««««««««
AMR IBNUL JAMUH
“Dengan Cacat Pincangku Ini, Aku Bertekad Merebut Syurga…”
Sumber: Khalid Muh. Khalid “Karakteristik Perihidup 60 Shahabat Rasulullah
Sekadar Gambar Hiasan
Latar belakang:
- Ipar Abdullah bin Amr bin Haram krn mjd suami saudara Hindun bt Amar.
- Tokoh penduduk Madinah + Pemimpin Bani Salamah.
Kisah Menarik Tersentuh Memilih Islam:
- Di rumahnya ada 1 berhala dinamakan Manaf
- Puteranya Mu’adz b. Amr & temannya Mu’adz b. Jabal sepakat jadikan berhala itu sebagai mainan.
- 1 mlm mereka berdua menyelinap & mengambil Manaf lalu membuangnya ke dalam lubang tandas.
- Pagi esoknya Amr tersedar bahawa Manaf tiada di tempat biasa. Beliau mencari-carinya dan akhirnya menjumpainya di dalam lubang tandas.. Amr Ibnul Jamuh ini menjadi berang!! Kemudian ia mencuci-cuci berhalanya & membersihkan Manaf serta memakaikan wangian padanya.
- Si kawan berdua masih melakukan perkara yg sama pada Manaf stp malam hingga menjadi bosan.
- Esoknya, Amr menjumpai Manaf di tempat biasa iaitu di dalam lubang tandas tetapi Manaf tidak bersendirian kerana ia terikat bersama bangkai seekor anjing dgn tali yg kuat.
- Bangsawan Madinah ternampak kejadian itu kemudian mengajak berdialog ttg Islam.
- Dalam beberapa saat Amr teringin dan tertarik untuk memeluk Islam. Beliau kembali ke rumah untuk mandi, memakai pakaian baru serta wangi-wangian kemudian berjumpa dengan Rasulullah utk berbai’at.
Setelah Memeluk Islam:
- Masih diangkat sebagai pemimpin Bani Salamah
- Sangat dermawan. Sanggup serah harta, bahkan jiwa raga kpd Allah.
- Tetapi kerana kakinya pincang menghalang ia turut serta dlm berperang.
- Dlm Perang Badar ia bersiap sedia utk berperang ttp anak2nya yang menjadi Satria Islam memohon agar si ayah tidak turun berperang krn khuatir. Dengan menggunakan alasan arahan dari Nabi saw supaya ia tidak turut pergi berperang, Maka ia terpaksa menurutinya.
- Tiba Perang Uhud memohon dpt berperang:
“Ya Rasulullah, putra2ku bermaksud hendak menghalangiku pergi bertempur bersamamu. Demi Allah, aku amat berharap kiranya dgn kepincanganku ini dapat merebut syurga..”
- Kerana permohonannya diperkenankan, Allah menentukan ia mati syahid dalam perang Uhud.
Akhir Hayat:
- Dikuburkan bersama Abdullah b. Amr b. Haram & Amr ibnul Jamuh dalam 1 liang kerana 2 orang sahabat yang setia & saling mengasihi.
- 46thn selepas itu berlaku banjir besar lalu dipindahkan kerangka 2 sahabat tersebut. Dikatakan jasad ke2 sahabat tersebut masih elok dan lembut. Kelihatan seperti orang sedang nyenyak tidur. Kedua bibir masih terlihat senyuman manis.
- Jiwa-jiwa besar yang suci lagi bertaqwa memiliki ketahanan yang dapat menangkis sebab-sebab kelapukan & mengatasi bencana2 tanah..
Alangkah gembiranya andai setiap jiwa-jiwa yang menyakini janji-janji Allah yang amat indah pada orang yang berjihad di jalanNya dengan bersungguh-sungguh adalah suatu kepastian yang nyata.
Bila membaca kisah tokoh ini, saya berasa benar-benar tersentuh. Bagaimana seorang sahabat yang kekurangan dari segi keupayaan anggota masih mempunyai semangat juang yang tinngi semata-mata ingin merebut SyurgaNya yang telah dijanjikan.Bila terpandang tajuknya sahaja sudah menggetarkan hati.
“Dengan Cacat Pincangku Ini, Aku Bertekad Merebut Syurga…”
"Ia rindu...amat rindukan sekali akan berjingkit dengan kakinya yang pincang itu di dalam Syurga.. Agar ahli Syurga itu sama mengetahui bahawa Muhammad saw itu tahu bagaimana memilih sahabat & mendidik serta menempa manusia.."
No comments:
Post a Comment