Wednesday, July 14, 2010

Selingan..Cikgu oh cikgu..

Bismillah..

....................
Suatu pagi di sebuah taska..

Gu..Gu..uu..gu..

Apa? Cikgu tak faham..kamu nak apa?

Nak tu gu..nak uku, guu..nak ego..naak..

Sambil tangannya menunjuk-nunjuk buku-buku dan mainan lego yang berada di atas rak..

Oh..baru la tahu apa yang si kecil ini mahukan.. jika diterjemahkan kembali:

Cikgu..Cikgu..itu cikgu..
Apa? Cikgu tak faham..kamu nak apa?

Nak itu cikgu..nak buku, cikgu..nak lego..naak...


Kanak-kanak ini bijak..perasaan ingin tahu mereka terhadap sekitar mereka sangat tinggi..sebab itu mereka suka bermain..buat itu dan ini..

Berkomunikasi dengan kanak-kanak, perlu kurangkan kata-kata yang berunsur negatif..seperti..

"Jangan main tangga!"..Apa yang akan dia buat adalah..buat aksi kuak lentang dan turun naik tangga di situ..
"Jangan main air di bilik air!" ..Apa yang akan dia buat adalah..pasti akan jumpa dia dalam keadaan basah kuyup jika ada peluang masuk ke situ..

"Jangan lompat-lompat! Jangan lari-lari!"..Apa yang akan dia buat adalah..~dah tahu skema jawapannya kan..?~

Lumrah mereka nak cuba semua benda..maklumlah banyak jumpa perkara baru setelah muncul di dunia ini..

Pernah ada akhwat berkata,
Jangan halang dan sekat apa yang anak anda ingin lakukan supaya bila besar dia akan menjadi pahlawan Islam yang memburu musuh-musuh Islam laknatullah seperti singa yang kelaparan..

Tapi jika tidak dikawal, bimbang keselamatannya pula..hmmm..

Pernah suatu hari, salah seorang kanak-kanak tersebut mematahkan cermin matanya dengan tak sengaja kerana menyangka itu adalah alat mainannya..maka dengan rasa sebak dan marah..terkedu melihat cermin matanya dipatahkan..lantas cikgunya itu menekup muka seakan-akan sedang menangis tersedu-sedu....ketika itu..datang pula salah seorang daripada mereka datang menghampiri cikgunya dan mengusap-usap serta membelai bahu cikgu seakan-akan sedang memujuk..

Guuuu..guu.guuuu..

Terdengar pula seorang rakan mereka berkata..
Aiyoo..tak taiyoo..egu angis...Aiyoo..tak taiyooo...

Rasa kelakar pula ketika itu..sayang juga mereka pada cikgunya yang mandikan dan basuh kencing berak 5~6 hari seminggu..

Jika ada kesalahan yang dibuat, ditanya dahulu..

Sayang cikgu tak?

Ayaang...

Kalau sayang, dengar cakap cikgu boleh?

Uuleeh..

Tapi sekiranya kesalahan diulang lagi, pasti akan dapat hukuman agar tahu itu adalah satu kesalahan.

Dodoian zikir pagi dan petang setiap hari di telinga mereka menyebabkan zikir itu sudah dihafal dalam ingatan mereka..

Hasbii rabbi..Jallallah..maafiqalbi..ghairullah..nur muhammad..sollallah..laailahaillallah.. Cukuplah bagiku..Engkau ya Allah..Tiada di hatiku..melainkan Mu..Nur Muhammad..Ya Rasulallah..Tiada yang ku sembah..Selain Mu ya Allah.. Cintakan bunga..akan layu..cintakan manusia..akan mati..cintakan Allah..kekal abadi..itulah cinta, cinta yang hakiki..

Doa seorang guru:

Jadi anak yang soleh/solehah dan dengar kata ibu dan ayah ya..Amiin..

Sumayyah..


Hafizin..


Syakirin..(adiknya hafizin)


Farith..(lepas kena paksa bangun dari tido..)


Sebahagian yang sporting berposing depan kamera

Lagu favourite:

Satu..satu..sayang sayang Allah.. Dua..dua..sayang Rasulullah.. Tiga..tiga..syang ibu ayah.. 1,2, 3 sayang semuanya...

La Tahzan ya Ukhti..

Dengan Nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.
Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (Al-Hadid:22-23)

..............................................

Ukhti.. kenapa ya dengan ana semenjak dua ni..banyak perkara yang tak kena..yang ana tak alert...

Ana sedih la dengan apa yang berlaku..semalam ana nangis..

Ukht..dengan mana-mana pun ujiannya sama..inilah tarbiyah Allah pada kita..inikan apa yang enti selalu katakan pada ana.



Sebagai mana materi yang pernah diperolehi tentang tajuk "Haqiiqatul Insan" , manusia itu hakikatnya makhluk yang berada dalam fitrah (naluri beragama), lemah, jahil dan fakir. Nah..ternyata manusia pasti melakukan kesilapan dalam kehidupannya kerana manusia itu lemah..

Pasti kita pernah mendapat kritikan, kutukan, cacian atas kedhaifan kita. Justeru, pasti akan bersedih hati.. Jika kita adalah orang yang sentiasa memberi, mempengaruhi atau mengelokkan serta berusaha membina suasana harmoni, maka akan ada kritikan-kritikan yang bisa membakar telinga..

Pernah seorang akhwat berkata:

Ana ingatkan kalau kita buat baik dengan orang, orang akan buat baik dengan kita jugak..Tapi walaupun kita buat baik dengan diorang, diorang still cari kelemahan kita untuk dipertikaikan..

