Monday, May 10, 2010

Satu Kerinduan, Sebuah Kasih Sayang..

Bismillah...

Pada suatu hari di dalam sebuah komuter yang menuju ke stesen komuter Seremban, ada dua orang akhwat merangkap murobbiyah sekolah dalam perjalanan pulang ke medan masing-masing sedang berhimpit-himpit dengan orang ramai yang juga menggunakan kemudahan komuter itu. Dikesempatan itu waktu yang ada, mereka gunakan untuk berkongsi pengalaman dan strategi dakwah di medan masing-masing..

Akhwat ini sangat sayangkan anak-anaknya, hinggakan setiap kali berjumpa pasti ia akan menyebut-nyebut perihal anak-anak halaqahnya..

"Ish..tak sabar kite nak jumpa anak-anak halaqah kite petang ni.."

"Enti buat halaqah juga petang ni? Sempat ke sampai?"

"Ha'ah, ana buat jugak. Kalau tak sempat, datang sekejap ziarah pun tak pe..Kite dah rindu sangat kat diorang ni.."

"Ukhti, setiap kali ana jumpa enti pasti enti akan cerita tentang anak-anak enti.. Mesti diorang pun sayang sangat pada enti kan? Ana boleh nampak time IIC lepas.."

..................................................

Pertama kali ana lihat seorang murobbiyah yang sangat committed dan gembira dengan statusnya sebagai murobbiyah sekolah sehinggakan ia terkenal dikalangan akhwat lain yang tersangat sayangkan medan dakwah dan anak-anak halaqahnya.

Betapa sayangnya ia pada medannya sehinggakan jika ia sedang mengatuk dan tiba-tiba mendengar akhwat bercerita tentang medannya, terus celik dan bersinar-sinar matanya.. (^_^)

Untuk mencapai sasaran halaqah, seorang murobbi/ah itu harus bekerjasama dengan anak-anak halaqahnya. Kerjasama inilah yang membuahkan ukhwah Islamiyah yang indah. Betapa ramai orang yang tidak dapat merasakan manisnya ukhwah. Namun dengan menjadi murobbi/ah, seorang Muslim itu berpeluang untuk merasainya.

Daripada Miqdam bin Ma'di Kariba r.a, Nabi saw bersabda.
"Apabila seseorang insan mengasihi saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihinya."
(HR Abu Daud dan al-Tirmizi)


* Tiba-tiba rasa sangat rindu pada anak-anak halaqah. Mudah-mudahan mehnah yang datang segera berlalu pergi..

4 comments:

  1. salam ukhti, sangat rindu untuk naik komuter ke seremban. selalu naik masa matrik dulu. bestnye akhwat tu. dapat rasa roh dakwah itu sendiri. teringat kat murobbiah ana dulu. sanggup ulang-alik dari nilai ke kuala pilah.

    perkongsian yang baik ukthi.
    ~teruskan berkarya dengan hati..insyaAllah..=)

    ReplyDelete
  2. Jazakillah ya ukhti, ana pun rindu untuk jadi seperti akhwat tersebut..

    Semoga Allah merahmati murobbiyah enti kerana berjaya mentarbiyah enti.. =))

    Doakan agar dapat terus istiqomah..

    ReplyDelete
  3. salam'alaik.
    huuuu..

    teringat murabiah2 dahulu...

    ReplyDelete
  4. umat muhammad..murobbiah kita tu !! ana teringat saat malam dari nilai ke Upm x silap..ana x ingat ke mana kita pergi..dan ana x perasan siapa bersama ana..saat itu murobbiah kecintaan kita itu suruh hafaz surah as-saff..

    daurah syuro rasanya....ke Ukm tu..sweet nya ~

    ana pernah rasa jadi murobbiah yang perlu ke pilah..sangat jauh rupanya dan sangat perlukan komitmen dan wang yang padu..

    inni..oh rindu juga murobbiah..

    ReplyDelete