Sunday, October 31, 2010

Sabarlah duhai hati..

Payah benar kurasakan,
menelusuri hari demi hari..
mencari cinta hakiki, yang mekar di hati insan..
bukan cinta nafsu namun cinta fitrah insani,

yang disalurkan kpd jalan yg suci..
hanya satu cara..

melalui satu ikatan yang suci,

itulah Pernikahan abadi..


Kuingini cinta itu hanya di alam pernikahan..

dan kuyakini,
cinta setelah itu
adalah cinta yg diredhaiNya..
kerana itulah syariatNya

yang MESTI kita ikuti demi meraih redha ilahi..

Allahu Rabbi..

adakah aku dipandang mundur
hanya kerana berpegang pada prinsip ini

bertegas pd kaum adam
agar iman mereka tak luntur dek kelembutan kaum hawa..
Apakah ianya salah?


Mencari pasangan hidup..

bagiku bukanlah semudah memetik jari..

apakah insan bernama wanita,

perlu menggunakan semua wataknya untuk memaut hati lelaki??

Adakah itu jalannya bagi memudahkan cara?

Sungguh pendapat itu tidak dapat kuterima!

wahai insan bernama wanita..

tetaplah teguh dirimu pada jalanNya

memenuhi semua tuntutanNya

memagar dirimu dengan malu dan taqwa

usah terpesona dengan madah berbunga
sang nafsu yg berpuaka

kerana Allah dan Rasul ada janjinya
buatmu muslimah yang memelihara diri
jangan pernah dikau ragu!
kerana janjiNya pasti BENAR!


allahu Rabbi..

sabarkanlah hatiku,
tabahkanlah jiwaku

moga pendirianku tetap teguh padaMu
sungguh ku mencari cinta hakiki
dan
aku mendambakan Kasih dan RedhaMu Tuhan..
Agar segalanya indah bersama Tuhan..

Amin3 Ya Rabbal A'lamin...



Hasil Nukilan : Musafir Dunia, 31 Oktober 2010

2 comments:

  1. ya Allah berilah segenap kekuatan bua ukhti yg ku sayangi ini..teguhkanlah dia dgn kesabaran...tajamkan nalurinya. peka kan gerak hatinya.. moga langkah2 nya mnuju redhaMu...

    ReplyDelete
  2. ana copy nukilan ni dari blog sorang akhwat yang ana sangat sayang & rindu sekali.. moga doa mu ini sampai padanya juga..amin..

    ReplyDelete