Satu KALIMAH Ahad!!
Dalam tiap seruan, Dalam tiap hembusan nafas, Hati ini hanya mengajak pada SATU KALIMAH..
Thursday, July 28, 2011
Ramadhan Tiba Lagi.
Saturday, July 2, 2011
Bagaimana Mahu Orang Lain Sukakan Kita?

Thursday, June 30, 2011
Ta'aruf

Tuesday, March 15, 2011
Siapa kuat?
Dikisahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Ahmad;
Tatkala Allah swt menciptakan Bumi, maka Bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata Bumi pun diam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya,
"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?"
Allah menjawab, "Ada, iaitu BESI."
(kita maklum bahawa gunung batu pun bisa menjadi rata ketika diluluhratakan oleh buldoser atau yang sejenis dengannya yang bahan asas buatannya adalah besi.)
Para malaikat pun kembali bertanya,
"Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?"
Allah Yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu API."
(Besi boleh menjadi cair dan mendidih jika dikenakan haba (api) yang sangat tinggi).
Bertanya kembali para malaikat,
"Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?"
Allah menjawab, "Ada, iaitu AIR."
(Api yang marak menyala pun, niscaya akan padam jika disirami oleh air).
"Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?" Kembali bertanya para malaikat."
Allah menjawab, "Ada, iaitu ANGIN."
(Air di lautan luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang sangat dahsyat, mengumbang-ambingkan kapal dan perahu yang tengah belayar, tiada lain kerana dahsyatnya kekuatan angin. Ternyata angin memiliki kekuatan yang amat dahsyat)
Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi,
"Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu?"
Allah yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa menjawab, "Ada, iaitu AMAL ANAK ADAM yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."

