Monday, February 23, 2009

BBQ Ukhwah

Benar apa yang tertulis dalam surat cintaNya.. “Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan..” (Al- Insyirah: 5,6)

Diulang ayatnya sehingga kedua kali..betapa janji Allah itu tak pernah mengecewakan.. ayat itu jualah menjadi penguat semangat kala dugaan datang bertimpa-timpa..

Sesungguhnya segala perancangan manusia tak akan mengatasi perancangan Sang Pencipta.. Sedangkan penciptaan kita Dia telah merancang dengan teliti, inikan mahu dibanding dengan manusia yang lemah..

“... dan manusia dijadikan bersifat lemah.” (4:28)

Hehe..apa yang ana nak beritahu sebenarnya nie..?? Sebenarnya petang semalam ana bersama sahabat2 dah plan nak buat BBQ kat satu tempat belakang sebuah kolej di UTM..memang kelengkapan nak bakar boleh dikatakan lengkap la jugak.. ana dan yang lain2 masing2 bawa adik-adik untuk kasi diorang kenal antara satu sama lain.. & saje nak kenalkan adik2 nie dengan kakak2 yang lain.. kasi Ukhwah tu Power ckit.. lepas tu boleh la nak gencarkan lagi plan BESAR..InsyaAllah..

Alhamdulillah..yang datang melebihi target yang cadangkan..sampai terfikir beli ayam yang 2 ekor pun tak cukup..tapi kami tawakal je & cuba cari solusi lain (dengan beli sosej) supaya sume orang dapat makan termasuk kakak2 ajk..Tengah hari 2 ana dah lunch siap2, in case tak cukup makanan at least tak de kebulur sangat.. dengan kemudahan moto KRISTAR merah ana, kereta BIRU yang satu-satunya ada di UTM & paling banyak berjasa, serta moto YAMAHA milik sahabatku menjadikan kerja2 mengangkut barang2 bakar ayam perap dan kerja2 mengangkut adik2 menjadi mudah..

Benar kata orang, langit tak selalu cerah...tiba2 petang 2 langit hitam menyelubungi UTM..ana dah agak.. “jap lagi mesti hujan.”.. Kasihan sahabat2 ku yang berpenat lelah menghidupkan api untuk buat bara api menjadi sia2 coz hujan turun dengan lebatnya..huhuhu..

Jadi kami bersepakat , “Kita jalankan Pelan B”.. So..adik2 tu kitorang bawa ke sebuah surau blok berdekatan dengan tapak BBQ.. Jadi..apa yang telah terjadi pada ayam2 yang nak di bakar 2... huh..akhirnya masuk ke dalam periuk jugak...tak pe..tak kisah..asalkan sedap..tapi memang sedap pun..pandainye diorang perap ayam tue..ana tak menyumbang apa2 untuk sesi masak-memasak coz sibuk duk angkut adik2 yang xdapat datang sendiri coz hujan..

Alhamdulillah..response diorang ok..hepi hepi je sume..tambah2 time sesi bergambar..bukan main lagi posing nye.. Siap ada yang buat aksi watak kartun Majinbuu dalam salah satu kartun yang penah ana tonton waktu zaman jahilliyah dulu : “ BERGABUNG..” Macam2 diorang nie..hehe kelakar juga bila tengok balik gambar 2..

Jadi just nak relate dengan ayat yang ana mention kan kat atas: Walaupun kite dah rancang macam nie, macam tue, baik punya rancangan tapi Allah juga berkuasa nak biarkan plan tue jadi @ tak. Mcam ptg 2, ramai yang tak jangka akan hujan..huhu

“Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka jadila sesuatu itu.” (36:82) So, kebergantungan kita seharusnya totally disandarkan pada Allah. Hatta sekecil2 perkara.. Sebabnya...?? “... dan manusia dijadikan bersifat lemah.” (4:28)

Pun begitu, segala yang berlaku ada hikmahnya..biarpun sentiasa ditimpa musibah dan diuji berkali2 semuanya pasti ada penyelesaian. Walaupun ia tidak datang segera, tapi kemudahan pasti menjelma..



p/s: Diriku basah dalam hujan rahmat..Dah lame tak buat cam 2.. huhu..sejuuuk..

No comments:

Post a Comment