Tuesday, February 24, 2009

Berhati-hati menjaga Hati

Dah masuk 4 hari UTM dibasihi air hujan...jika dilihat 3,4 hari lepas, hujan turun ketika petang sahaja. Tapi sejak 2 hari lepas hujan turun tak kira waktu.. Mungkin Allah sengaja mahu mencuci tanah Bumi ini lantaran banyak hamba2Nya terleka & mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah.. ketika dalam perjalanan nak makan tengah hari bersama teman di SUB, ana terhenti sebentar kerana ternampak Majalah SOLUSI edisi ke-4...Alhamdulillah, walaupun xsempat nak beli edisi ke-3, dapat yang ini pun jadilah.. Majalah ni sangat bagus untuk dijadikan bahan bacaan berbanding majalah2 lain yang “hangat” di pasaran..tertera “JAGALAH HATI” di muka depan majalah...hemmm..menarik... Tetiba teringat lagu “TOMBO ATI” dari Opick

Tombo ati iku limo perkarane, Kaping pisan moco Quran lan maknane,Kaping pindo sholat wengi lakonono, Kapig telu wong kang sholeh kumpulono, Kaping papat kudu weteng ingkang luwe, Kaping limo dzikir ingkang suwe.

Begitulah 5 perkara yang menjadi “OBAT HATI”

Obat hati ada lima perkaranya, Yang pertama baca Quran dan maknanya, Yang kedua sholat malam dirikanlah, Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh, Yang keempat perbanyaklah berpuasa, Yang kelima dzikir malam berpanjanglah

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor,maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati.”

Sedar atau tidak, fungsi hati dan kesannya pada diri insan amat besar. Begitu susah untuk menjaga hati. Bayangkanlah, kita sendiri tidak dapat melihat hati kita sendiri. Justeru, amat perlulah kita lebih menjaga hati orang lain.

Allah berfirman yang bermaksud:

“…..Meraka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya....” (58:22)

“(yaitu) di hari harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (daripada syirik dan munafik).” (26:88-89)

Ibnul Qayyim menjelaskan dalam tafsirnya, daripada Ibn Abbas ra, maksud hati yang bersih ialah individu yang mempunyai aqidah yang mantap dalam diri dan melakukan ibadah selari dengan sunnah Nabi Muhammad saw.

Hati merupakan tempat paling penting. Dia lah Raja segala anggota. Di situ jugalah letaknya iman.. terserah pada kita bagaimana menjaganya. Namun janganlah disempitkan skop “keimanan terletak di dalam hati”. Keimanan itu boleh dilihat melalui akhlak, ibadah dan kata-kata kerana hati yang mengarahkan agar segala tindakan (output) sentiasa berlandaskan iman yang teguh di dalam hati.

Ada dikisahkan bahawa seorang hamba yang berkulit hitam bernama Luqman al-Hakim diarahkan oleh tuannya supaya membawa bahagian yang paling baik daripada seekor kambing, lantas Luqman membawa lidah & hati. Apabila diminta pula membawa bahagian yang paling buruk, Luqman membawa bahagian yang sama.

Melalui kisah di atas, kita sendiri dapat menilai dan berfikir secara logik bahawa hati merupakan bahagian yang paling utama untuk dipelihara selain lidah..

Kadang2 kita sering dengar orang susah nak ikhlas: “..kenapa nak kena buat mutaba’ah? Penat je bangun Qiam tapi hati tak ikhlas. Semuanya terpaksa buat supaya takde la malu depan kawan2 lain..”, dan kita juga sering mendengar bahawa niat itu amat berkait rapat dengan ikhlas.. jadi kita tahu bahawa niat & ikhlas itu terbit bersama di hati. Dan demikianlah juga, ikhlas merupakan kunci amalan hati.

Nak tahu lebih lanjut tentang hati, sila rujuk Majalah Solusi edisi ke-4 terbitan Telaga Biru.

“...YaTuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.” (3:8)

No comments:

Post a Comment