Ini bermaksud, orang yang paling hebat dan paling kuat adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur riak ataupun keinginan untuk diketahui oleh orang lain.
Inilah gambaran yang Allah berikan kepada kita bagaimana seorang hamba yang ternyata mempunyai kekuatan yang luar biasa adalah hamba yang bersedekah, tetapi tetap ikhlas. Kerana naluri kita sebenarnya selalu rindu akan pujian, penghormatan, penghargaan dan ucapan terima kasih. Kita pun selalu teringin untuk mempamerkan segala apa yang ada pada diri kita ataupun segala apa yang mampu kita lakukan. Apalagi kalau yang ada pada diri kita atau sedang kita lakukan itu berupa kebaikan.
Jadi sahabat sekalian..Orang yang ikhlas adalah orang yang mempunyai kekuatan, ia tidak akan kalah pada tuntutan hati yang barangkali telah dihasut sang syaitan.. Allahuakbar.
rujukan: A.Agym
Sunday, January 23, 2011
Cuti Panjang..
Bismillahirrahmanirrahim...Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menciptakan diriku serta Tuhan yang menciptakan seluruh alam. Dengan segala kasih sayang yang telah Dia kurniakan, ana masih mampu mengecap sebahagian nikmat yang telah Dia limpahkan buat diri ana.
Tidak berharap menulis panjang, sekadar memohon doa pada pelayar blog Satu KALIMAH Ahad!! agar majlis akad nikah dan walimatul urus ana pada 30hb Januari 2011 di Perak dan 6hb Februari 2011 di Seremban ini berjalan lancar. Mohon doa agar diberi keberkahan dalam ibadah yang sangat-sangat dituntut oleh Rasulullah saw ini.
Oleh itu, blog ana akan bercuti selama 3 minggu.
Afwan kathir..
Wallahu'alam..
Thursday, January 13, 2011
Masa itu semakin dekat..
Daripada Anas ra berkata, Rasulullah saw bersabda;
“Tidak akan terjadi qiamat hinggalah masa menjadi singkat, masa setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api.”
(HR Tirmizi)
Perkongsian bualan seorang akhwat kepadaku..
“Tak sangkakan ukht, kita dah tempoh jalan tarbiyah ni sampai saat ini.. Kalau diingat kembali detik-detik suka duka, pahit getir yang dah kita lalui hingga Alhamdulillah Allah masih kekalkan kita di atas jalan tarbiyah, di atas jalan dakwah ini..ish..bukan mudah..
Daripada terikut gi taklim, pastu tetiba masuk halaqah, pastu jadi murobbiyah, pastu dapat amanah tuk pegang jawatan dalam medan dakwah dan seterusnya hingga sekarang..
Sedar tak sedar dah berapa tahun dah rupanya..cepat benar masa berlalu..Tapi usia tarbiyah bukanlah menentu segala-galanya. Kematangan dalam menghadapi sesuatu masalah dalam hidup mahupun dalam dakwah bergantung pada kefahaman diri sendiri.
Ada yang dah lama ditarbiyah namun tahap kefahamannya masih seperti ditahap seperti baru disentuh tarbiyah. Namun ada juga yang cepat matang dari segi gerak kerjanya dalam dakwah mahupun dalam kehidupan. Semuanya atas kehendak Allah Ta’ala dan pastinya bertitik tolak daripada kesungguhan dan keinginannya untuk terus memajukan diri."
Ketika membelek-belek risalah-risalah terjumpa pula sebuah hadith tentang ilmu agama akan beransur-ansur hilang.
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash ra berkata:
Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “Bahawasanya Allah tidak akan mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila , pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka akan sesat dan menyesatkan orang lain.”
(HR. Muslim)
Setelah masa akan disingkatkan, Allah akan menguji kita dengan kematian sumber rujukan (alim ulama). Na’uzubillahi min zalik..Moga kita tidak berada pada saat dan ketika dunia dilanda fitnah besar.. Kemungkaran melata, yang memimpin menyesatkan pimpinannya..
“…dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.” (25:74)
Seperti kata ex-murobbiyah tercintaku,
“Bacalah buku, ukhti..Banyakkan membaca buku..Terutamanya buku sirah. Kita meneruskan hidup ini dengan melihat sirah-sirah Rasulullah dan sahabat sahabiah terdahulu. Dalam meniti usia tarbiyah dan jalan dakwah ini, harus membekalkan diri dengan ilmu. Tanpa ilmu kita akan binasa.”
Jadi, jom kita marathon membaca lebih banyak buku supaya tsaqafah kita meningkat. Antara salah satu ciri-ciri keperibadian muslim bukankah luas pengetahuannya..?
Memetik kepada satu kata-kata:
Waktu terkadang dirasakan cepat bagi yang gundah gulana dan dirasakan pendek bagi yang sedang menikmati kesenangan..
Sementara masih ada waktu yang Allah sisakan buat kita di dunia ini, moga dapat kita manfaat dengan baik kerana kelak kita akan ditanya dengan apa masa kita dihabiskan..? Dengan blogwalking kah? Dengan facebooking kah? Dengan chatting YM @ Gtalk kah? Dengan menonton video di Youtube kah? Astaghfirullah.. Peringatan keras buat diri sendiri yang selalu leka.. Astaghfirullahal ‘azim.. Astaghfirullahal ‘azim.. Astaghfirullahal ‘azim.. Betulkan niat kembali..
Masa itu semakin mendekat dengan kematian dan hari kiamat..
Sunday, January 2, 2011
Sentuhan Seorang Abah..
Sebuah nukilan buat para bapa khususnya buat abah ana yang menyambut ulangtahun kelahiran pada 1 Januari 2011.. Semoga abah sentiasa sihat dan dilindungi Allah selalu. Semoga panjang umur dan nikmat umur yang Allah beri dapat digunakan dengan sebaiknya..
Seribu kedutan diraut wajahmu
Ku tatap penuh syahdu..
Ternyata rinduku padamu abah
Hanya Tuhan yang tahu
Segala pengorbananmu
Kusanjung hingga tingkat yang terulung
Jerih dan peritmu kau lindung
Daripada pandangan manja anak-anakmu
Kaulah penjagaku wahai abah..
Indah sekali kasih sayang yang kau curahkan
Ingin sekali ku lakarkan potretmu di istana langit ketujuh
Biar sahaja rakyat kayangan cemburu
Kerna kau bagi ku
Adalah sesosok tokoh unggul.
Berguguran dedaunan rahmat kasih Ilahi
Nyaman saat singgah di pipiku
Tanpaku sedari
Ada mutiara-mutiara panas membasahi..
Lantas..
Seraut wajah itu menjelma kembali
Ku bersyukur kerana dapat mencuit secalit kenangan bersamamu
Kerana rasa cintamu jualah
Aku mengenal dunia untuk mengejar cinta Ilahi
Dan menyayangimu buat bekalan menuju firdausi
Aku senang dalam jagaan mu abah..
Terasa syahdu bila sekuntum ciuman singgah di dahiku
Kau bilang padaku
“Jadi anak yang solehah ya anakku..”
Azimat itu kupegang semat..
Kupikul erat
Ku ikat ketat-ketat.
Ku senandungkan puisi ini
Buat pelepas rindu yang terisi
Pada satu sudut istemewa di sanubari
Kaulah ayah mithali
Kan ku bawa kasih sayang yang dihulur ini
Buat pendampingku nanti
Perjalanan menuju Ilahi
Wahai abah tersayang
Semoga dapat ku bawa dirimu
Menjejaki taman firdausi
Merasa nikmat haruman syurgawi
Bersemayam di singgahsana abadi
Saat hidup yang tiada mati
Saat rahmat Allah mencurah-curah tidak terperi
Sebuah lagu buat abah yang merupakan lagu kegemaran anak mu ini..Sayang abah..
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu
Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak apalagi rasa terdera
Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa
Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

