
"Ukhti..pernah tak enti rasa letih dalam meyusuri jalan dakwah ni..?"
"Hmm....Biasa la tu ukht, pasti ana pernah merasainya.. Wajar la kita rasa begitu sebab kita hanya manusia. Manusia yang lemah. Ada ketika iman kita naik, ada ketika iman kita jatuh..
Tapi ukht, itulah hakikat dakwah. Hakikat perjuangan.. Itu yang dikatakan sunnah orang berjuang. Jalan ni sangat perit, susah, dihiasi dengan air mata. Tapi haruslah air mata itu ditujukan kerana takut akan azab api neraka Allah dan bukannya merintih kerana dunia.
Ana sangat suka satu kata-kata ni.. "nak masuk Syurga bukan mudah"...
Ada benda yang perlu kita bayar untuk dapatkannya.. Seperti lirik lagu 'Sunnah Orang Berjuang.'
Ana nyanyikan khas buat enti ye..
Berjuang memang pahit.. Kerana syurga itu manis Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar Bukan sedikit pedih yang ditagih Berjuang ertinya terkorban Rela terhina kerna kebenaran Antara dua jadi pilihan. Dunia yang fana atau syurga..
InsyaAllah, pertolongan Allah itu kan dekat...Yang penting kita berbaik sangka padaNya.. Ana ada satu nukilan yang ana nak dedikasikan buat enti khususnya buat diri ana juga.."
Kaki letih melangkah
Menunggu semangat tersungkur rebah
Helaan nafas lega masih belum terhembus
Titisan dugaan kembali gerimis
Kelelahan ini pedih menghiris
Salju bayu kasihMu ya Allah
Memadam segala keresahan
Hanyut aku dalam dakapan cintaMu
Di hadapan ada hamparan hampa
Di hadapan juga ada musim gembira
Disebalik hutan kesedihan
Tersingkap syurga keceriaan
Tangisan ini menghumban jauh ke jurang duka
Namun di sana ada gelak tawa ria
Sesungguhnya di ribaanmu ada penawar
Pada tiap hibaan hambaMu yang sabar
Setiap analogi kehidupan telah Kau aturkan
Setiap kifarah ada ganjaran
Pekat malam kesusahan pasti tersingkap
Ada jalur-jalur sinar di balik awan kelabu
Menunggu saat mengamburkan harapan
Aku sedar bahawa ya Tuhan
Tidak semua yang ku mahu..
Apa yang Allah telah ambil dari kita, pasti akan Dia gantikan dengan lebih baik.. Yang penting, teruskan mujahadah.. Berbuat hanya kerana Allah dan saling menguatkan antara kita.."
"Jazakillah ya ukht, sama-sama kita berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran.. InsyaAllah, ayuh berbuat lillahi ta'ala.."
Salam tautan ukhwah ya ukht
ReplyDeleteJalan dakwah sememangnya sukar dan pahit..Tapi yakinlah, natijah disana amat indah, manis , sukar untuk dibayangkan.
Buat jiwa2 yang berjalan menyelusuri jalan dakwah, bersabarlah atas mehnah ujianNYA, itu hanya tak lain tak bukan untuk memntapkan hati kita.
Moga kita thabat dijalanNYA.aamin