"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (Al-Hadid:22-23)
Ana sedih la dengan apa yang berlaku..semalam ana nangis..
Ukht..dengan mana-mana pun ujiannya sama..inilah tarbiyah Allah pada kita..inikan apa yang enti selalu katakan pada ana.
Pasti kita pernah mendapat kritikan, kutukan, cacian atas kedhaifan kita. Justeru, pasti akan bersedih hati.. Jika kita adalah orang yang sentiasa memberi, mempengaruhi atau mengelokkan serta berusaha membina suasana harmoni, maka akan ada kritikan-kritikan yang bisa membakar telinga..
Pernah seorang akhwat berkata:
Ana ingatkan kalau kita buat baik dengan orang, orang akan buat baik dengan kita jugak..Tapi walaupun kita buat baik dengan diorang, diorang still cari kelemahan kita untuk dipertikaikan..
Buat baik pun salah, buat salah lagi la salah..tapi pada pandangan ana, buat je baik..biar apa orang nak kata kerana kita orang yang ditarbiyah. Kitalah ikon di IPT, di tempat kerja, di kawasan perumahan dan dikhalayak ramai..
Ana tertarik dengan satu kata-kata motivasi ini yang ana terjumpa bila terbaca buku "La Tahzan; Jangan Bersedih" karya Dr. 'Aidh Abdullah Al- Qarni.
Biarlah jika mereka memilih memasukkan 'cebisan-cebisan daging busuk dan bangkai' ke mulut mereka sendiri tetapi kita teruskan prinsip dan akhlak sebagai seorang Muslim.
2 faktor yang menggolakkan perasaan dan emosi manusia:
- Kegembiraan yang memuncak
- Musibah yang dahsyat
Alah..dia isi minyak kereta aku 3 ringgit je..dah la guna lama, ingatkan isi RM10 ke...bla..bla..
Tu la..aku dah pesan kat dia supaya tak yah gi..kan dah kena..bla...bla..
Apa reaksi kita kalau kena marah tau kena perli?? Pergh.. pastinya barasap telinga.. Tapi lain pula bagi orang yang khusyuk dalam solat sebab merekalah orang yang mampu berdiri seimbang ketika dilanda ombak kesedihan dan luapan kegembiraan yang meninggi. Cool je.. Kan solat itu mencegah diri dari perkara keji dan mungkar..
Bila ada akhwat kita tegur kita ni tak serius lah..tak banyak bekorban la...tak matang la...kita pun tarik muka, sedih dan sempit dada...tapi kita tak bersyukur kerana ada orang yang caring dan prihatin pada kita..teguran itu sebenarnya tanda dia sayangkan kita..
Akhir kata, jangan bersedih dengan musibah, cubaan, kritikan, cemuhan dan amarah orang lain terhadap kita. Yang penting take it positively. Ada satu kata-kata daripada At-Tanukhi:
dan mengalami derita yang kita rasai
Mungkin engkau melakukan perbuatan baik malam harinya
namun kemudian engkau kotori kebaikanmu itu
Ini adalah hukum alam, yang sudah berjalan sejak dahulu..
Nukilan khas untuk mu ukhti..
USAH BERSEDIH...
Duhai teman
Mengapa perlu kau bersedih?
Usahlah kau gusar
Usahlah kau bebani bahumu yang lembut itu
Dengan urusan dunia yang tak pernah sudah
Dunia sememangnya begitu
Kau bukanlah insan yang perkasa
Yang mampu menanggung segala
Ketahuilah bahawa
Bukti ALLAH itu menyayangimu
Adalah melalui ujianNya
Maka gembiralah
Senandungkanlah hatimu yang parah
Dengan zikir dan sifat mahmudah
Ombak ujian yang datang silih berganti
Tanda dirimu insan pilihan Ilahi
Maka tidak akan dirimu teruji
Melampaui kemampuan dirimu sendiri
Malah akan tersedia di hadapanmu nanti
Segunung pahala tertinggi
Mahligai indah di syurga menanti
Kerana laluan menuju Tuhanmu
Tidak pernah sunyi daripada cubaan
Tidakkan dibiarkan hambanya itu
Hidup lena dan leka dalam nikmat dan anganan
Telah terhidang di hadapan
Keperitan dan ujian menunggu giliran
Lantaran jalannya penuh dengan duri dan halangan
Maka maralah ke hadapan
Semoga diakhirnya nanti kan beroleh kemenangan
Munajatlah pada Yang Satu
Pasti kau temui ketenangan yang hilang
Campaklah jauh kenangan pahitmu itu
Biar ia menjadi sejarah yang tak terulang
Dan berjalanlah di atas kilauan cahaya
Dalam ikhlas tulusnya doa
Mohon terhapus segala hijab dan dosa
Sambil bertasbih mengingati ALLAH
Kerana di situ kau kan temui sakinah
Dari Yang Maha Pemberi hidayah
Dendangkanlah lagu keinsafan
Tuailah rahmatNya bersama roh perjuangan
Majulah dengan segenap kemampuan
Suburkanlah harapan
Kerana ujian adalah prosses kehidupan
Maka lukislah satu lembaran indah
Secerah pawana yang indah merona
Dan coraklah ia dengan detik-detik bahagia
Kerana ujian itu penghapus dosa
Hiduplah dengan mencari redha-Nya
Pabila tiba saat suatu ketika
Pasti kau temui juga Yang Maha Pencipta
Tangisan kesyukuran kerinduan melata
Tiada ungkapan setanding bahasa
Dapat menterjemah apa yang di minda
Di situ kulihat kau tersenyum gembira
Tanda syukur dan tanda redha
Alhamdulillah
Pujian pada Yang Esa
No comments:
Post a Comment