Sunday, March 22, 2009

Keakhwatan + Musafir + Peristiwa yang Mendebarkan...!



Keakhwatan

Hujung minggu baru-baru ini. Saya berpeluang bertemu dengan Akhwat KLS.. Bertapa rindunya saya pada akhwat sekalian. InsyaAllah, setelah berakhirnya program keakhwatan yang di anjurkan oleh UTM selaku tuan rumah bertemakan “Zaujah Solehah”, pastinya para akhwat yang datang sedar akan tuntutan bernikah. Ia bukan kerana isu sudah tidak sabar untuk bernikah tetapi kesedaran dan persediaan menghadapi akan pernikahan itu sendiri. Program ini juga menekankan tentang tarbiyatul aulad, dakwah dan akhwat serta kesihatan wanita masa kini sekaligus dapat meningkatkan tsaqafah akhwat tentang alam perkahwinan. Amat mengejutkan bila pengisi bertanya berapa orangkah yang telah membeli @ membaca buku berkaitan pernikahan? Responnya hanya beberapa “ketul” sahaja yang mengangkat tangan, tidak termasuk saya..iskh..isk.... ternyata ramai lagi akhwat yang merasakan nikah adalah satu perkara yang akan datang dalam tempoh yang lama lagi kerana tugas dakwah yang dipikul masih belum gencar. Apa yang difikirkan sekarang adalah dakwah, dakwah, dan dakwah. Tetapi saya amat yakin bahawa usai sahaja seminar ini, pasti paling kurang akhwat akan membaca 1 buku pernikahan dan menambahkan lagi tsaqafah tentang isu ini.

Tidak dinafikan bahawa seorang Zaujah amat penting fungsinya sebagai sayap kanan bagi pejuangan seorang lelaki yang bernama Dai. Seharusnya dakwah yang dibawa akan lebih gencar apabila setelah bernikah. Oleh itu, pernikahan bukanlah suatu yang mudah dan indah tetapi ia juga bukanlah sesuatu yang menyusahkan. Bahkan ia merupakan jalan yang dilalui oleh Rasulullah saw serta jalan bagi para Da’i dan Da’iyah untuk mecetak generasi Rabbani.

Allah berfirman:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan. Dan tidak ada hak bagi seorang Rasul mendatangkan sesuatu ayat (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Bagi tiap-tiap masa ada Kitab (yang tertentu)” (13:38)

Untuk mendapatkan pernikahan yang barakah, kedua-dua pasangan perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan pernikahan supaya tidak terjadi “culture shock” setelah bernikah. “Penikahan bukanlah satu-satunya tujuan hidup, tetapi ia adalah salah satu jalan untuk seorang hamba menyempurnakan sebahagian keIslamannya serta jalan untuk menggapai redha Allah”


Musafir

Sebelum berlangsungnya seminar keakhwatan hujung minggu baru-baru ini, saya bersama empat orang teman lain akan bermusafir ke dua destinasi. Dua orang sahabat akan ke Negeri Bersejarah dan saya bersama dua orang sahabat lagi akan ke Universiti yang terletak di Bangi. Oleh kerana bertolak dari UTM pada pukul 6pm, kami tiba lewat di destinasi tujuan. Setelah menghantar dua orang teman di Negeri Bersejarah, saya dan dua orang teman meneruskan perjalanan ke Bangi. Oh...mengantuk sangat..saya sebagai Co Pilot (Pemandu kedua) mengecam dan cuba mengingati jalan ke Bangi. Akhirnya kami tiba di IPT tersebut pada pukul 11 malam. Dengan perut yang berkeroncong minta di isi, saya bersama seorang teman menunaikan solat jamak qasar di masjid IPT tersebut dahulu sebelum keluar membeli makanan. Hajat di hati ingin segera bertolak pulang setelah urusan di IPT tersebut selesai kerana satu Seminar bakal berlangsung di IPT sendiri keesokannya, tetapi rancangan ditunda. Dengan itu, kami pulang ke johor pada pukul 1.15pagi berdua sahaja kerana seorang lagi masih ada urusan di IPT tersebut.

Perjalanan terasa panjang kerana masing-masing sudah mengantuk..tambah pula sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebat. Kadang-kala saya mengurut-urut sahabat saya yang memandu sejak dari perjalanan pergi lagi. Kasihannya dia..saya cuba menghilangkan rasa mengatuknya dengan mengajak bersembang dan bercerita. Kadang-kala saya menyanyi yang boleh menaikkan semangat. Akhirnya kami tiba kembali di Negeri Bersejarah untuk mengambil dua orang teman yang kami turunkan ketika perjalanan pergi. Alih-alih hanya seorang sahaja yang ikut balik ke Johor.

Deruman enjin kereta JJU membelah kepekatan malam Highway Utara-Selatan. Rasa sejuk dan nyaman bayu pagi menyebabkan mata kami masing-masing sembab minta ditutup. Akhirnya, kami tiba di satu R&R pada pukul 4.30pagi untuk melakukan Qiam. Perjalanan seterusnya diserahkan kepada saya. Ketika itu, mata saya dah tak boleh tutup & dah hilang rasa mengantuk. Walaupun agak kurang cekap dengan kereta JJU yang sangat “canggih” dengan gear auto dan penuh dengan button. Tapi bila dah kenal, maka dah cinta..hihi


Peristiwa mendebarkan di Lebuh Raya.

