Thursday, April 15, 2010

Monolog Hati



Hatiku bersenandung duka

Rintihanku pada Yang Maha Pencipta

Pada tiap malam sepertiga

Saat manusia dibuai lena

Hatiku meronta-ronta

Perasaan rinduku yang kian ketara

Munajatku padamu tak pernah ku lupa

Dalam tiap-tiap kudusnya doa

Tak sabar rasanya detik bersua


Ujian ini bukti cintamu

Pada aku hamba yang hina

Biar sakit hingga ke hulu

Namun hanya padamu tempat ku meminta

Kerna kutahu tiada suatu yang sia-sia

Datang dariMu Yang Maha Kuasa


Kubaluti hati ini

Dengan selendang putih kesabaran

Kupujuk jiwa nan suci

Dengan janji-janji Tuhan

Biarlah sedu sedan ini

Kutangisi pada yang berhak

Moga dengan rahmat dan kasihNya

Berikan ku secebis ketabahan

Kerna ku pasti segala kejadian

Telah tertulis pada lembaran buku suratan


Bermonolognya hati

Segera menginsafi

Satu persatu diselami

Banyaknya khilaf tak terperi

Kuyakinkan diri

Bahawa dugaan ini hanya gerimis pagi

Kerana pabila sinar mentari mencium dahi

Terbitlah pelangi yang dinanti


Kau sentiasa di situ

Tak pernah kemana-mana

Hanya aku yang merasa Kau jauh

Namun hakikatnya di sisi cuma

Kau sentiasa ada

Menemani ku dengan kasih yang paling dalam

Yang selalu mengiringi tidur ku yang sepi

Yang menjaga ku tika ku lemah

Yang menyambut ku bila ku tersungkur


Monolog kalbu ini menampar diri

Butanya aku dalam celik

Tersesatnya aku dalam terang

Tak pernah aku jelajah hati ini

Ternyata ada kalimah indah yang tersembunyi

Yang perlu aku cintai

Yang wajib aku imani


Kudambakan segenggam tabah

Ku harapkan sinar hidayah

Agar dapat kusulaminya menjadi tenunan yang indah

Lantaran letih menjadi hambaNya yang lemah

Melihatkan nafsu berpesta meriah

Kerana aku mudah tersungkur rebah

Tiada guna lagi menangis

Tiada guna lagi bersedih

Hanya berbekal doa yang tulus

Kupohon rahmat kasihMu

Wahai Tuhan Yang Maha Kudus



4 comments:

  1. Indahnya madahmu duhai adikku, yg ku sayang kerana Allah..
    tulusnya hatimu, membenihkan air mata ku saat ku menatap bait bicara indahmu ukhti..
    moga Allah membahagiakan hamba-hambaNya yg Mahu dekat dgnNya.. moga Allah tingkatkan iman kita.. menyatukan hati kita, hilangkan semua sengketa.. amin...

    salam rindu dari ana..

    ReplyDelete
  2. Tulusnya ana seorang yang suka mengarang puisi. Namun sejak beberapa bulan ini, ana ketandusan kata2.

    Mungkin diri tidak sepuitis dulu.

    Banyaknya dosa..Astaghfirullah...

    ReplyDelete
  3. Allahu akbar.. ana jg begitu ukhti....
    madah indh kita tidk ln hanya dr Dia yg Maha segala...
    namun jk kata-kata kita hilang seri, mungkin kita tidak sedekat tempoh lalu dgnNya, alhamdulillah kt diberi kesedaran, mk jgn lengah, ayuh sm kita lajukan langkah, raih redha dan perhatianNya...

    moga sama2 cpai yazid imani, abadan abada...insya'Allah..
    amin3 ya Rabb...

    Takbir!!!!

    ReplyDelete