Aku berlindung daripada bisikan syaitan yang terkutuk.
Bismillahirrahmanirrahim..
Sebelum itu,ana mengajak kepada pelayar blog Satu KALIMAH Ahad agar betulkan niat, mohon agar segala gerak-geri sentiasa berpaksikan "Lillahi Ta'ala". Semoga tiap detik yang anda peruntukkan sepanjang melayari blog ini tidak sia-sia. Ana sesungguhnya tidak mampu untuk menjawab segala pertuduhan yang akan dilemparkan pada ana sekiranya blog ini menyebabkan mutaba'ah antunna ter'delay', ana juga tak mampu untuk menjawab andainya blog ini menyebabkan masa antunna dihabiskan begitu sahaja tanpa mendapat apa-apa manfaat, ana juga tak berdaya andai Allah bertanya pada ana kerana telah melalaikan manusia dengan membuang masa dengan benda yang tidak berfaedah di Hari Penghisaban kelak.. Na'uzubillah.. YA Rabbi Ya Rahman Ya Rahim..ku bermohon atas segala kekhilafan yang telah, sedang dan akan ku lakukan.. Aamin..
Tugas sebagai pembawa risalah bukanlah satu tugas yang mudah, sesungguhnya banyak perkara yang disukai perlu dikorbankan. Dalam menyeru manusia mengajak pada Satu KALIMAH, menuntut banyak pengorbanan. Tidak hanya dari segi harta, malah jiwa dan perasaan. Menjadi akhwat bukanlah satu title yang perlu dibanggakan oleh sebab telah dinaikkan ke halaqah dan boleh mula menjadi penggerak. Menjadi akhwat juga bukanlah satu alasan untuk menunjukkan kita ini lebih tinggi darjatnya (melalui Ilmu agama) berbanding orang lain. Akhwat juga bukanlah golongan yang special, bukan juga golongan VIP, yang berhak dilayan dengan layanan istimewa. Tetapi ia merupakan satu signal bahawa tugas dan tanggungjawab pada ummat makin bertambah. Oleh kerana seorang akhwat itu telah mempunyai kefahaman tentang dakwah dan tarbiyah, maka kelebihannya itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk agama Allah..
Dalam proses menempa sahabat-sahabat dan masyarakat yang sering tergelincir daripada apa yang telah Allah syari'atkan, tugas sebagai da'iyah perlu dimainkan peranan. Seorang akhwat perlu versatile, seorang akhwat juga perlu peka dengan apa yang berlaku di sekitarnya. Bagaimana nak membentuk ummah yang berjaya dari segi sucinya fikrah dan mantapnya akidah andai menegur couple pun perlu bertolak-tolak.
"Eh, tu..tu.. Ada couple tu. Gi la tegur.. Ana tak bawa risalah la. Enti gi la tegur diorang. Tak elok berdua-dua macam tu."
Sambil pandang berpandangan, alih-alih couple itu pun blah.. Setakat benci di hati aje la.. Pahala pun sekecil itu.
____________________________________________________________________________
Menjadi akhwat bukanlah suatu yang mengerikan. Bukan juga sesuatu yang ekstrem. Menjadi akhwat merupakan anugerah yang sangat berharga bagi jiwa-jiwa yang mahu dekat dengan Rabb nya.
Tarbiyah mengajar segala-galanya. Ada kenangan manis, ada juga kenangan pahit. Tapi itu yang menyebabkan ukhwah dan jalan ini ceria. Tak siapa menyangka bahawa diri ini akan melalui jalan yang penuh berkah ini. Tak siapa jangka diri akan berubah sehingga begini. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Daripada tudung segi tiga bidang 45 hingga tudung labuh bidang 60. Daripada tak tahu malu kepada tahu malu. Daripada pendiam hingga menjadi pengisi yang "berkaki lebar" . Daripada duduk sekali buat perkara lagha hingga boleh ajak orang kepada kebaikan. Dan yang paling best, daripada biasa-biasa hingga menjadi LUAR BIASA!!!
"...kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (103:3)
Namun bukan mudah nak menyeru orang kepada kebaikan. Bagaimanapun, dalam menyelesaikan setiap permasalah umat menyebabkan seorang dai itu bisa menjadi seorang yang matang. Setiap ragam bentuk dan pola sikap mad'u menjadikan seorang dai itu kreatif. Ia ibarat satu eksperimen. Itulah yang menyebabkan dakwah dan tarbiyah itu menarik.
Bercakap memang mudah, teori yang berlambak dalam otak. Tapi berapa percent sahaja diterjemah dalam bentuk amalinya. Jari yang menaip tiap kalimah yang tertinta di sini juga menggeletar. Takut-takut hanya pandai berbicara tapi tak berbuat. Teringat pula ana pada cerita seorang tokoh dan sahabat Rasulullah saw yang begitu terkenal. Beliau amat takut untuk melafazkan satu-satu hadis. Sehingga badan beliau akan bergementar tatkala menyebutkan hadis Rasulullah saw. Bukan kerana ia tidak mahu berkongsi tetapi ia amat takut sekiranya apa yang disampaikan itu bercanggah daripada apa yang disampaikan oleh Nabi saw. (Cubalah cari siapakah tokoh yang ana maksudkan ini.)
Bila ada mad'u yang tidak commit dengan ta'lim mahupun halaqah, terus kita katakan pada murobbiah bahawa dia dah tak nak lagi. Kita tidak cuba sungguh-sungguh dahulu sebelum mengeluarkan statement itu. Ziarahnya bagaimana? Mabitnya bagaimana? Ukhwahnya bagaimana?
Oleh itu, ana bermohon agar janganlah kita menjadi orang yang beralasan bahawa menyeru bukan perkara mudah.
Ana bermohon atas segala dosa-dosa yang ana lakukan andai menyebabkan pelayar blog Satu KALIMAH Ahad tidak dapat melihat apa yang ana cuba sampaikan. Segala yang tertinta adalah peringatan keras buat diri ana, seterusnya buat diri ana, dan seterusnya juga buat diri ana. Selebihnya ana tujuan buat pembaca (andai ada..).
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita ketika travelog sebagai seorang dai ini berlangsung.. Aamin..
salam...
ReplyDeletelupelah tokoh siape..mmg penah dgr..hehe..
marhah2 ukhti..moga smgtmu berterusan untk menyeru..:)
benar untk menyeru bkn mudah..
bnyk perlu dikorbankn...
perlu ada tekad,sentiasa untk memberi..
agar nur islam itu dpt disebarkn..
peringatn bersama untk diri ana terutamanya
mari kte menjaga mutabaah kita agr mad'u yg diseru tertarik dgn tarbiyah yg kita alami ketika ini..
hubungan keterikatan hati yg kuat dgn Allah insyaAllah mmbuka pintu hati org2 yg diseru..
hidayah itu milik Allah..
indahnya tarbiyah daripda Allah ukhti..:)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam, InsyaAllah nama tokoh yang ana maksudkan tu adalah digelar sebagai Shahibus Sirri Rasulullah (pemegang rahasia Rasulullah).
ReplyDeleteDialah ABDULLAH BIN MAS’UD..