Pada Jumaat malam hingga sabtu malam baru-baru ni, subjek Keusahawanan Fakulti saya telah mengadakan satu karnival keusahawanan di dataran letak kereta Fakulti Alam Bina (FAB). Memang agak meletihkan badan. Tapi apa yang lebih parah bila suasana keadaan sekeliling yang menyebabkan pancaindera saya terasa sakit..
Sebelum itu, saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada akhwat-akhwat ku sekalian kerana telah membantu saya dalam aktiviti jualan di sana. Mana tidaknya, semua barang-barang jualan adalah barangan ekonomi akhwat wa ikhwah (jaket Ukhwah fillah). Antara barangan akhwat ialah Farmina Bio Plus, produk HPA, kerepek ubi, Stokin, Handsock, Bookmark Boikot Israel, dan yang paling laris serta menjadi trade mark gerai jualan saya adalah One Drop Egyption Potion!!! Bila organiser promote gerai-gerai, mesti One Drop Egyption Potion!!! pun disebut..Wah..wah..bangga la sikit sebab gerai kumpulan saya merupakan satu-satunya gerai yang menjual barang tu. Tempahan semakin banyak namun stok bekalan tak mencukupi.
Sepanjang karnival berlangsung, pengunjung disajikan dengan persembahan serta lagu-lagu yang telah di'setup' oleh organiser. Allahu akbar..sabar jelah..lagu yang dipasang semuanya lagu-lagu yang melalaikan.. Udah la gerai direct straight dengan khemah organiser.. Ditambah pula dengan nyanyian karoke.. Ish..bila ada lagu yang pernah dengar dulu-dulu, kadang-kadang "ternyanyi" jugak..Astaghfirullahal 'azim.. Hati ku sakit..Telinga ku sakit...Mulut ku sakit..
Tak cukup dengan itu, depan mata nampak nisa' dan rijal yang sure-sure ajnabi jalan 'seiring dan sejalan' sambil ketawa ria dan malu-malu tikus..Ish sedihnya tengok...tambah-tambah bila ada couple yang nak beli perfumes One Drop Egyption Potion yang popular tu. Apa lagi, sebelum promote, kita tegur la dulu apa yang tak kena. Sambil tu, kena la berhemah sebab pelanggan..Betul-betul mencabar..! Mata ku sakit..
Jika tidak sentiasa perbaharui & betulkan niat ketika berniaga, pasti iman juga sakit tenat..dengan cabarannya yang nak kena melengkapkan mutaba'ah..benar-benar perlu bergantung pada pertolongn Allah.
Usai sahaja karnival berakhir, rasa lega sedikit. Tapi seronok juga berniaga ni. Teringat pula kenangan mengendalikan gerai bunga ketika Konvo UTM yang ke-40 dan dua kali konvo selepas itu..Memang penat..Tapi bila melihat kesungguhan akhwat bekerja, penat yang datang ditukar dengan perasaan gembira kerana semuanya mempunyai perkara yang sama iaitu segalanya lillahi ta'ala. Walau bagaimanapun, jualan nampak ok walaupun hujan lebat ketika petang dan malam (mungkin kerana nyayian karoke mereka tak sedap..=p ). InsyaAllah, semoga sedikit sebanyak dapat bantu ekonomi dakwah dan ekonomi akhwat juga.
p/s: Rasa-rasanya dapat A+ kot untuk subjek ni..InsyaAllah..Amiin... =)
Dalam tiap seruan, Dalam tiap hembusan nafas, Hati ini hanya mengajak pada SATU KALIMAH..
Monday, March 16, 2009
Jualan Oh Jualan..Pancaindera ku Sakit..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment