dilaksanakan. Tiada alasan untuk kita meninggalkannya hatta dilanda kesakitan.

Diriwayatkan bahawa Ubai bin Ka'ab bertanya,

"Wahai Rasulullah, apakah pahala demam itu?" Baginda menjawab, "Kebaikan akan sentiasa berjalan pada diri orang yang mengalaminya selagi tubuhnya gementar dan uratnya menegang.
Ubai berkata, "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon sakit demamkepada-Mu, yang tidak pula menghalangiku untuk berjihad di jalan-Mu, tidak pula menghalangiku untuk keluar ke Ka'bah-Mu, dan tidak pula menghalangiku untuk mendatangi masjid-Mu." Sehinggatak seorang pun menyentuh tubuh Ubai melainkan ia akan merasakan panas. Hal itu terus berlangsung hingga ia meninggal dunia." (HR. Ahmad)


Subhanallah..betapa besar pengertian musibah sakit bagi para sahabat & sahabiyah.. hinggakan sakit itu merupakan berita gembira seperti datangnya pesta untuk mereka meninggkatkan lagi amal ibadah. Tapi kita? Tidak..bukan kita tapi aku?? Astaghfirullah...kerdilnya aku ya Allah....

Jazakillahu khairan kathir pada akhwat yang menjaga ana ketika demam. Alhamdulillah, ana dah beransur sihat.. Moga musibah sakit ini menjadi peringatan bagi ana agar dapat meningkatkan lagi mutu ibadah.