Tuesday, December 22, 2009

Refreshment..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. syukur kerana Allah masih mengurniakan cinta dan kasih sayangNYA buat penulis.. Ingin diimbas kembali, ketika bercuti di kampung merupakan waktu yang paling mencemaskan namun adakalanya merupakan waktu yang paling indah..

Sudah lama tidak menulis entri, jari jemari ini agak sedikit kekok untuk menarikan perkataan dalam niat untuk sama-sama mengajak pembaca bermuhasabah sebentar..

Alhamdulillah juga, penulis telah melalui detik-detik yang mencemaskan ketika cuti (iaitu ketika menyemak keputusan peperiksaan semester 1 09/10)...

Bermula kembali ke negeri paling selatan di Malaysia, penulis perlu lebih teliti dalam merancang masa depan. Ini kerana jika dibandingkan dahulu, dakwah tertumpu hanya pada medan internal. Namun sekarang, medan dakwah sudah semakin meluas kerana ditambah lagi sekarang dakwah kepada masyarakat.

Bila dapat keluar dari UTM dan mempunyai rumah sewa sendiri di luar, cabarannya lebih besar. Apatah lagi profesion sekarang bukan lagi sebagai seorang pelajar tetapi sebagai pekerja & pengajar.

Jika tidak mempersiapkan bekalan iman sebelum menempuh suasana baru dalam hidup sekarang serta tanpa ada planning yang kukuh, penulis pasti jalan dakwah dan ranjau kehidupan mendatang pasti akan lebih sukar.

Sempena Maal Hijrah yang baru berlalu, ayuh sama-sama kita mengukuh & memperjelaskan lagi matlamat dan sasaran dalam kehidupan. Sedarlah, kita bukan lagi kanak-kanak yang hanya tahu bermain tanpa menghiraukan perkara disekeliling. Tapi kitalah golongan pemuda yang telah diberi Allah akan HidayahNYA, supaya dapat membimbing serta menunjuki arah bagi yang masih ramai di luar sana. Jangan menjadikan alasan 'KITA TAK PUNYA TAULIAH atau sijil khusus' sebagai kekangan dalam meneruskan rantai-rantai perjuangan dakwah Rasulullah saw.

Penulis sekadar ingin mengkoreksi diri, mengapa kita yang sentiasa diberi peluang, demi peluang, demi peluang oleh Allah swt selalu mensia-siakan peluang itu? Mengapa kita tak mahu berubah setelah banyak nikmat yang telah Allah swt berikan? Jangan sampai kita menjadikan kelemahan dalam akademik menjadi fitnah & hijab pada dakwah..

................Astaghfirullahal 'azim......

Semoga Allah masih mensisakan nikmatnya biarpun kita sentiasa mensia-siakannya. Semoga Allah masih menjaga kita biarpun setiap hari kita bermaksiat kepadaNYA..

Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment