Monday, March 2, 2009

UJIAN OH UJIAN.. PERASAAN OH PERASAAN.. AKU BERSYUKUR KERANA MASIH PUNYA RASA BERTUHAN.

“Kite rasa letih sangat.. tapi tak dapat tidur. Kite dah telan banyak panadol tapi still tak boleh tidur. Kite mintak kat kawan, kawan tak bagi. Kite mintak kat semua orang tapi diorang tak bagi. Kite rasa pening sangat..’benda’ tu akan datang balik kata “kawan-kawan ko tu bukan sayangkan ko. Diorang tu depan ko je tunjuk baik.” Tapi kite rasa diorang bukan macam tu.. Diorang baik... Tapi ‘benda’ tu still kata yang bukan-bukan tentang diorang..”

“Diorang selalu marahkan kite..kawan-kawan kite marahkan kite, ustazah pun marahkan kite, anak halaqah kite pun marahkan kite.. Diorang tak tahu kite sakit.. Kite tak boleh kena marah.. Kalau orang marah kite rasa sedih..nanti ‘benda’ tu datang balik.. Kite jadi pening..”

Wahai teman..saya benar-benar rasa pilu melihat diri kamu begini..tiada lagi senyuman manis terlihat, tiada lagi gelak tawa ria kedengaran..tiada wajah ceria terpamir.. Yang ada hanya wajah suram, mata yang bengkak...hati terus membungkam. Tiba-tiba air mata ini menitis.. rasa benar-benar hiba.. mata terasa panas. Namun saya sorokkan daripada pandangan orang lain..

“Kita jumpa di Surau lah ya kak..”

Pelik. Saya melihat dia meluru ke arah surau dengan selipar, tidak berstokin, tidak bersarung lengan.. yang ada di tangannya hanya buku “Ingat Tuhan sampai mati” oleh Aa Gym. Ini bukan teman yang saya kenal dulu.. Kami turuti sahaja arahannya.. Semuanya bergerak ke arah Surau.

“Benda ni dah lama.. tapi kite rasa kite boleh tahan lagi.. tapi lama-lama, dah jadi teruk sangat. Kite tak nak susahkan siapa-siapa. Sekarang kite rasa macam dah jadi banduan. Nak kena semua orang jaga dan perhatikan sepanjang masa. Kite dah dengar ayat al-Quran, kite dah dengar zikir tapi ‘benda’ tu selalu datan. Kenapa Allah uji kite sampai macam ni.. ”

Setelah lama mendengar ceritanya, saya bertanya “ Apa dia ‘benda’ tu?’”


“Perasaan kite.. Dia selalu cakap-cakap kat kite yang orang lain tak sukakan kite pun. Tak guna je hidup. Lepas tu kite jadi sakit sangat kepala..”


Saya dan seorang lagi teman berusaha mententeramkan dirinya dan dalam masa yang sama ingin mencari punca bagaimana seorang yang kami anggap sangat ceria dan kuat boleh mengalami gangguan jiwa sebegitu rupa.


Oh hati..lebih tepat lagi, Oh perasaan..bahaya benar kau ya..bila perasaan berkompromi dengan bisikan syaitan, kau boleh memesongkan aqidah seorang insan..kau serang dia ketika dia lemah..Oh perasaan, bahayanya engkau..kau bisa mempengaruhi seorang insan hingga tidak dapat bertindak mengikut kewarasan akal..Oh perasaan, bahayanya engkau..kau bisa menjadikan seorang insan tidak dapat menerima qada’ dan qadarNya..


“Kite tak nak jumpe doktor gile..Kite tak gile..kite sakit je.. Kite tak nak masuk wad gile.. Kite tak suka..nanti lagi teruk..”


Saya berkata kepadanya, “Cuba bayangkan bagaimana keadaan Rasulullah bila orang sekeliling mengatakan baginda gila ketika cuba menyampaikan Agama Islam..Apa yang kamu rasa ini baru sedikit.. Sabarlah..”

Saya tidak dapat menahan sebak, lantas bercucuran air mata ini lagi..Saya diam seketika. Cuba mengumpul kekuatan untuk berkata-kata lagi.. Saya tarik nafas dalam-dalam..

“Cuba kamu lawan perasaan tu..anggap ’benda’ tu kecil sahaja. Ibarat ia berada di dalam genggaman kamu. Kamu yang mengawalnya bukan dia yang mengawal kamu. Bila kamu kuat, genggaman kamu juga akan kuat. Dia akan hancur dalam genggaman kamu. Tapi bila kamu lemah, genggaman tangan itu juga akan lemah dan akan terbuka..”


“Tapi kak, macam mana nak kuat??”


“Cuba kamu luahkan apa yang kamu rasa..jangan fikir sendiri-sendiri. Bertindak menggunakan akal. Jangan guna perasaan.. kamu kena cari penyelesaiannya bukan pendam”


“Tapi kite tak nak susahkan orang lain..kite tak nak susahkan adik-adik. Nanti diorang rasa susah hati.”


Saya tak dapat nak teruskan bicara.. Direbahkan kepalanya pada bahu sahabat saya. Sahabat saya menyambung perbualan. “Akak rindu pada adik yang ceria, selalu ketawa dan buat orang ketawa, yang sabar, tabah, bersemangat...” kata-katanya terhenti. Ada tanda sendu pada nafasnya. Sahabat saya juga turut mengalirkan air mata. Masing-masing masih tak dapat menerima seorang yang berpangkat adik mengalami gangguan emosi yang sangat kritikal.

“Kite pun nak jadi macam dulu..”
. Suasana hening.

Sambil itu, saya membelek-belek helaian terjemahan Al-Quran. Mencari Surah Ar’Ra’d ayat 11. Dah jumpa!!

“A’uzubillahi minasyaitonirrajim..Bismillahir rahmanir rahim.. Bagi (manusia) ada malikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia”

Sengaja diulang 3x ayat “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” Dia tak mahu terus begini, tapi dia tak mencari jalan keluar. Saya teruskan kata-kata.

“Janganlah kamu bergantung pada kawan-kawan sahaja. Mengadulah pada Allah.. Andai kawan-kawan tak dapat terima kamu, nak jatuhkan kamu, nak marahkan kamu,..tapi kalau Allah tak izinkan benda tu berlaku, maka benda tu takkan berlaku. Kamu tak sendirian..Ada malaikat yng sentiasa menjaga kamu depan dan belakang.”
Saya berhenti.
Tak dapat teruskan kata-kata. Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini..bantulah dia agar kebergantungan padaMu tak luntur..Kuatkanlah dia Ya Allah..Kuatkanlah dia.. Saya lihat wajahnya. Ada air mata mengalir.
......
......
..
Perjalanan pada petang tersebut terasa amat sukar.. Ini berkaitan dengan hati..Berkaitan dengan kepercayaan..

Kemudian, kami serahkan dia pada seorang lagi sahabat kami untuk terus memberi kaunseling padanya. Sahabat saya yang seorang ini adalah orang yang paling dipercayainya. Masa terus berlalu..
Sebelum pulang ke UTM, saya lihat ada kuntuman senyuman kadang-kala terlihat di wajahnya. Alhamdulillah..moga segalanya kembali pulih sediakala. Akhirnya saya bersama 2 orang sahabat pulang ke kampus dengan 1001 pengalaman. Ini merupakan taujih yang amat bermakna. Dalam perjalanan pulang, kami bertiga pula diuji dengan masalah kereta. Kereta tak boleh hidup..tersadai di tepi jalan. Nasib baik ketika berhenti di R&R. Dengan bantuan Allah melalui kehadiran anggota Ranger PLUS, perjalanan pulang dapat diteruskan walaupun terlewat daripada waktu jangkaan.

P/S: Halaqah ana terpaksa ditunda.. Takpe..ada hikmahnya kan??

No comments:

Post a Comment