Buat baik pun salah, buat salah lagi la salah..tapi pada pandangan ana, buat je baik..biar apa orang nak kata kerana kita orang yang ditarbiyah. Kitalah ikon di IPT, di tempat kerja, di kawasan perumahan dan dikhalayak ramai..


Ana tertarik dengan satu kata-kata motivasi ini yang ana terjumpa bila terbaca buku "La Tahzan; Jangan Bersedih" karya Dr. 'Aidh Abdullah Al- Qarni.

Kuatkanlah jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka. Bersikaplah bagai batu batan; tetap kukuh berdiri sekalipun diterpa ketulan-ketulan salji tiap-tiap saat dan ia bahkan bertambah kukuh kerananya.

Biarlah jika mereka memilih memasukkan 'cebisan-cebisan daging busuk dan bangkai' ke mulut mereka sendiri tetapi kita teruskan prinsip dan akhlak sebagai seorang Muslim.

2 faktor yang menggolakkan perasaan dan emosi manusia:
  1. Kegembiraan yang memuncak
  2. Musibah yang dahsyat
Dalam sebuah hadist Rasulullah bersabda, “sesungguhnya aku melarang dua macam ucapan yang bodoh lagi tercela: keluhan tatkala mendapat nikmat dan umpatan tatkala mendapat musibah."

Alah..dia isi minyak kereta aku 3 ringgit je..dah la guna lama, ingatkan isi RM10 ke...bla..bla..

Tu la..aku dah pesan kat dia supaya tak yah gi..kan dah kena..bla...bla..

Apa reaksi kita kalau kena marah tau kena perli?? Pergh.. pastinya barasap telinga.. Tapi lain pula bagi orang yang khusyuk dalam solat sebab merekalah orang yang mampu berdiri seimbang ketika dilanda ombak kesedihan dan luapan kegembiraan yang meninggi. Cool je.. Kan solat itu mencegah diri dari perkara keji dan mungkar..

Bila ada akhwat kita tegur kita ni tak serius lah..tak banyak bekorban la...tak matang la...kita pun tarik muka, sedih dan sempit dada...tapi kita tak bersyukur kerana ada orang yang caring dan prihatin pada kita..teguran itu sebenarnya tanda dia sayangkan kita..

Akhir kata, jangan bersedih dengan musibah, cubaan, kritikan, cemuhan dan amarah orang lain terhadap kita. Yang penting take it positively. Ada satu kata-kata daripada At-Tanukhi:

"Tenanglah kamu, ramai orang yang sudah mengalami seperti ini sebelum kamu.."

Manusia sebelum kita sudah melalui apa yang kita lalui
dan mengalami derita yang kita rasai
Mungkin engkau melakukan perbuatan baik malam harinya
namun kemudian engkau kotori kebaikanmu itu
Ini adalah hukum alam, yang sudah berjalan sejak dahulu..

Nukilan khas untuk mu ukhti..

USAH BERSEDIH...


Duhai teman

Mengapa perlu kau bersedih?

Usahlah kau gusar

Usahlah kau bebani bahumu yang lembut itu

Dengan urusan dunia yang tak pernah sudah

Dunia sememangnya begitu

Kau bukanlah insan yang perkasa

Yang mampu menanggung segala

Ketahuilah bahawa

Bukti ALLAH itu menyayangimu

Adalah melalui ujianNya


Maka gembiralah

Senandungkanlah hatimu yang parah

Dengan zikir dan sifat mahmudah

Ombak ujian yang datang silih berganti

Tanda dirimu insan pilihan Ilahi

Maka tidak akan dirimu teruji

Melampaui kemampuan dirimu sendiri

Malah akan tersedia di hadapanmu nanti

Segunung pahala tertinggi

Mahligai indah di syurga menanti

Kerana laluan menuju Tuhanmu

Tidak pernah sunyi daripada cubaan

Tidakkan dibiarkan hambanya itu

Hidup lena dan leka dalam nikmat dan anganan

Telah terhidang di hadapan

Keperitan dan ujian menunggu giliran

Lantaran jalannya penuh dengan duri dan halangan

Maka maralah ke hadapan

Semoga diakhirnya nanti kan beroleh kemenangan


Munajatlah pada Yang Satu

Pasti kau temui ketenangan yang hilang

Campaklah jauh kenangan pahitmu itu

Biar ia menjadi sejarah yang tak terulang

Dan berjalanlah di atas kilauan cahaya

Dalam ikhlas tulusnya doa

Mohon terhapus segala hijab dan dosa

Sambil bertasbih mengingati ALLAH

Kerana di situ kau kan temui sakinah

Dari Yang Maha Pemberi hidayah


Dendangkanlah lagu keinsafan

Tuailah rahmatNya bersama roh perjuangan

Majulah dengan segenap kemampuan

Suburkanlah harapan

Kerana ujian adalah prosses kehidupan


Maka lukislah satu lembaran indah

Secerah pawana yang indah merona

Dan coraklah ia dengan detik-detik bahagia

Kerana ujian itu penghapus dosa

Hiduplah dengan mencari redha-Nya

Pabila tiba saat suatu ketika

Pasti kau temui juga Yang Maha Pencipta

Tangisan kesyukuran kerinduan melata

Tiada ungkapan setanding bahasa

Dapat menterjemah apa yang di minda

Di situ kulihat kau tersenyum gembira

Tanda syukur dan tanda redha

Alhamdulillah

Pujian pada Yang Esa

Lahirmu kini mujahidah berjaya