Tuesday, March 2, 2010

Sebuah Doa..

Bismillahirrahmanirrahim..

Doa adalah salah satu usaha seorang hamba pada Allah sebelum bertawakkal. Doa juga merupakan satu pengharapan dan motivasi untuk seseorang agar dapat hidup dengan baik. Doa juga menunjukkan lemahnya seorang hamba pada Pencipta-NYA.

Seorang akhwat pernah menceritakan pada penulis tentang fungsi doa bagi seorang da'i. Antara kekuatan doa seorang da'i adalah:

  • Melemahkan kejahatan & kebatilan.
  • Memberi jalan hidayah kepada objek dakwah
  • Memberi keyakinan

Dan diantara saat-saat mustajabnya doa adalah ketika:

  • Di sepertiga malam
  • Tatkala berbuka puasa bagi yang berpuasa
  • Selepas solat fardhu
  • Saat ketika perang berkecamuk
  • Sesaat ketika Hari Jumaat
  • Antara azan dan iqomah
  • Sujud di dalam solat
  • Saat ajal tiba
  • Lailatul qadar
  • Ketika Hari Arafah

Nabi telah menjelaskan beberapa keadaan mustajab untuk berdoa dala hadis baginda yang sahih, daripada Abu Hurairah beliau mendengar Nabi bersabda bermaksud:

"Tiga doa yang mustajab tanpa ada keraguan; Doa orang yang DIZALIMI, doa orangyang BERMUSAFIR dan doa seorang AYAH kepada anaknya."

Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah.

Diselitkan dalam huraian tentang doa oleh seorang akhwat kepada penulis adalah sebuah kisah seorang ikhwah yang sedang bermusafir. Oleh kerana ukhwah yang mantap dan keyakinan mustajabnya sebuah doa seorang musafir apatah lagi seorang da'i, ia pun memberitahu pada ikhwahnya:

"Ana sedang bermusafir ni, enta ada apa-apa permintaan untuk ana doakan?"

Apabila mendengar cerita tersebut, baru ana tersentak betapa indahnya saat itu. Mustajabnya doa ketika bermusafir dalam rangka mencari redha Allah dan sedang melakukan kerja dakwah, sungguh Maha Suci Allah...

Diceritakan pula ada seorang akhwat berpeluang untuk bermusafir pada hunung minggu lepas dan InsyaALLAH kerana menjalankan amanah dakwah. Ketika di dalam bas bersama seorang akhwat lain yang menemaninya sepanjang perjalanan, tiba-tiba akhwat tersebut teringat akan cerita seorang ikhwah yang bertanyakan permintaan pada ikhwahnya untuk didoakan ketika bermusafir.

Jadi akhwat tersebut pun menghantar pesanan ringkas secara pukal kepada semua akhwat khususnya di negeri Darul Takzim ini untuk bertanyakan permintaan mereka untuk ia doakan semasa bermusafir.

________

"Assalamualaikum ukhti, ana sedang bermusafir ni. Nti ada apa-apa permintaan untuk ana doakan?"

________

Setelah itu..

TUT..TUT..!!

"Wslm..Ada, ana minta doakan ana dapat grad sem ni dan doakan PSM ana dapat buat dengan baik. Doakan juga adik-adik ana dapat jadi anak yang soleh/ah dunia akhirat.."


TUT..TUT..!!

"Wslm..Tolong doakan kawan ana yang sedang diuji agar dia dapat membuat pilihan yang terbaik. Doakan ana dan keluarga ana agar dapat melalui hidup ini dengan baik. Doakan juga agar ana dapat berdakwah di tempat kerja yang baru.."


TUT...TUT..!!

"Wslm..Doakan agar ana dapat buat PSM dengan baik dan dapat grad tahun ini. Doakan agar Allah mengikhlaskan hati ikhwah akhwat kita kerana Allah. Doakan juga agar dakwah kita di sini lebih gencar. Doakan semoga ukhwah kita berkekalan kerana Allah. Doakan juga kepada saudara kita di Palestin dan di seluruh dunia. Jazakillah ukht."

Penuh inbox dengan permintaan-permintaan akhwat tercinta. Pada saat dan ketika ia mengangkat tangan untuk berdoa, tiba-tiba dadanya terasa berombak, badan menjadi panas, tangan menggeletar terasa seperti mahu menghadap satu kuasa yang amat dahsyat..

Dimulakan dengan ta'awuz, selawat dan puji-pujian kepada Allah..lantas ia berdoa. Dengan tidak semena-mena, air mata deras bercucuran di pipinya. Setiap permintaan akhwat tercinta tidak terlepas walau satupun pasti diselit di dalam doanya. Satu perasaan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Getaran setiap lantunan bait doa, dan pengharapan diajukannya. Terpancar setiap wajah kudus setiap akhwat yang berharap permintaan mereka dikabulkan oleh Yang Maha Pengkabul Doa.

Diusap-usap air matanya yang bercucuran supaya tidak menarik perhatian orang awam yang berada di dalam bas. Setelah itu, ia benar-benar merasa satu kelegaan yang tidak dapat digambarkan. Ia merasa gembira kerana dapat membantu akhwat-akhwatnya yang lain dengan kelebihan menjadi musafir ketika itu.

Rujukan:http://www.zaharuddin.net/content/view/436/90/

2 comments:

  1. Love this picture!
    http://affections.beautyhilite.com/

    ReplyDelete
  2. Addua' silahul mukmin...
    doa itu adalah senjata org2 mukmin...
    doakan ana moga menjadi hambaNya yg benar2 bertaqwa..
    doakan juga ukhwah kita abadan abada..
    doakan hati ana ikhlas untukNya..

    doakan moga dakwah tetap dpt diteruskan walau dimana jua kita berada...

    jazakillahu khoiran...

    ReplyDelete