Pagi tu, lebuh raya memang sunyi..hanya ada beberapa kereta sahaja yang melalui jalan tersebut di samping lori-lori besar yang menggunakan lorong paling kiri jalan. Saya lihat teman-teman telah nyenyak tidur. . Lebih kurang pukul 5pagi, saya lihat melalui cermin sisi kelihatan lampu signal beberapa kenderaan belakang menyala-nyala. Sementelah itu, kedengaran juga bunyi enjin moto yang di “press-press”. Tidak semena-mena jantung saya berdegup dengan sangat cepat. Rasanya hormon adrenalin dirembes dengan begitu banyak ketika itu. Saya lihat teman di sisi dan belakang masih tidur. Nak kejutkan rasa kasihan tetapi saya rasa takut sangat dengan situasi ketika itu.


Tiba-tiba dua, tiga buah motor yang memotong kereta JJU dengan lagak yang mencemaskan memperlahankan motor mereka dan memandu hampir dengan kereta kami. Kereta kami dikepung!! Sekilas terlihat senyuman sinis penunggang motor-motor tersebut memandang kami. Terlintas di benak fikiran akan berita jenayah, rogol, rompak dan kemalangan melibatkan mat-mat motor. Tambah-tambah, kami bertiga semuanya perempuan. Lantas terdetik di hati:

“Ya, Allah..samseng jalanan ke ini? Atau mat-mat rempit ke ini? Atau penjenayah ke? Atau pembuli jalanan? Ya ALLAH selamatkanlah hambaMu ini...Selamatkanlah hambaMu ini..”

Kereta yang dipacu asalnya dibawa dengan kelajuan 100km/jam terpaksa di perlahankan sehingga 60 km/jam dek kerana motor-motor tersebut menghalangi kereta kami dengan memperlahankan kenderaan mereka. Takut saya bukan kepalang kerana saya yang membawa kereta tersebut ketika itu. Disebabkan bunyi motor yang agak bising menyebabkan teman-teman saya terjaga. Mereka juga terkejut dan takut.

“Ukhti! Jangan berhentikan kereta! Ingat, jangan sekali-kali berhentikan kereta!!”

Badan saya dah menggeletar, tetapi kata-kata teman saya itu menambahkan lagi ketakutan saya.

“Ingat, walau apa pun terjadi, jangan berhetikan kereta!!” Diulang lagi perkataan itu.

“Kak, tolong bersedia dengan henfon dan nombor kecemasan kalau apa-apa terjadi.” Sambung teman saya lagi kepada teman kami yang bakal bergelar Ummi. Saya hanya diam dan cuba fokus memandu supaya dapat mengawal stering dengan baik. Konon je steady, tapi dalam dada masih berombak kencang. Pilihan yang kami punya ketika itu hanyalah BERHENTI atau RISIKO KEMALANGAN!

...

..

“Ukhti! Sama ada enti PECUT atau jangan sekali-sekali berhentikan kereta!!”

Kelihatan makin banyak mat-mat motor yang datang.

Saya memutuskan untuk memecut dan memotong mereka dengan harapan mereka tidak dapat mengejar dan menyukarkan perjalanan kami lagi.

BRROOOMMmmm....

Kelajuan kereta ditambah kepada 125 km/jam. Saat kereta kami memotong motor mereka, sekilas terlihat mereka tersenyum-senyum sinis dan cuba menambah kelajuan agar kenderaan mereka akan sentiasa di hadapan kami. Dalam masa yang sama, mulut masing-masing menuturkan bacaan-bacaan doa pelindung agar segalanya selamat.

“A’uzubikalimatillahi taaamaati min syarrima khalaq”. “Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa-apa yang diciptakan”.

Tiba-tiba, motor-motor tersebut juga menambah kelajuan dan memotong kenderaan kami. Tetapi....mereka tidak lagi memandu di hadapan kami, namun mereka terus pecut ke hadapan.

Saya memperlahankan kenderaan kepada 90 km/jam agar mereka jauh berada di hadapan. Alhamdulillah...segalanya kembali ok. Dari jauh saya melihat cahaya lampu motor mereka melintasi beberapa kenderaan lain di hadapan.

....

..

.

Pada pukul 5.50pagi kami tiba di R&R Machap untuk menunaikan solat fardu Subuh. Usai solat, teman saya yang menggantikan saya pula untuk memandu. Kami tiba di UTM pukul 7.30pagi. tiada masa yang lamu untuk berehat kerana Program Seminar Keakhwatan telah bermula...

p/s: Bagaikan berada dalam mimpi kejadian malam itu..sebelum itu, saya telah bermimpi yang buruk semasa dalam perjalanan bermusafir.. Ya ALLAH, terima kasih kerana menyelamatkan kami yang dalam perjalanan membawa agamaMu. Ya ALLAH..terima kasih kerana Kau telah menyelamatkan kami daripada ditimpa kecelakaan. Yang kami pinta hanyalah mati dalam iman dan bukannya dalam keadaan hina.

No comments:

Post a Comment