Kisah ini ana ambil dari kisah adaptasi seorang akhwat yang ana segani.. Antara banyak-banyak kisah perjalanan dakwahnya di sana, ini adalah kisah yang paling menyentuh hati ana..
_______________________________________________________________________
Senja yang suram membuatkan hatinya diselimuti kebimbangan..
“Ya Allah, moga engkau sentiasa memelihara murobiahku, aku harus yakin.. “ bisiknya perlahan..
Sudah berkali- kali dia menelefon ukhti syuhada, Murobiah tercinta yang pergi menghalaqahkan adik2 di sebuah sekolah yang agak jauh, tapi hanya suara operator yg menjawab. Jam sudah menunjukkan waktu 11 malam. Sepatutnya dia pulang jam 8 malam lagi.,
assalamualaikum, ukhti kenapa ni, resah nampaknya.. teguran ukhti nur mengejutkannya..
ukhti, hati ana ni bimbang rasanya.. murobiah kita, ukhti syuhada belum pulang2 lagi. Katanya jam 8 akan sampai.. tapi sekarang..
jalan sekitar sana, bahaya, gelap.. ana bimbang motorsikalnya..
ana tau ukhti syuhada tak punya duit, dia belum makan lagi hari ni. Siang tadi tak nak dia terima pemberian ana..
ukhti nur memegang tangannya. “ukhti, bertenanglah, sama-sama kita doakan agar Allah tak lepas menjaganya..“
“ukhti ana nak pergi mencari ukhti syuhada.. ukhti tunggu di sini.“ Pantas saja ukhti fida melangkah untuk mencari ukhti syuhada..
Dicarinya di bilik akhwat lain, di blok, surau, dan tempat parking. Tapi tak jua ade..
Terus dia memecut motorsikalnya ke tempat lain..
Jam sudah menunjukkan jam 12 malam.. dia melihat di perkarangan masjid.. tidak ada apa2 kenderaan. Tapi entah kenapa kuat hatinya untuk berhenti di situ..
Pantas dia berjalan masuk ke masjid.
Kasut !! dia yakin itu kasut ukhti syuhada..
Perlahan dia melangkah masuk ke ruang solat perempuan.. dia melihat, jauh di sudut sana, seseorang sedang bersujud. Yakin sekali itu murobiahnya.
Dia duduk di belakang menunggu.. dia melihat murobiahnya sedang berdoa..
Perlahan dia mendekati, duduk di belakang murobiahnya..
“ Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata., Ya Allah terimalah segala amal kami, ikhlaskan aku dan akhwat2 untuk berbuat keranamu,. Dan kuatkanlah anak-anak halaqahku untuk menempuh jalan ini. ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau. Ya Allah, biar apapun ujian yang datang, tetapkanlah hati kami di jalan tarbiah ini, hanya kepadamu aku berserah dan mohon pertolongan. Ya Allah, moga Engkau mengurniakan jannahmu kepada kami di akhirat kelak. ameen"
Sebak jua rasanya hati ini.. ukhti besarnya harapan ukhti pada kami..
“ukhti,“ aku memanggil murobiahku..
“maafkan ana.“ Aku memeluknya erat..
"Kalau ukhti nak masuk jannah, jangan tinggalkan ana." Terharu rasanya ukhti fida..
“insyaallah ukhti, maafkan ana juga.. doakan untuk kita bersama”. Ukhti syuhada jua sangat terharu. tidak pernah terbayangkan ada orang yang akan berkata begitu kepadanya.
_____________________________________________________________________________
InsyaAllah, mungkin boleh dikongsikan di sini bahawa menjadi seorang Mutarobbiah apatah lagi menjadi seorang Murobbiah adalah perkara yang terindah yang dialami oleh seorang da'i.. Ketulusan dan keikhlasan seorang murobbiah itu pasti memberi kesan yang amat mendalam kepada 'anak-anaknya'.
Ana bukanlah seorang yang pandai berkata-kata mahupun bijak bermain dengan kata-kata untuk merungkaikan menjadi ayat yang indah dalam menterjemah erti tarbiyah dan dakwah, namun jujurnya jalan ini telah banyak mengajar erti kehidupan dan kasih sayang. Hanya orang yang melalui dan mengalaminya akan merasai apa yang ana dan akhwat lain rasai..
Terkadang dalam doa seorang murobbiah itu, pengharapannya pada Islam, pada ummah dan pada dakwah melebihi kebutuhan pengharapan pada kebahagian personal dirinya sendiri.
Sesungghnya, Beginilah Jalan Dakwah Mengajarkan Kami erti sebenarkan kehidupan yang bahagia...
salam,
ReplyDeletetersentuh membaca entry ni..perkongsian yang mengintrospek diri agar semakin ikhlas dan cinta dgn dakwah...seorang murobbiah itu sering memikirkan permsalahan ummat,binaan kebawahnya serta selalu berpikir untuk sentiasa memberi2 dan memberi..memberi erti kata berjuang sehabis baik untuk dakwah hanya untk mencari redha Allah...
salam ukhti- jazakillah siarkan cerpen ana. moga bermanfaat
ReplyDeletehehe- tak pandai menulis pun- juz true story..
Alhamdulillah
ReplyDelete