Saturday, April 4, 2009

12Jam Sahaja Berada di Kampung

"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa." (30:54)

Kehadiran sekelumit rasa lelah dengan urusan dunia dan study di kampus, membuatkan aku tekad untuk pulang ke kampung. Biarpun hanya sekejap, tapi saat menatap wajah bonda yang lembut dan melihat wajah tegas abah serta gelagat adik-adik yang berbagai ragam di samping suasana kampung yang nyaman membuatkan segala masalah yang terbeban di bahu terbang hilang..

Aku bangga kerana aku orang kampung, walaupun tiada shopping mall, tiada panggung wayang, tiada restoran mewah. Walaupun ada pacat, ada ayam, pokok kelapa, parit dan ikan haruan..aku bangga kerananya..(uish! apesal pulak patriotik sangat nie..??)

Untuk dapat kekuatan menghadapi berbagai ujian akan datang dengan PSM nya, dengan final exam nya, dengan tanggungjawab yang kian bertambah, aku amat berharap pertolongan Dia Yang Satu. Balik kampung juga salah satu nak topup semangat..


Akhwat fillah ku sekalian...tunggu Laksa Penang air tangan mak ana...nanti kita moreh sama-sama..

4 comments:

  1. kira okla tu, dapat gak balik rumah. kalo ana selama kat utm ni,study week tak penah balik rumah. sebab study week la minggu yang paling huru hara mengejar deadline submission projek ...

    ReplyDelete
  2. ana sedih betul..malam tadi tiket pukul 9.15pm. Oleh sebab nak jugak solatIsyak berjemaah 1 famili, ana terlambat gi bus stand. Sampai orang tiket tu bagitahu. Bus ke Johor dah jalan. Rasa sedih sangat..sebabnya esok ada presentation. Kasihan abah terpaksa pecut kereta. Then orang tiket tu suruh ana rushing ke next bus stand mudah2an bus tak pergi lagi dari bus stand tu. Bila dah sampai kat next bus stand,, cari punya cari rupa-rupanya tiket tertinggal kat rumah..Allahu akbar..dugaan betul.
    Tapi yang ana sedih sangat2 bila bus datang ana rushing2 angkat beg then terus naik konon nak letak beg dulu baru salam mak abah. Sekali patah balik, pintu bus dah tutup..Orang bus tu pun marah2 kata dah lambat nie.. dengan sayu ana pun lambat kat mak ana..sambil tu ana lihat jugak wajah abah.. Sedih...Dalam gelap ana taip mesej kat mak ana..bersama lelehan air mata.. ='( Niat di hati, balik rumah nak minta doa restu agar PSM ana dan final exam nanti berjalan lancar. Tapi apakan daya..

    Oleh itu, akhwat fillah ku,,jom la datang bilik ana. Ada laksa Penang, ada lauk sotong masak kuning, ada buah pelam (mangga) dan ada ikan kering sepat (tapi kena goreng dulu la baru bleh makan)..

    ReplyDelete
  3. salam.dayah, farha minta izin amik sedikit kata-kata ''hikmah'' dari blog dyh utk dicopy ke blog farha.mga sglnya krn ALLAH=)

    ReplyDelete
  4. farha farhana > InsyaAllah..tafaddhol ya ukht.

    ReplyDelete