Wednesday, April 15, 2009

Ukhwah, Prasangka, Teguran dan Nasihat

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda: “Terdapat enam hak Muslim ke atas seorang Muslim.” Ditanyakan kepada baginda, “Apakah ia wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Apabila kamu bertemu dengannya, ucaplah salam kepadanya; apabila ia menjemput engkau, tunaikanlah jemputannya; apabila ia meminta nasihat daripada engkau, berilah nasihat kepadanya; apabila ia bersin kemudian ia memuji Allah, jawablah untuknya dengan mengatakan yarhamkallah (semoga Allah merahmati kamu); apabila ia sakit, ziarahilah ia; apabila ia mati iringilah jenazahnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bila berbicara tentang ukhwah, masih banyak yang perlu dipelajari. Ia bukan semudah dikata. Umumnya perkara yang perlu ada dalam ukhwah adalah ta’aruf (saling mengenal), tafahum (saling memahami), ta’awun (saling menolong), dan takaful (saling menanggung). Dan dalam berukhwah perkara tertinggi adalah itsar (melebihkan saudara daripada diri sendiri) dan manakala perkara yang paling bawah adalah berlapang dada. Bukan mudah untuk berlapang dada dalam semua hal. Ia mungkin terjadi kerana berprasangka perkara yang tidak-tidak. Dan Allah amat melarang keras akan prasangka kerana boleh menyebabkan permusuhan dan pergaduhan berlaku.

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Al-Hujurat, ayat 12)

Al-Sobuni berkata: Jauhilah kamu daripada tohmahan, khianat dan buruk sangka terhadap keluarga dan manusia. Diibaratkan dengan banyak di sini untuk memberi ihtiyat kepada manusia, pada setiap zhon(sangkaan) dan jangan terlalu gopoh sehingga belum lagi dipastikan dan ditahqiqkan hal tersebut. Ini kerana sebahagian zhon (sangkaan) merupakan dosa yang mengakibatkan tuannya akan dihukum Allah swt sama ada di dunia atau akhirat.

Kadang-kadang ukhwah merupakan perkara yang paling kompleks untuk difahami, bila diri susah untuk berlapang dada. Simpulan ukhwah yang cantik bila ada hubungan dua hala antara keduanya. Bila dia dalam keadaan sedih, kita hiburkan. Bila dia marah, kita dengar dan diam. Keduanya perlu memainkan peranan agar seni ukhwah yang dilakar tampak cantik da indah.

Apabila saudaranya melakukan kesalahan, telah menjadi satu tanggungjawab baginya untuk menegur. Itulah hak saudara ke atas saudaranya yang lain. Teguran yang ingin disampaikan seharusnya teguran paling berhikmah.

Jika dilihat kembali bagaimana As-Syahid Imam Hassan al-Banna menegur anaknya, Saiful Islam yang gemar membaca komik. Jika dibandingkan pula zaman sekarang pasti si Ayah tidak mempedulikan apa yang dilakukan si Anak, paling tidak pasti si Anak akan dimarahi sekiranya si Anak melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh si Ayah. Lain pula cara didikan tokoh ini. Cara beliau menasihati si anak hanya dengan memberinya kisah-kisah kemuliaan Islam seperti kisah para sahabat yang bersungguh dalam berjuang. Sehingga si anak dengan sendirinya meninggalkan hobi lamanya yang gemar membaca komik itu. Betapa indahnya teguran yang dilakukan oleh Imam Hassan al-Banna sehingga teguran yang dilakukan beliau tidak nampak sebagai teguran. Jujurnya dengan cara begini akan menambahkan lagi ketsiqahan dan sifat hormat seorang saudara kepada temannya.

Sesungguhnya Allah juga amat mencintai hambaNya yang bijak dalam berukhwah.

Daripada Sahl bin Saad r.a, Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azzawajalla adalah mulia. Ia menyukai kemuliaan. Ia juga menyukai akhlak yang tinggi dan benci akhlak yang rendah.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan Tabrani)

Sehingga ada hadis yang menggesa agar tuntutan menjaga ukhwah walau dengan bermanis muka.

Daripada Abu Dzar ra, Nabi saw bersabda: “Janganlah kamu menghina kebaikan sedikit pun, walau sekiranya engkau bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang ceria.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dibandingkan dengan kita pada zaman ini, pastinya keserabutan dan masalah yang dialami tampak jelas pada raut wajah yang masam, berkerut dan mood yang kurang baik. Seorang Mukmin yang terbaik adalah ia dapat mengawal marah atau masalahnya daripada pandangan orang lain. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga ukhwah yang terbina. Usahlah ia dimusnahkan dek kerana perkara-perkara kecil yang bisa mencalarkan seni sebuah ukhwah.

2 comments:

  1. salam ukhtifillah,

    Indah segalanya teguran,nasihat,niat kern Allah bukn krn kpntingn peribadi..

    mngingtkn ana juga entry ni ttg arkanul biah berkaitn "tajarrud" presentation seorg akhwt baru2 ni..hehe..

    iaitu bermksd Pembersihan fikrah daripada prinsip-prinsip dan pengaruh orang lain..

    cuba nk implemnkn dlm diri, bkn mudah lbh2 lg bila melibtkn perasaan...sama2 kita cuba mggrapnya..bersabarlah ketika kita diuji krn Allah mnyanygi hmbanya yg sabar dan sabar..
    jauhi prasagka krn ianya bleh merosakkn ukhuwah itu sndri dn saf dkwh..ingtn untk dr ana terutamany..:)

    ReplyDelete
  2. Sibghah Allah adalah yng terbaik. Kita yang diciptakan lemah mmg tak mampu utk mjd sebagai mana celupan sebenar Allah. Tapi kita boleh berusaha.

    Human is not perfect. Even dalam ukhwah pun susah kita nak lepaskan dari mana2 pengaruh yang bisa menggugah keutuhan ukhwah.

    Every Muslim should learn bagaimana nak aplikasikan konsep tajarrud dlm tipa tindakan mahupn sangkaan.

    Macam yang ana pernah post entri ttg perasaan. Hati sendiri pun kita tak boleh tengok apatah lagi hati orang lain. There4, seharusnya tambah2 lagi la kita kena jaga hati org lain.

    Mohon agar apa yg tertinta dapat dilaksanakan. Hidup pasti bosan kalau hanya berteori tanpa ada praktikal.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete